PARADIGMA POLITIK BARU

Kenapa modus operandi CIA senada dengan Anwar ?

AIDCThinker

Sudah tentu pendedahan Philip Agee, tidak fokus kepada Anwar Ibrahim, tetapi penerangan bekas pegawai CIA mengenai modus operandi CIA seolah-olah mempunyai satu perkaitan rapat.

Philip Agee atau nama sebenarnya Philip Burnett Franklin Agee mula terlibat dengan CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi perisikan itu pada tahun 1968. Sejak itu beliau menjadi penulis, membongkarkan semua black ops yang pernah dilakukan oleh CIA. Bukunya, Inside the Company: CIA Diary (1975) menjadi salah satu buku yang terhangat di pasaran.

Menurut Agee, CIA melaksanakan polisi-polisi luar Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam sesebuah negara yang diminatinya.

Semasa perang dingin (1945-1991), CIA banyak menumpukan peranannya sebagai dalang di sebalik tabir dalam peperangan dengan Russia dengan slogan untuk membendung penularan fahaman komunisme. Contohnya Tembok Berlin (1948-1949), Perang Saudara Korea (1950-1953), Krisis Berlin (1961), Perang Vietnam (1959-1975), Krisis Peluru berpandu Cuba (1962) dan Perang Russia di Afghanistan (1979-1989).

Menurut Agee, ketika itu CIA banyak memainkan peranan dalam pertubuhan-pertubuhan pelajar di seluruh dunia.

Gerakan pelajar – KGB vs CIA

Dalam konteks Malaysia elemen-elemen komunis banyak menyerap dalam pertubuhan pelajar khususnya di Universiti Malaya.

Tunku Abdul Rahman dalam bukunya “Sebelum dan Sesudah 13 Mei 1969″ menamakan Syed Hamid Ali (adik Syed Husin Ali) yang ketika itu Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sebagai aktivis pelajar pro-sosialis yang menyumbang kepada tercetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

Syed Hamid Ali terlibat bersama dengan dua orang wakil Parti Buruh (Sosialis) mendesak Tunku untuk mengadakan perarakan mayat “Pahlawan Merah” (Lim Song Seng) yang dikatakan dibunuh oleh polis Melayu. Dengan perarakan itu akhirnya tercetusnya api-api perkauman insiden 13 Mei.

Menamakan Syed Hamid Ali sebagai bukti untuk menunjukkan pengaruh sosialisme/komunisme sangat dominan dalam pertubuhan-pertubuhan pelajar terutamanya PMUM sekitar tahun 1960-an dan 70-an. Rakan-rakan yang seangkatan dengan Syed Hamid adalah Kamaruzzaman Yacub dan Hishamuddin Rais.

Tetapi Anwar Ibrahim berlainan versi dengan Syed Hamid, Hishamuddin Rais dan Kamaruzaman Yacub. Versi Anwar adalah versi Islam yang dimulai dengan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu UM), PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dan seterusnya ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

Ketika itu, walaupun Anwar juga dikenali sebagai aktivis pelajar, tetapi beliau berlainan kem dengan kem sosialis.

Kamarazaman Yaacub dalam bukunya, “Bersama Anwar ke penjara” mengakui beliau pernah didatangi oleh agen KGB (Agen Prisikan Russia) yang berusaha mempengaruhi dirinya menjadi salah seorang rekrut KGB.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, jika beliau didatangi oleh agen KGB, maka aktivis-aktivis pelajar lain turut didekati oleh agen-agen perisikan luar lain sama ada KGB dan CIA.

Menurut Kamarazaman satu satu demonstrasi pelajar yang terbesar pernah diadakan adalah demonstrasi di Lincoln Centre, yang dianggap sebagai bangunan yang membekalkan agen-agen CIA ke Malaysia. Kamarazaman bersama Hishamuddin Rais mendesak bangunan itu ditutup.

Anwar Ibrahim yang turut serta dalam demonstrasi itu, dilihat oleh Kamarazaman mewakili kem lain. Walaupun Anwar turut serta, tetapi cara dan tindak-tanduk Anwar ketika itu bermotifkan untuk mensabotaj anti-CIA yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan pelajar sosialis.

AnwarKedutaanRusia
1980 : Anwar menghantar memorandum kepada kedutaan Rusia.
Ketika itu Anwar dianggap hero dari ABIM yang lantang menentang serangan Rusia ke atas Afganistan.
Foto dipetik dari buku Anwar Ibrahim Cekal dan Tabah, J. Victor Morais,1984.

Ibrahim Ali, juga turut hadir ketika itu. Boleh mengesahkan demonstrasi ini. Beliau ketika itu dilihat pro Anwar, yang bersama-sama dengan kumpulan PKPIM.

Kalau Kamarazaman Yaakub dilabel pro-sosialis yang disusupi agen KGB, Anwar pula mewakili pihak mana ?

Begitulah skesta aktivis-aktivis pelajar tahun 70-an yang tidak sunyi dipengaruhi oleh agen-agen KGB dan CIA sepertimana yang dibongkarkan oleh Philip Agee.

CIA/NED Projek Demokrasi

Menurut Philip Agee, apabila operasi tersembunyi CIA terdedah menyalurkan dana kepada pertubuhan-pertubuhan pelajar, individu dan organisasi terdedah di media massa Amerika Syarikat (Time & Newsweek).

Majalah Time pada tahun 1967 telah menyiarkan berita muka depan operasi CIA dan badan-badan serta individu yang ditajanya di seluruh dunia yang membawa kesan Ahli Kongres Florida (Dr Farshal) mencadangkan kerajaan Amerika Syarikat mewujudkan sistem terbuka untuk membantu yayasan-yayasan luar negara. Sistem terbuka ini untuk menggantikan sistem tersembunyi yang diamalkan oleh CIA sebelum ini.

Menurut Agee lagi sebelum ini banyak menyalurkan dana kepada yayasan-yayasan Jerman seperti Friedrich Ebert Stiftung (Foundation) dan Konrad Adeneur Stiftung (Foundation) untuk membantu operasi di luar negara, namun selepas tahun 80-an, saluran dana ke yayasan-yayasan Jerman itu dikurangkan kerana Amerika Syarikat telah menubuhkan yayasan sendiri yang dinamakan NED (National Endowment for Democracy).

Kata Agee, CIA banya menyalurkan wang kepada NED untuk menjalankan kerja-kerja yang pernah dimainkan oleh CIA semasa tahun 70-an. Hari ini NED dikenali sebagai CIA wajah baru yang banyak menjalankan operasi-operasi sulit di luar negara dengan bertopengkan ”Projek Demokrasi”.

Sama ada kebetulan atau dirancang, apa yang diperkatakan oleh Agee itu ada perkaitan dengan Anwar Ibrahim.

AnwarNEDboard

NED Board : Dari kiri Anwar Ibrahim (Panelis), Tom Donahue (Naib Pengerusi NED), Judy Shelton (Ahli lembaga Pengarah NED), Senator US, Bill Brock (bekas Pengerusi NED ), Lorne Craner (Presiden IRI /Yahudi), Zainab Bangura, (Panelis), Robert Miller (Bendahari NED), Jean Bethke Elshtain (Setiausaha NED /Yahudi), Ellie Larson (Pengarah Eksekutif Solidarity Center), John Earl Haynes (Perpustakaan Kongres Amerika, Bahagian Manuskrip), Carl Gershman (Presiden NED/Yahudi), Howard Wolpe (ahli lembaga Pengarah NED / Yahudi),Tom Daschle Ahli Lembaga Pengarah NDI/Yahudi), Gregory Meeks (ahli Lembaga Pengarah NED), Ken Wollack (Presiden NDI/Yahudi), John Sullivan (Pengarah Eksekutif CIPE) dan Donald Payne (bekas Ahli Lembaga Pengarah NED)



Anwar pernah menubuhkan badan pemikirnya yang dikenali sebagai Institut Kajian Dasar (IKD) yang ditaja sepenuhnya oleh Konrad Adenaeur Stiftung (KAF) dari dulu hingga sekarang.

Semasa Anwar menetap di Amerika Syarikat dari tahun 2005-2007, beliau terlibat aktif dalam NED dan menjadi salah seorang tenaga pemikir serta penceramahnya di seluruh dunia.

Kenapa NED memilih untuk merekrut Anwar Ibrahim sebagai tenaga pemikir NED ?

4 Comments

  1. Angela says:

    Agensi-angensi perisikan yang utama di dunia merupakan satu rangkaian antarabangsa. Mereka adalah di belakang Anwar.
    VATICAN (JESUITS) – CIA – KGB – MOSSAD
    I cannot include graphics here, so I cannot show the graphic version of the connection between the 4 agencies. MI5/MI6 is another main agency, but not included.
    The modus operandi of Anwar is along the same line. Anwar merupakan upahan agensi perisikan antaragangsa, dan melalui Anwar lah akan dilakukan “regime change” di Malaysia. PRU12 was supposed to be the time for that regime change (fungsi utama NED), tapi mereka tak dapat cukup kerusi. Wan Azizah kata “fajar menyinsing” (new dawn) untuk Malaysia selepas PRU12. Anwar pula kata “Malaysia Baru” – slogan bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh.
    They have not given up, so they are getting ready, ALL OUT, for PRU13. They can get external funding (pinjam dulu), but when they win, IT WILL BE PAYBACK TIME FOR MALAYSIA. We Melayu will lose everything by then! They got huge funding for PRU12, and probably bigger for PRU13. It is all about VOTES, and this can be manipulated with MONEY. Democracy itself can be made into a highly corrupt practice! Any system is good, but the people can corrupt it. Thailand is a good example where Thaksin has corrupted his supporters.
    PRU13 adalah masa bagi keruntuhan KETUANAN MELAYU. This is what the sponsors want.

Leave a Comment

 

— required *

— required *