MELETUP : Klip Video Seks Anwar Tersebar di Internet


AIDCNews -04/04/11 – Tidak sampai satu hari, klip video yang telah diupload di youtube didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini tersebar di Internet, telah diremoved yotube policy.

Difahamkan dimuat turun Youtube sejak tengahari tadi oleh seorang pengguna bernama “thepowercam” yang dikatakan berasal dari Thailand.

Video dimuat turun di youtube hanya 1 minit 41 saat itu adalah video asalnya 22 minit yang pernah ditayangkan di Carcosa baru-baru ini.

Sarikata dalam bahasa Thai itu berbunyi: “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011″

Laman Malaysian Insider yang turut menonton Klip video di Carcosa baru-baru ini mengesahkan klip yang sama pernah ditayangkan kepada para media pada 21 Mac, bezanya klip sebelum ini tiada jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thailand sepertimana klip terbaru itu.

Tumpuan perhatian pada klip itu ialah pada lelaki yang mundar mandir memakai kain tuala yang dikatakan menyerupai Anwar Ibrahim itu dan bercakap-cakap sesuatu dengan lelaki berbaju.

Dari reaksi percakapan dan gaya badan, nampak seperti lelaki yang menyerupai Anwar itu amat akrab dengan lelaki berbaju itu.

Turut kelihatan dalam klip itu ialah pelacur yang dikatakan berasal dari China.

Apa yang anda saksikan dalam klip video di atas adalah cebisan-cebisan aktiviti permulaan video yang menunjukkan lelaki berbaju dan lelaki bertuala yang menyerupai Anwar masuk bilik air setelah dipanggil oleh pelacur dari China itu. Apabila keluar dari bilik air, jelas menunjukkan lelaki berbaju itu adalah Datuk Sharzly Eskay.

Yang nampak perut buncit dalam klip video itu bukan lelaki yang menyerupai Anwar tetapi Sharzly Eskay, barangkali kerana perutnya menghampiri rakaman CCTV yang tersembunyi itu.

Lelaki yang menyerupai Anwar itu kemudiannya menghantar Sharzly Eskay keluar dari biliknya dan setelah itu lelaki itu pun mula menghampiri pelacur itu dan mahu memeluknya.

Klip hitam putih itu hanya sampai pada tahap itu sahaja.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE