Recently in Anwar & Mahkamah Sivil Category

Bicara Kes Anwar Saman Anifah Aman 19 Okt

| 0 Comments | 0 TrackBacks

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan 19 Okt untuk perbicaraan kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berjumlah RM100 juta.

Timbalan Pendaftar K. Pavani menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam S.N. Nair mewakili Anwar dan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Anifah atas kedudukan peribadinya.

KUALA LUMPUR 30 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya boleh menggunakan pembelaan perlindungan mutlak dalam satu kes saman fitnah terhadapnya jika beliau dapat membuktikan wujud keperluan serta kewajaran yang mendorongnya mengulangi pernyataan berhubung insiden 'mata lebam' 1998.

Saman fitnah itu dikemukakan oleh Tan Sri Musa Hassan setelah Anwar dalam satu laporan polisnya mendakwa Ketua Polis Negara itu dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal ke atas Ketua Pembangkang itu ketika menjadi tahanan polis pada 1998.

Mahkamah : Antara Harun, Mokhtar dan Anwar

| 1 Comment | 0 TrackBacks
Harun dan Mokhtar telah dibela oleh pasukan peguam terbaik tetapi kalah. Mungkihkah Anwar dapat diselamatkan?

Sekalipun kes Anwar dianggap perbicaraan terbesar abad ini, kes Datuk Harun Idris dan Datuk Mokhtar Hashim masih dianggap detik penting yang memperlihatkan ahli-ahli politik tidak kebal daripada tindakan undang-undang. Kes Harun pada tahun 1976 diingati kerana itulah kali pertama seorang Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Besar yang berpengaruh diheret ke mahkamah.


Saman Anwar terhadap Saiful 23 Sept

| 0 Comments | 0 TrackBacks

KUALA LUMPUR, 27 Mei - Saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana niat jahat dalam membuat laporan polis bahawa beliau diliwat oleh ketua pembangkang itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 Sept.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi K Pavani menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Jason Tay dan Zamri Idrus untuk Mohd Saiful.

KUALA LUMPUR 20 Mei - Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan mengenai isu perlindungan mutlak sebelum membuat keputusan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan saman fitnah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadapnya berhubung insiden 'mata lebam'.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Prasad Sandosham Abraham berkata, isu itu perlu ditentukan terlebih dahulu bagi memastikan sama ada perlindungan tersebut boleh diberi kepada individu secara automatik sekiranya kenyataan yang dikatakan fitnah dalam sesuatu laporan polis diulangi di tempat lain selain lokasi laporan dibuat.

kes Anwar saman Chandra 10 Jun

| 0 Comments | 0 TrackBacks

KUALA LUMPUR 12 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 10 Jun ini pengurusan kes saman fitnah RM10 juta oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar.

Timbalan Pendaftar, Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas dimaklumkan oleh peguam Wan Anuar Wan Shahadat bahawa Anwar selaku plaintif mahu memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan yang dikemukakan oleh defendan.

Anwar mahu buat pindaan saman terhadap Anifah

| 1 Comment | 0 TrackBacks
KUALA LUMPUR, 12 Mei - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Jun untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaman Menteri Luar Datuk Anifah Aman sebanyak RM100 juta bagi meminda saman fitnah dan pernyataan tuntutan.

Penolong Kanan Pendaftar Noordura Mohamed Din menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam Wan Anuar Wan Shahadat yang mewakili Anwar, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili Menteri Luar dan kerajaan sebagai defendan kedua dan ketiga, dan peguam K Vasanthi mewakili Anifah untuk kapasiti peribadi.
DrChandaraAnwar1

KUALA LUMPUR, 5 Mei - Mahkamah Tinggi di sini Rabu menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetepikan pembelaan ahli akademik dan presiden Just World Movement Dr Chandra Muzaffar dalam kes saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan ketua pembangkang itu.

Recent Entries

Kacau isteri orang : Anwar gagal batal pembelaan Hamzah
KUALA LUMPUR, 26 April - Mahkamah Tinggi Isnin menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan pembelaan Timbalan Menteri Perusahaan…
9 April, keputusan Anwar ketepikan pembelaan Dr Chandra
KUALA LUMPUR, 16 Mac - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 9 April untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim…
Anwar tidak mahu lengahkan perbicaraan- kata SN Nair
KUALA LUMPUR: Keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuan untuk memohon Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin…