BAGAN DATOH - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hamidi
menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai
menderhaka kepada negara kerana membuat dakwaan palsu mengenai aset
pertahanan negara di mata dunia.
Katanya, semua Ahli Parlimen dan pemimpin politik disaran tidak
mempolitikkan isu pertahanan negara dengan membuat kenyataan bercanggah
dengan fakta sebenar.
Oleh x-pkr
1.
Faekah Husin mula melibatkan diri dgn PKN sebelum PRU 1999. Aktif di
PKN Kuala Langat yang ketika itu ketua penajanya ialah Saari Sungib.
Kemudian mula mendekatkan diri dengan keluarga AnWAR dengan 'memancing'
hati anak-anak AnWAR-Azizah. Sering membawa mereka keluar makan dan
menonton wayang, konon mahu menghiburkan anak-anak yang malang.
2.
Setelah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Azizah (ketika itu
MP Ptg. Pauh), beliau memainkan peranan besar dalam 'hidup' Azizah.
Ketika AnWAR ghairah menggunakan Azmin untuk banyak perkara, Azizah
pula bertindak perkara yang sama dengan menggunakan Faekah. Maka
bermulalah perang dingin AnWAR-Azmin dan Azizah-Faekah!