Oleh AIDCNews
Kuala Lumpur - Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang baru-baru ini dipecat keanggotaan dari PKR menegaskan dalam isu kalimah Allah, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim telah membuat keputusan peribadi tanpa merujuk pihak yang lebih berautoriti.
"Sebenarnya dalam isu kalimah Allah ini, pendirian yang dibuat parti adalah pendirian Anwar sendiri setelah dia berbincang dengan seorang kawan. Tetapi apabila jadi kecoh baru dia panggil ulama. Pada malam perbincangan itu jelas ramai yang tidak setuju dengan Anwar. Yang setuju hanya ustaz-ustaz politik sahaja, ulama non partisan semua tidak setuju." Kata Zulkifli dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar yang tersiar hari ini.