Dari egroup AIDC
Tulisan ini suntingan semula dari komen Angela yang menyentuh berkenaan jaringan Anwar di peringkat antarabangsa, berhubung kait dengan CIA/NED, jaringan intelektual, Jesuit, Yahudi, Freemason, Illuminati dan New World Order (NWO). Terima kasih Angela, satu komentar yang menarik - AIDC
Jaringan intelektual Al Faruqi tajaan CIA
Semasa saya belajar PhD di salah satu universiti tempatan, saya mendengar kes mengenai Dr Ismail Al Faruqi dengan kegiatannya untuk "menegakkan" Islam, terutamanya melalui idea "clash of civilizations"(Pertembungan peradaban). Al Faruqi berkata, kalau kita mahu menandingi tamadun Barat, kita mesti mengatasi Barat melalui nilai-nilai yang murni dan tinggi. Kata-kata itulah yang telah memberikan semangat kepada saya untuk mengkaji ilmu.







