Anwar Ibrahim agen barat dibiaya jadi PM

Oleh Mike Billington

[AIDC menterjemah artikel Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) yang bertajuk "British Empire Tool To Recolonize Malaysia". Artikel asal klik di sini]

Dalam kebanyakan negara di seluruh dunia, banyak di antaranya yang ditakluk kerana ketidakstabilan politik berpunca dari British dan aset mereka iaitu George Soros, merupakan pencatur dan penaja kepada British Foreign Office (Pejabat Luar British), yang bersembunyi di belakang topeng kuasa “demokrasi” pembangkang.

Mereka meminta perubahan rejim disebabkan isu tempatan, mengalih perhatian daripada kejatuhan kewangan global dan perang dunia merentasi muka bumi.

Tidak seperti di Malaysia, bekas jajahan British, seorang agen yang mengaku dirinya sebagai agen dasar ekonomi dan strategik Empayar Baru British, dan agen utama di dalam neo-konservatif Amerika serta gerakan fasis-hijau, secara terbuka mengisytiharkan dirinya sebagai Penyelamat Baru Malaysia.

Penyelamat Syaitan ini, dibiayai dengan sepenuhnya setelah beberapa tahun mendapat jawatan yang menguntungkan dalam kumpulan pemikir neocon, universiti di Washington dan London, serta jawatan subsidi di dalam Bank Dunia, telah mengumumkan niatnya untuk membayar (“memujuk”) bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menyertai pakatan pembangkangnya serta mengambil alih majoriti, kemudian menjadikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dia juga memenangi pilihan raya kecil bulan lepas di Pulau Pinang, menjadikannya ketua pembangkang rasmi di parlimen.

Sila bertemu dengan Anwar Ibrahim yang dikenali oleh pembaca EIR sebagai jurucakap kepada :

1. George Soros : Apabila Soros mengetuai serangan spekulatif terhadap Malaysia dan jirannya pada tahun 1997, Perdana Menteri pada ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad, berada dalam keadaan bersendirian di Asia, bertahan dengan melindungi nilai kewangan, dari IMF dan Bank Dunia, dengan mengenakan kawalan mata wang terhadap spekulator, dengan ini menyelamatkan populasinya daripada kemusnahan yang telah memusnahkan jirannya di Asia.

Anwar yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Dr. Mahathir pada ketika itu, telah meminta agar spekulator dibiarkan bertindak bebas dan mengenakan “syarat IMF tanpa IMF”, sehinggalah Mahathir memecatnya dan melaksanakan kawalan mata wang.

Anwar mempertahankan spekulator, mengakui bahawa dia telah mengedarkan kertas kerja Soros kepada pembuat dasar di Malaysia, dan mempertahankan Soros apabila Mahathir memanggil Soros seorang pencuri yang bebal.

Soros membidas Mahathir dan mengugut bahawa Mahathir “perlu dipecat dari jawatannya.”

Anwar memimpin demonstrasi anarki terhadap Mahathir serta memanggilnya sebagai korup dan tidak demokratik.

2. Paul Wolfowitz : Arkitek neocon, arkitek utama perang haram dan gila di Iraq bagi pihak Tony Blair dan Dick Cheney, telah menjadi pembela yang lantang kepada Anwar, memberikannya pelbagai peluang pekerjaan kepada Anwar di Amerika Syarikat, ketika dia dibebaskan pada 2004, selepas menjalani hukuman selama 6 tahun di atas tuduhan rasuah dan liwat.

Pada 2005, apabila Wolfowitz dilantik mengetuai Bank Dunia oleh George W. Bush, Anwar memujinya sebagai lelaki yang “secara hebatnya percaya kepada kebebasan, dan memahami isu kemiskinan, pencemaran alam sekitar, keadaan tempat tinggal dan isu kesihatan yang banyak menjadi agenda Bank Dunia”.

Di Bank Dunia, Wolfowitz telah menyekat pembiayaan kepada negara yang enggan menerima perintah Anglo-Amerika, mungkin juga membunuh lebih ramai orang daripada apa yang telah dilakukannya semasa menjawat jawatan di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

3. Al Gore : Walaupun sebelum kempen pembunuhan bangsa yang dilakukannya untuk menyekat pembangunan Dunia Ketiga di bawah tipu helah “pemanasan global”, Al Gore telah datang ke Malaysia pada November 1998, dua bulan selepas Dr. Mahathir menentang IMF dan spekulator. Dia berucap di mesyuarat APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation).

Anwar pada ketika itu sedang mengetuai kumpulan perusuh jalanan yang ganas di Kuala Lumpur, sementara Al Gore, bercakap sebelum Perdana Menteri Mahathir dan pemimpin daripada rantau Asia dan Pasifik berucap, dia memuji anarki jalanan sebagai “orang Malaysia yang berani”, mendesak untuk “perubahan” – yang Al Gore dan Anwar maksudkan adalah berkaitan dengan syarat-syarat IMF, dan membenarkan kawalan ekonomi oleh pihak luar tanpa batasan.

Menteri Perdagangan Malaysia, Rafidah Aziz mengulas ucapan Gore sebagai “ucapan paling menjijikkan yang pernah saya dengar dalam hidup saya,” sementara Mahathir berkata, “Kita perlu bakar dia (Gore).”

Dari mana sumber duit Anwar

Sekarang, mari kita lihat beberapa pekerjaan Anwar beberapa tahun selepas dia dibebaskan daripada penjara, di atas tuduhan liwat pertamanya pada 2005-2007 :

1. Johns Hopkins School for Advanced International Studies (SAIS) di mana rakannya Wolfowitz sebelum ini pernah menjadi dekan.

2. Georgetown University di Washington, D.C.

3. St. Anthony’s College, Oxford, di mana dia kerap kali berjumpa dengan Al Gore, yang melakukan perlindungan nilai aset di London, dengan mendapat keuntungan daripada tipu helah”penukaran karbon” yang diciptanya dengan penipuan pemanasan global.

4. Perunding kepada bank Dunia, diupah oleh Presiden Bank Dunia iaitu Paul Wolfowitz

5. Presiden Kehormat AccountAbility, London.

6. International Crisis Group, satu kumpulan NGO terkenal yang dibiayai oleh Soros.

7. Foundation for the Future yang diasaskan oleh Dick Cheney dan anak perempuannya Liz Cheney, untuk mempromosikan perubahan rejim di rantau Asia Tenggara. Anwar membenarkan Wolfowitz untuk meletakkan teman wanitanya (Shaha Riza) di dalam senarai penerima gaji dari yayasan tersebut, satu perlakuan rasuah yang menyebabkan Wolfowitz kehilangan jawatannya di Bank Dunia.

Seperti yang dikatakan oleh seorang pegawai Malaysia kepada penulis apabila mendengar tentang pelbagai jawatan yang disandang oleh Anwar di Washington dan London :

“Ah, jadi inilah caranya mereka membiayai kegiatan subversif Anwar di Malaysia !”

Dasar Anwar Ibrahim

Anwar tidak melakukan apa-apa untuk menyembunyikan niatnya menghentikan pembangunan perindustrian dan infrastruktur di Malaysia, yang secara umumnya sektor pembangunan.

Dengan segera, selepas dipecat pada 1998, Anwar memberitahu Asian Wall Street Journal bahawa negara membangun perlu berhenti dari “menuding jari kepada spekulator dan meletakkan keadaan di negara mereka dalam keadaan yang teratur terlebih dahulu,” dengan menghentikan “rancangan projek pelik yang hebat”.

Dalam respons kepada soalan umum oleh penulis pada 2005, Anwar mempertahankan usahanya untuk melaksanakan rancangan jimat cermat IMF dan perintah perdagangan bebas ke atas Malaysia, walaupun pada hakikatnya dasar seperti itu kemudiannya memusnahkan ekonomi jiran Malaysia.

Dasar IMF “bermanfaat”, katanya, dan cuba menghentikan projek infrastruktur utama oleh kerajaan Mahathir, khususnya Empangan Bakun di Sarawak, yang hanya bermanfaat untuk memperkayakan “kroni Mahathir.”

“Ya, pembangunannya berkesan,” katanya, “rakyat keluar dari kemiskinan – tetapi itu hanya pada permukaan. Di bahagian bawah, terdapat rasuah, tiada ketelusan, pemimpin kuku besi, dan tiada media yang bebas.”

Dia juga memberitahu The Age dari Australia bahawa pada 1997-98, serangan IMF/perlindungan nilai dan juga kemusnahan ekonomi Asia Tenggara merupakan satu “taufan kemusnahan kreatif yang menggoncangkan rasa puas hati masyarakat dan kerajaan di Asia.”

Itulah sebabnya kenapa agen empayar British ini masih bertahan di Malaysia? Sistem kewangan dunia sedang runtuh, spekulasi yang dibawa oleh hiper inflasi yang tinggi terhadap harga minyak, bahan mentah dan makanan, berada di luar kawalan mana-mana kerajaan tempatan.

Kerajaan sekarang yang dipimpin oleh bekas Timbalan Mahathir, Abdullah Badawi, pada mulanya tidak mahu mengakui bahawa (ekonomi) Malaysia akan dimusnahkan sekiranya tiada sebarang langkah kecemasan diambil bagi melindungi (ekonomi) daripada kemerosotan yang akan melanda.

Apabila harga minyak dan makanan melambung tinggi, rasa tidak puas hati semakin meningkat disasarkan kepada kerajaan, ditambah pula dengan cercaan Anwar yang fasis menghasut kepada populasi yang sedang marah itu.

Beberapa bulan kemudian, bagaimanapun, kerajaan Abdullah menyedari impak krisis global terhadap negara mereka, dan mengambil langkah- langkah keselamatan untuk meningkatkan pengeluaran makanan, mengorak langkah pertama ke arah program kuasa nuklear yang serius, serta berkoordinasi dengan negara Asia Tenggara, bekerjasama dengan China dan India untuk projek pembangunan serantau, perlindungan kewangan bersama.

Langkah tersebut adalah perlu, tetapi tidak cukup, untuk berhadapan dengan krisis tersebut tetapi ianya terlalu jelas, apa yang akan berlaku sekiranya British meletakkan ‘budak’ mereka, Anwar di puncak kuasa.

2 Responses to “Anwar Ibrahim agen barat dibiaya jadi PM”

  1. warisatuliman2010

    Jul 19. 2010

    A.w.w. sdr/sdri seiman. Fakta2 yg diketengahkan oleh Mike Billington memang jelas memaparkan peranan Anwar sbg penggugat ekonomi negara sama ada secara langsung atau tidak, di samping sumber dana utk menggerakkan operasi jentera pengkhianatan Anwar. Namun, dari segi politik satu operasi sulit yg dijalankannya bagi pihak penaja2nya ialah ‘politik adu-dumba’, yang diselindunginya dengan melemparkan tuduhan teori ‘konspirasi’ ke atas sesiapa sahaja yg cuba menghambat cita2 hinanya untuk bertakhta di mata dan bersultan di hati. Politik adu dumba ini sejak sekian lama telah dilakukan di Dunia Islam seperti di Afrika, negara-negara Arab termasuk Palestin, Kuwait, Iraq, Iran, Afghanistan, Turki malahan di Indonesia apabila jarum perseteruan ditusuk ke dalam di hati umat Islam yg berfahaman moden dgn yg berfahaman konservatif. Selain drp memburukkan lagi perseteruan Syiah-Sunni, jarum permusuhan itu ditusuk pula ke dlm jiwa golongan Islam ‘moden’ dgn menanam konsep ‘Islam Liberal/pluralisme agama’ menerusi penajaan pendidikan di Barat, anugerah khusus, bantuan ekonomi dsbnya lagi. Usaha melaga2kan sesama bangsa dan agama (Melayu dan penganut Islam) merebak ke M’sia dgn didalangi oleh Anwar sendiri. Kes murtad, solat dua imam’, isu kafir-mengkafir dan penggunaan istilah ‘Allah’ adalah antara adalah unsur-unsur operasi ‘adu dumba’ utk melaga2kan sesama umat Islam. Akibatnya, umat Islam dan bangsa Melayu berpecah dan ia seterusnya melemahkan ketuanan Melayu di tanah air mereka sendiri. Siapa yg rugi? Tidak lain dan tidak bukan bangsa Melayu dan agama Islam. Siapa yg untung? Sudah pasti musuh dan seteru Islam. Beruntungkah Anwar jika ketuanan Melayu menjadi lemah? Mungkin, tetapi untuk jangka pendek sahaja. Bagi jangka panjang iaitu apabila sumbangan Anwar tidak lagi diperlukan oleh para penajanya, nasibnya tentu tidak jauh berbeza dgn nasib yg menimpa Saddam Hussein, Shah Iran, Ferdinand Marcos dan ramai lagi yg pada suatu ketika pernah menjadi ‘bidak catur’ para seteru Islam ini. Dan ketika itu Anwar tidak berupaya menyuarakan penyesalannya walaupun jika air mata darah mengalir dari kedua2 belah kelopak matanya.

    Reply to this comment

Trackbacks/Pingbacks

  1. Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat (7) – Konspirasi Soros & Al Gore | AIDC - January 31, 2011

    [...] Komplot Anwar-Soros :Merundumkan ekonomi Malaysia : Ketika Krisis ekonomi Malaysia pada tahun 1997, Anwar merupakan Menteri Kewangan Malaysia. Mike Billington, wartawan EIR (Executive Intelligence Review) mendedahkan memang wujud komplot di antara Soros-Anwar dalam meruntuhkan ekonomi Malaysia. Tulis Mike Billington : “Anwar mempertahankan spekulator (Soros), mengakui bahawa beliau (Anwar) telah mengedarkan kertas kerja Soros kepada pembuat dasar di Malaysia, serta mempertahankan Soros apabila Mahathir memanggil Soros seorang pencuri matawang (penyangak) yang bebal”. Klik di sini [...]

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE