Recently in Web/blogger Category

Wakil rakyat PKR dicabar bersumpah

| 0 Comments | 0 TrackBacks
Oleh NIZAM YATIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersumpah menafikan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak berbohong ketika menggerakkan misi 16 September 2008.

Beliau sendiri sanggup bersumpah untuk mempertahankan kenyataan pembongkaran yang dibuatnya termasuk wujud dakwaan Anwar bahawa Yang di-Pertuan Agong merestuinya sebagai Perdana Menteri keenam.

Cubaan Anwar batal pembelaan ditetapkan 26 April

| 0 Comments | 0 TrackBacks
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 26 April untuk mendengar percubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan pembelaan Datuk Hamzah Zainuddin dalam saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Ketua Pembangkang itu.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Dr Prasad Sandosham Abraham.

Himpunan baju merah 'Bangkok' idaman Anwar

| 3 Comments | 0 TrackBacks
Oleh Gelagat Anwar

Apapun strategi yang ada, pokoknya mestilah tercapai kepada matlamat dan kehendak sebenar. Kalau kita nakkan sesuatu, apapun cara, kita mesti laksana dan buat. Ini yang penting. Kebelakangan ini, Anwar dikhabarkan sangat 'gembira dan teruja' dengan himpunan 1 juta rakyat Thailand yang dikatakan akan berlaku sehari dua ini. Dalam beberapa siri perbincangan 'inner circle', Pak Sheikh banyak kali mengatakan apa hambatan untuk mengadakan himpunan yang sedemikian ramai dan hebat. Inilah 'demokrasi sebenar' kata Anwar sambil memandang kepada beberapa orang harapan yang diberikan kepercayaan untuk melakukan build up kepada Free Anwar Campaign.

Suara politik DSAI adalah suara politik konfrantasi

| 0 Comments | 0 TrackBacks
Oleh Senjaliza

Suara politik DSAI adalah suara Politik Konfrantasi. Dalam semua ucapan politik DSAI di seluruh pelusuk tanahair, hanya pembuka kata dan salam mukadimah sahaja yang tenang dan halus didengar. Selebihnya adalah gendang perang yang disulami dengan bahasa-bahasa tajam yang menggambarkan bahawa negara kita yang tercinta ini adalah negara yang gagal dalam serba serbi.


'Keluar PKR sama seperti hijrah untuk kebaikan'

| 0 Comments | 0 TrackBacks

Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my

Wakil rakyat Bebas pertikai kenyataan Dewan Pemuda Pas

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang yang kini bergelar wakil rakyat Bebas, mendakwa mereka keluar parti sebagai hijrah daripada keburukan ke arah kebaikan dan perkara sebegitu digalakkan dalam Islam.

Jamaludin terangkan kes liwat Anwar kepada AS

| 0 Comments | 0 TrackBacks
Oleh Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Mac - Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, beliau telah menerangkan kedudukan sebenar kes liwat yang dihadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kerajaan AS.

Beliau memberitahu kerajaan AS bahawa kes liwat yang dihadapi Anwar dengan bekas pembantunya itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia dan perkara itu diterima.


Zulkifli Nordin: Ada yang bakal 'meletup'?

| 0 Comments | 0 TrackBacks

Oleh Agenda Daily

Zulkifli Noordin yang keluar PKR dan kini ahli parlimen Bebas percaya akan berlaku satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara pada peringkat awal sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin.

"Tunggu dan lihat! Jangan kemana-mana, dan jangan betulkan antenna telinga anda..apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers..hehehe," ujar ahli parlimen Kulim Bandar Bharu itu.

Sidang Dewan Rakyat ke 12 Penggal ke tiga akan berlangsung 15 Mac hingga 15 April.

Anwar kreatif?

| 5 Comments | 0 TrackBacks
Oleh Awang Selamat

Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak melaksanakan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pentadbirannya untuk melonjakkan pencapaian negara dalam semua bidang, bagaimana pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim?

Dalam pada Najib komited membina keharmonian dan kestabilan demi kepentingan rakyat dan maruah negara, apa penekanan Anwar?


Recent Entries

Suara Keadilan menipu laporan kemalangan Tian Chua
Oleh TheunspinnersBerikut adalah laporan Utusan Malaysia:KOTA TINGGI 13 Mac - Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung…
Tiada sebab untuk kosongkan kerusi Parlimen
IPOH: Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk dengan desakan mengosongkan kerusi…
Anggota tentera maut motosikal bertembung kereta Tian Chua
Oleh Agenda DailySeorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Anggota Parlimen Batu, Tian Chua,…