Oleh AIDC Translate
(CNN) - Anwar Ibrahim pemimpin pembangkang Malaysia, yang sedang diadili di Kuala Lumpur bagi tuduhan liwat kali kedua, bercakap kepada wartawan Wajahat Ali berkenaan kontroversi dan berbahas mengenai konflik etnik dan agama serta masalah yang dihadapi di dunia Islam.
Wajahat Ali: Dr. Ibrahim, sekarang ini anda hadapi kontoversi, tuduhan jenayah liwat di Kuala Lumpur oleh bekas pembantu anda. Perbicaraan itu sedang berjalan ketika kita berbicara sekarang dan akhbar Malaysia mengelar peristiwa ini 'Liwat 2' kerana anda telah dihukum atas tuduhan sama pada 1998 (kemudian di mana telah digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004). Anda juga telah jalani penjara selama 6 tahun setelah dinyatakan bersalah pada 1998 kerana korup. Pertama, jika tiada kebenaran atas tuduhan ini jadi mengapa pembantu di bawah sumpah kebenaran dan beri keterangan amat terperinci untuk acara kotor seperti itu dan juga boleh dikatakan penghinaan seperti itu,memandangkan liwat adalah haram dan sangat tidak diterima di Malaysia? Kedua, jika tuduhan ini 'direka-reka' (oleh parti pemerintah) dan satu kepura - puraan, seperti anda dan penyokong telah katakan, mengapa?
Continue reading Anwar Ibrahim bahas perbicaraan, isu - isu umat Islam.




Berikut merupakan pandangan rakan Anwar Ibrahim dari luar negara bernama Irfan Yusof. Beliau sering mengikuti program-program Anwar di luar negara khususnya di Australia dan sering menulis mengenai pendapatnya tentang tokoh itu khususnya di Malaysiakini. Irfan Yusof adalah penulis, wartawan bebas dan peguam yang berpengkalan di Sydney, Australia.