Recently in Anwar & Cita-cita Category

Pesanan Zahrain kepada Anwar...

| 0 Comments | 0 TrackBacks

You can fool some people some of the time, but you cannot fool all the people all the time," begitulah pesan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media di lobi parlimen, Khamis, Zahrain berkata, ayat itu juga yang sering diperkatakan berulangkali oleh Anwar kepadanya.

Anwar Ibrahim Gelar Nik Aziz 'Terompah'

| 0 Comments | 0 TrackBacks

Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Penulis terkejut dengan pendedahan yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim pernah menggelarkan Nik Aziz Nik Mat, pemimpin PAS sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Sampai hati Anwar Ibrahim menjatuhkan maruah Nik Aziz sedangkan Nik Aziz adalah rakan politik beliau sendiri. Malah, pemimpin-pemimpin parti lawan masih menjaga tatasusila serta menghormati Nik Aziz tidak seperti Anwar Ibrahim

Fakta ekonomi Anwar salah - Mustapa Mohamed

| 2 Comments | 0 TrackBacks

KUALA LUMPUR 16 Mac - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan cuba memutar-belit angka demi kepentingan agenda peribadi.

Ia berlaku apabila Anwar mempertikaikan kemerosotan prestasi ekonomi negara dalam menarik kedatangan pelabur baru ke negara ini, di sebalik pelbagai slogan dan langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Cipta sejarah..polis pun terpaksa ikut nafsu Anwar

| 1 Comment | 0 TrackBacks


Detik yang dirakam diatas ini boleh dicatat dalam buku Malaysia Book of Records.Apa nak kata sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah cipta rekodnya yang tersendiri.

Mana ada orang di Malaysia yang ketika memberi keterangan polis disaksikan oleh wartawan dan jurugambar.

Memang untung Penasihat PKR ini sekalipun lanyak sana sini sistem kehakiman,perundangan negara dan polis masih mendapat keistimewaan begini.

Anwar, jangan ganggu Dr Mahathir lagi..

| 1 Comment | 0 TrackBacks
PhotobucketOleh Hambali Abdul Latif

Sudah-sudahlah Anwar.

Janganlah nak kacau dan cari gaduh lagi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang Dr Mahathir tidak buat untuk menaikkannya. Daripada menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO hinggalah Timbalan Perdana Menteri.

Ramai kawan-kawan Dr Mahathir, termasuk Tun Musa Hitam, Tan Sri Sanusi Junid, pernah berkecil hati dengan beliau kerana melebihi Anwar dalam banyak perkara.
Oleh Monaz Muslim

Benar juga rasa 'gerak hati' aku selama ini yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena jika Anwar Ibrahim jadi PM. Hakikatnya aku memang tidak redha Anwar Ibrahim jadi PM Malaysia kelak. Rasa tidak senang ini semakin meluap-luap bila Anwar kerap-kali menyebut di dalam ceramahnya "Minggu depan saya berada di George Washington University, kemudian ke Doha kerana dijemput untuk memberi ucaptama di Persidangan Ekonomi Asia, selepas tu ke London dan ......."


Ingatkan selepas peguam Karpal Singh yang bertindak bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya mahu Hakim Datuk Mohamed Zabidin undur diri dari jadi hakim kerana didakwa bias tidak ambil tindakan terhadap laporan Utusan Malaysia... keadaannya akan slowdown dan tiada lagi tindak tanduk yang boleh menghina mahkamah.

Ini kerana fakta yang dianggap oleh sesetengah pihak remeh mengenai perkataan ' katil' dan ' lagi' dalam laporan akhbar berkenaan itu dilihat maha besar oleh pasukan peguambela Anwar hingga hakim perlu ditukar.

Anwar hanya ghairah mahu jadi PM - Zahrain

| 0 Comments | 0 TrackBacks
GEORGETOWN - Selepas kurang 24 jam mengkiritik secara terbuka pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Jawatankuasa Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim menjadikan 'bossnya', Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran kedua.

Melalui temubual secara eksklusif bersama Sinar Harian semalam, Zahrain secara terbuka membidas tindakan Penasihat PKR itu yang didakwanya terlalu ghairah mengejar jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti untuk berkompromi dengan tekanan pemimpin DAP.

anwar-estrada 10
Sebelum giliran Anwar, Joseph Ekstrada terlebih dahulu menyanyikan lagu. Ekstrada pernah didakwa sebagai agen CIA peringkat Asia Tenggara yang dipromote menjadi Presiden Filipina satu ketika dahulu.

Oleh x-pkr

1. Dalam posting yang lepas, telah dihuraikan bagaimana AnWAR cuba 'masuk jarum' dengan bakal-bakal presiden Filipina. Semuanya dilakukan demi mencari populariti agar serta jalan yang lebih parah, mahu pentadbiran negara berkenaan menyatakan bantahan tentang kes liwat beliau seperti yang telah dilakukan Joseph Estrada suatu ketika dahulu. Bukan itu sahaja, AnWAR pasti cuba mengaih apa jua bantuan dari sana.

Anwar Langgar Amanat Ulamak

| 0 Comments | 0 TrackBacks
Anwar Langgar Amanat Ulamak-Majalah Tamadun

Berikut merupakan petikan wawancara di antara Suria Janib, wartawan majalah Tamadun, dengan Ustaz Ahmad Awang pada November 1998. Ustaz Ahmad Awang ketika itu adalah Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

TAMADUN : Sejak bila Anwar menyertai ABIM dan menjadi presiden ABIM?

Sebetulnya saya tidak pernah menjadi ahli ABIM, jadi tidak berapa ingat. Seingat saya, dia menjadi Presiden ABIM sejak penubuhan awal ABIM sebab apabila ABIM ditubuhkan, dialah yang menjadi presidennya pada awal 1970-an. Dialah presiden yang pertama sehingga dia masuk Umno.

Saya memang mengikuti perkembangan ABIM dan saya telah dipelawa untuk menyertai ABIM tetapi saya menolak kerana tidak berapa ingin terlibat.

Recent Entries

Imej Anwar sebagai ketua pembangkang kian tercemar
Oleh Yazid Othman Gambar Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dibesarkan dan digantung di hadapan Wisma Keringat Batu Caves menyamai tokong…
Anwar bakal terima laknat Allah
Oleh Puteri NafisahJarang saya menulis mengenai seorang individu yang bernama Anwar ini. Bukan tidak ada cerita yang menarik mengenai…
Hipokrasi Anwar terkini
Oleh x-pkr1. Saya terpanggil untuk menulis pada hari terakhir tahun 2009 ini, walhal punya rencana bercuti bersama keluarga di pantai…