Recently in Anwar & Mahkamah Syariah Category

Anwar Ibrahim kemuka rayuan Qazaf

| 0 Comments | 0 TrackBacks
anwar_saiful_kondo

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang menolak permohonan qazafnya.

Beliau yang diiringi oleh peguam Ainiah Kamaruddin, tiba di mahkamah pada jam 10.05 pagi untuk menadatangani beberapa dokumen.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Permohonan qazaf Anwar ditolak

| 0 Comments | 0 TrackBacks

ANWAR Ibrahim bersama Wan Azizah serta anaknya, Nurrul Ilham (kanan) berjalan keluar meninggalkan pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 14 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal mendapatkan perintah supaya pihak pendakwa syarie memulakan prosiding qazaf terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang itu.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohd. Shukor Sabudin yang membenarkan bantahan awal pihak responden untuk mengetepikan permohonan tersebut.

Anwar Hadiri Prosiding Qazaf

| 0 Comments | 0 TrackBacks

Zulkifli Noordin tarik diri peguam syarie Anwar

| 1 Comment | 0 TrackBacks
ZULKIFLI NOORDIN & ASSOCIATES
ZULKIFLI BIN NOORDIN LL.B (Wellington)
____________________________________________________________
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA ADVOCATES & SOLICITORS PEGUAM SYARIE

Ruj. Kami : DSAI/MTSWP/QAZAF
Ruj. Tuan : MTSWP-14100-099-0012-2010

Selasa: 23 Rabi'ul Awal 1431 / 09 Mac 2010

Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekuatan
Jalan Damansara
Kuala Lumpur Fax: 03-22740136/ POS

Tuan

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH W.P
PERMOHONAN NO: 14100-099-0012-2010
DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM -v- SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN DLL

Liwat & Qazaf satu penjelasan

| 0 Comments | 0 TrackBacks
Oleh Panglima Perang Cyber

Penjelasan tentang isu Qazaf yang telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah telah diedarkan oleh Blog Ustaz Moden (klik sini) dan diharap saudara/i dapat menyebarkannya seluas mungkin penjelasan ini.

Memandangkan Suara keadilan edisi 19 - 26 Jan 2010 halaman 6 -7 telah menyentuh tentang isu qazaf dengan menyiarkan tajuk " Mahkamah Tinggi Syariah perlu bicara kes qazaf Saiful" maka di sini kita kita perlu menyebarkan jawapan balas terhadap artikel tersebut.

Peguam Anwar pohon tangguhkan kes Qazaf

| 0 Comments | 0 TrackBacks

KUALA LUMPUR, 17 Feb - Mahkamah Tinggi Syariah di sini Rabu menetapkan 10 Mac depan untuk mendengar bantahan awal dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua lagi terhadap permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan kesemua pihak memfailkan afidavit yang berkaita

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain Selasa memfailkan bantahan awal bagi membatalkan permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jamil Khir serta Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali, memfailkan permohonan bantahan awal itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, petang Selasa melalui Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir.

Qazaf : Pelantikan Zulkifli Nordin dipertikai

| 2 Comments | 0 TrackBacks

Zulkifli Nordin Quit PKR

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Pihak responden dalam permohonan qazaf yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan pelantikan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai salah seorang peguam syarie mewakili Ketua Pembangkang itu.

Bantahan itu dibuat berikutan pihak responden berpendapat pelantikan tersebut menimbulkan percanggahan kepentingan.


Recent Entries

17 Feb sebutan semula permohonan qazaf ke atas Saiful
Anwar bersungguh mahu dibicarakan di mahkamah syariah, tetapi ketika dibicarakan, Anwar pula sibuk bersama kawan-kawan IIIT di Beirut. Dari kiri…
Qazaf : Tiga responden difailkan Anwar lantik peguam
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hari ini melantik barisan peguam yang…