Recently in AIDC Category

Misteri Anwar Ibrahim dan Foundation For The Future

| 1 Comment | 0 TrackBacks



Oleh AIDC

Ini merupakan tulisan pertama saya yang ditulis pada 30 Mei 2007. Ketika itu saya masih berblog lagi.  Tetapi sebelum itu pun, saya mula membaca dan mengkaji siapa Anwar Ibrahim. Ketika itu Anwar masih transisi antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Oleh kerana terdapat percanggahan dengan apa yang dilaporkan oleh Anwar di blognya berkenaan Foundation For The Future dengan realiti sebenar yang dilaporkan oleh media-media barat, saya mula menghantar tulisan ini kepada beberapa blog lain untuk disiarkan.

Anwar_AlGore2


Oleh : AIDC

Wartawan Barat dari Executive Intelligence Review (EIR), Michael Billington dalam tulisannya bertajuk "Gore's Racist Assault Against Malaysia"(2008)[klik di sini] sudah menulis bahawa Anwar Ibrahim adalah 'aset yang dikongsi bersama' oleh dua orang Zionis Amerika Syarikat iaitu Paul Wolfowitz dan Al Gore.

Anwar bergilir-gilir bertuankan kepada kedua-dua godfather Zionis ini mengikut suasana politik Amerika Syarikat. Siapa yang lebih berkuasa, maka tokoh Zionis itu akan dihampiri. Manakala kedua-dua Zionis ini saling bergilir-gilir berkongsi aset mereka (Anwar Ibrahim) asalkan aset itu bersedia melaksanakan misi mereka.


Anwar dan Rektor UIA by you.
Abdul Hamid Abu Suleyman (Rektor UIA) bersama dengan Anwar Ibrahim (Presiden UIA) dalam satu majlis konvokesyen UIA. Pelantikan Abdul Hamid sebagai Rektor dibuat atas kuasa Anwar Ibrahim sebagai Presiden UIA dan Menteri Pendidikan.

Oleh AIDC

Dua peristiwa yang masih menjadi misteri sampai ke hari ini adalah peristiwa kebakaran pejabat IIIT Malaysia di kampus UIA Petaling Jaya dan Rektor UIA, Abdul Hamid Sulaiman, warganegara Amerika Syarikat melarikan diri ketika masih menjawat jawatan Rektor UIA. Beliau bersama Anwar Ibrahim merupakan salah seorang pengasas IIIT di Virginia, Amerika Syarikat.

Kalimah Allah : Semakin terserlah siapa Anwar

| 1 Comment | 0 TrackBacks
Anwar bermesyuarat dengan Kristian
Anwar bersama Father Thomas Philips, President of the Council of Churches Malaysia (tengah) dan Brother Augustine Arokiasamy di the Luther Centre, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010.


Oleh AIDC

Isu terjemahan kitab Injil ke Bahasa Melayu atau kalimah Allah merupakan isu klasik. Isu ini merupakan agenda utama Anwar Ibrahim, baik semasa berada dalam ABIM, maupun semasa memimpin parti multiracial - multireligious, PKR. Cumanya, isu ini dikonotasi dalam versi berbeza mengikut kehendak Anwar.

Apa yang Wan Azizah beritahu Ezam ?

| 1 Comment | 0 TrackBacks
Wan Azizah Told Ezam


Oleh AIDC

Jika anda ingin mencari salah seorang inner circle dan paling rapat dengan Anwar. Ezam lah jawapannya. Bukan setakat itu, malah Ezam sanggup 'mempertaruhkan' nyawanya semata-mata untuk membela bekas bosnya, Anwar Ibrahim.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Ezam terus menyertai gerak kerja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD). Pada tahun 1994, ketika berusia 26 tahun, dia telah dilantik sebagai Timbalan pengarah IKD. Satu jawatan yang cemerlang jika dibandingkan dengan usianya.


Oleh AIDC

Sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004), kalimah 'Demokrasi, Hak Asasi dan kebebasan' banyak keluar dari mulutnya. Barangkali kerana kalimah-kalimah itu masih baru, maka kita tidak memahami dengan tepat.

Mungkin kepada Anwar kalimat azimat 'Demokrasi' bukanlah perkara baru. Sudah lama dipraktikkan, sejak dari zaman belia lagi, tetapi kerana disulami dengan 'ayat-ayat agama', kita tidak nampak maksud sebenar Anwar. Memang Anwar suka cakap berkias-kias, bombastik dan dipenuhi dengan metafora, hingga kita tidak dapat menangkap maksud sebenar ucapannya. Buangkan kiasan, bombastik dan metafora itu kita akan jumpa maksud sebenarnya.

Di sebalik kisah saham Shamsida Taharin

| 0 Comments | 0 TrackBacks
SahamAzmin4


Oleh AIDC

Apabila bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan , Anuar Shaari  membuat laporan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 17 November lalu, jam 11.45 pagi ramai orang tertanya-tanya apakah isi kandungannya. Apakah benar signifikan dokumen-dokumen itu dengan Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan Anwar Ibrahim, sehinggakan Anwar terpaksa melabel Anuar sebagai 'diupah' dan Azmin pula melabel sebagai 'pengemis politik'.