Anwar ramal ekonomi Malaysia bakal berkecai

AIDCNews

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan ekonomi Malaysia bakal berkecai kerana beliau mendakwa pertumbuhan ekonomi Malaysia paling lembab jika dibandingkan dengan negara- negara serantau pada tahun ini.

“Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Reaksi Anwar kepada media ini ekoran pengumuman Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Rabu lalu yang meyatakan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu disifatkan sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.

Menurut Anwar, pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 oleh Perdana Menteri itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi yang dibuat sebelum ini.

“Masih terlalu awal untuk menilai kesan daripada pakej rangsangan ekonomi itu. Pertumbuhan itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan”, kata Anwar.

“Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba,”katanya lagi.

Menurutnya lagi, ramalan kemerosotan ekonomi ini dibuat berasaskan anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009.

Dalam masa yang sama Anwar turut memuji prestasi dirinya sebagai Menteri Kewangan terbaik dari tahun 1991 hingga 1997 kerana dapat menguruskan ekonomi yang baik dan mendakwa kerana pemecatannya sebagai Menteri Kewangan maka ekonomi Malaysia semakin merudum.

Kata Anwar “Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas”

Menurut Tun Dr Mahathir seperti yang dilaporkan didalam blognya(chetdet.co.cc), “ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8.5% dari 1987 dan bukannya 10% dari 1991. Mula merosot pada tahun 1997 di waktu Anwar sebagai Menteri Kewangan melaksana “ubat” IMF tanpa IMF. Memang Anwar ditangkap semasa krisis hampir berakhir. Kerana kegagalannya MTEN ditubuh untuk ambil alih tugas memulih semula kewangan dan ekonomi negara, jauh sebelum dia ditangkap”

Menurut sejarah, Anwar dilantik menteri kewangan pada tahun 1991 untuk menggantikan Tun Daim Zainuddin.

Pada tahun 1993, Bank Negara dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM9,300 juta akibat urusniaga pertukaran matawang asing. Ketika itu Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen menyelar Anwar sebagai Menteri Kewangan yang tidak pandai menguruskan ekonomi hingga bank negara mengalami kerugian besar.

Krisis ekonomi yang paling teruk yang gagal ditangani oleh Anwar adalah pada tahun 1997, ketika Malaysia dilanda krisis ekonomi akibat serangan spekulator matawang. Ekonomi Malaysia mengalami defisit matawang lebih dari 6 persen dari GDP.

Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri menamakan George Soros sebagai ‘penyangak matawang’ yang merundumkan ekonomi Malaysia.

Seperti yang diperkatakan oleh Dr Mahathir sebab utama kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 kerana kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang melaksanakan resipi IMF yang bertema “IMF tanpa IMF”.

Anwar telah dilantik sebagai “Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank” semasa mesyuarat tahunan IMF-World Bank yang diadakan di Hong Kong pada 23-25 September 1997. Klik di sini

Anwar dilantik oleh kawan baiknya, Michel Camdessus yang merupakan Pengarah Urusan dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IMF.

Menurut Dr Mahathir kaedah Anwar mengikut telunjuk IMF untuk mengatasi kemelestan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 bakal merosakkan negara. Ekoran daripada itu Dr Mahathir melantik semula bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri yang “dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berhubung perkara-perkara pembangunan ekonomi”.

Pelantikan Tun Daim sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan Pengerusi MTEN yang menguruskan ekonomi Malaysia pada 24 Jun 1998 sebagai mengambilalih kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan.

Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam artikelnya bertajuk “Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back” mendedahkan serangan spekulator, George Soros yang merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah konspirasi di antara Soros dengan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

“Pada mulanya, Dr. Mahathir membenarkan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk melaksanakan kaedah peribadinya yang dikenali sebagai ‘Polisi-polisi IMF tanpa IMF’ “, kata Billington.

“Kemudian, pada 1 September 1998, Dr. Mahathir mengejutkan dunia, melanggar kesemua arahan IMF yang ortodoks itu, dengan mengenakan kawalan ke atas matawang terpilih, menamatkan spekulasi ke atas mawatang Malaysia dengan mengikat nilai ringgit kepada dolar dan memecat Anwar Ibrahim”, katanya lagi.

Michel Camdessus, Pengarah Urusan IMF menyelar langkah Malaysia yang dianggar mundur terkebelakang kerana menolak bantuan IMF dan memperkenalkan langkah mengikat ringgit dengan dolar Amerika pada kadar RM3.80.

Namun setelah Camdessus digugurkan dari IMF dengan diganti oleh Pengarah Urusan baru, Dr. Horst Koehler, beliau memuji langkah yang pernah diperkenalkan Malaysia dalam menangani krisis ekonomi 1997.

Koehler yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000 berkata: “Mahathir betul… prestasi ekonomi sejak krisis itu menunjukkan dia betul.”

Trackbacks/Pingbacks

  1. Greece jual pulau bayar hutang IMF,Anwar Hampir Jual Negara! | Sumber Maklumat Masyarakat Wawasan - May 23, 2011

    […] klik sini  Filed in: Rencana/Sejarah Tags: anuar dan george soros cerita anuar kisah benar […]

  2. Soros bantu Anwar melalui ‘The Elders’ Zionist | AIDC - February 8, 2011

    […] Krisis ekonomi Malaysia 1997 dirancang secara teliti oleh Soros dan Anwar semakin jelas apabila Bank Dunia dan IMF telah melantik Anwar sebagai ”Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank” semasa mesyuarat tahunan IMF-World Bank di Hong Kong pada 23-25 September 1997. Klik di sini […]

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE