PARADIGMA POLITIK BARU

NED adalah CIA

AnwarNEDboard
NED Board dari kiri Anwar Ibrahim (Panelis), Tom Donahue (Naib Pengerusi NED), Judy Shelton (Ahli lembaga Pengarah NED) , Senator US, Bill Brock (bekas Pengerusi NED ), Lorne Craner (Presiden IRI /Yahudi), Zainab Bangura, (Panelis) , Robert Miller (Bendahari NED), Jean Bethke Elshtain (Setiausaha NED /Yahudi),Ellie Larson (Pengarah Eksekutif Solidarity Center) , John Earl Haynes (Perpustakaan Kongres Amerika, Bahagian Manuskrip), Carl Gershman (Presiden NED/Yahudi) , Howard Wolpe (ahli lembaga Pengarah NED / Yahudi) ,Tom Daschle Ahli Lembaga Pengarah NDI/Yahudi) , Gregory Meeks (ahli Lembaga Pengarah NED) , Ken Wollack (Presiden NDI/Yahudi) , John Sullivan (Pengarah Eksekutif CIPE) dan Donald Payne (bekas Ahli Lembaga Pengarah NED)


Allen Weinstein, penggubal udang-undang penubuhan NED (National Endowment for Democracy) “Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu”, lapor Washington Post, 22 September 1991.

Menurut William Blum (January 2000), “Sebenarnya CIA banyak melaburkan wang kepada NED. NED ditubuhkan pada tahun 1983, di bawah Presiden Ronald Reagan setelah banyak operasi CIA terbongkar dan CIA menerima imej yang sangat buruk” Klik di sini

Presiden Ronald Reagan semasa berucap di Britain’s Westminster Palace, 1982, berkata tujuan penubuhan NED adalah untuk meransang pembangunan demokrasi, termasuk kebebasan media, persatuan, parti-parti politik dan universiti yang kemudiannya dikenali sebagai “The Democracy Program”.

Peruntukan NED diluluskan oleh kerajaan Amerika Syarikat yang disalurkan melalui USAID (United States Agency for International Development)

NED mula dikenali di seluruh dunia sekarang ini, kerana penglibatan aktif dalam campur tangan terhadap sistem politik di sesebuah negara. NED akan menyokong individu, organisasi atau parti-parti politik yang dianggap proksi Amerika Syarikat.

Selepas itu, NED akan memberi dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit, akhbar dan sebagainya.

Di Panama, NED menyokong dan menaja Nicolás Ardito Barletta Vallarino memenangi pemilihan Presiden dalam pilihanraya umum Panama pada tahun 1984. Sebenarnya kemenangan Nicolas Ardito Berletta sudah diduga, kerana beliau telah direkrut oleh CIA sejak dari awal lagi. Pada tahun 1970-an, CIA meletakkan tokoh ini menjadi pensyarah di Universiti Chicago, Amerika Syarikat dan pekerja di Bank Dunia.

Sebaik sahaja berjaya memenangi jawatan Presiden Panama, langkah pertama yang dijalankan adalah meminjam dana IMF sebanyak US$603-million yang telah membebankan rakyat.

Di Haiti, NED membelanjakan $36 juta untuk menaja Marc Bazin, bekas pegawai bank dalam pilihanraya 1990. Walaupun pada mulanya beliau tewas di tangan Jean-Bertrand melalui proses pilihanraya tetapi setahun lepas itu, beliau berjaya menjadi Perdana Menteri Haiti, setelah Jean-Bertrand digulingkan melalui rampasan tentera yang dibiayai oleh CIA, NED dan USAID.

Di Nicaragua, NED menaja Arturo Cruz dan pilihanraya 1984. Namun tokoh itu gagal memenangi jawatan Presiden. Akibat kegagalan itu, CIA terus membiayai Arturo Cruz dengan gaji $6000 sebulan. Seterusnya CIA membawa tokoh itu berhijrah ke Amerika Syarikat dan ditempatkan di SAIS, Johns Hopkins University dan menjadi fellow di Hudson Institute.

Tom Engelhardt berkata, hari ini NED menaja projek demokrasi melalui ‘projek warna’. “the Rose Revolution” di Georgia, “the Orange Revolution” di Ukraine, dan “the Tulip Revolution” di Kyrgyzstan.

Ahli Lembaga Pengarah NED adalah bekas-bekas pentadbir kerajaan Amerika. Antaranya, Henry Kissinger dan Madeline Albright. Kedua-dua bekas Setiausaha Negara; Zbigniew Brzezinski, bekas Pengerusi Majlis Keselamatan Negara; Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan dan Pengerusi Bank Dunia. Kesemua mereka ini adalah berbangsa Yahudi.

Secara umumnya, NED mempunyai empat cabang iaitu pertama; IRI (International Republican Institute), kedua NDI (National Democratic Institute for International Affairs), ketiga, CIPE (Chamber of Commerce’s Center for Private Enterprise) dan keempat ACILS (American Center for International Labor Solidarity)

NED  menyatakan badan mereka terlibat dalam projek demokrasi khususnya dalam  “pembangunan pembangkang” dan “menggalakkan pluralisme”.

Projek demokrasi Amerika Syarikat

1 Comment

    Leave a Comment

     

    — required *

    — required *