PARADIGMA POLITIK BARU

Anwar & Neo Konservatif

26 Januari 1998, Project New American Century (PNAC) telah mengutuskan satu surat desakan kepada Bill Clinton (bekas Presiden Amerika Syarikat) untuk menggunakan tindakan tegas dan agresif (serangan) bagi menyingkirkan Saddam Hussein (bekas Presiden Iraq) demi menjaga kepentingan Amerika dan sekutunya yang lain.

Perancangan untuk mengutuskan surat ini dilakukan oleh Robert Kagan (Pengasas PNAC, wakil US di NATO), Donald Rumsfeld (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), William Kristol (Pengerusi PNAC), Richard Perle (Ahli Lembaga Penasihat JINSA, bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Paul Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia).


PNAC diasaskan oleh 20 orang ahli neo konservatif pada 3 Jun 1997 dan berpusat di Washington DC. Dana PNAC dibiayai oleh Sarah Scaife Foundation, John M. Olin Foundation dan Bradley Foundation. Kumpulan neo-konservatif ini majoritinya adalah berbangsa Yahudi.

Setiap Presiden Amerika adalah boneka golongan neo konservatif ?. Mengapa kumpulan neo-konservatif mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam kabinet Amerika Syarikat ? Tidak kira parti Republikan atau Demokrat yang memerintah White House, neo-konservatif tetap berpengaruh. Sama ada John Mc Cain atau Obama yang menang sebagai Presiden menggantikan Bush, neo konservatif tetap berkuasa. Sokongan dari dana dan yayasan neo konservatif adalah antara faktor penyumbang pengekalan kuasa kumpulan neo konservatif ini.

Sarah Scaife Foundation adalah penyumbang terbesar dana neo konservatif. Beribu pejabat di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Diasaskan oleh Richard Mellon Scaife (billionair minyak Amerika Syarikat, Pengerusi Gulf Oil Corporation) mengambil nama ibunya, Sarah.

Richard Mellon adalah key figure dalam kumpulan neo konservatif sejak 1960an lagi. Mulai aktif menyumbang dana untuk kumpulan neo konservatif sejak 1973, setelah memegang jawatan Pengerusi Gulf Oil Corporation. Pada tahun 1993, sejumlah USD $17.6 juta disalurkan kepada sejumlah 150 kumpulan neo konservatif di Amerika Syarikat.

Menurut kajian yang dilakukan oleh National Center for Responsive Philanthropy, aset Sarah Scaife Foundation pada 2001 sahaja ialah berjumlah USD $323 juta. Antara tahun 1985 dan 2003 sejumlah USD $90,962,675 disalurkan kepada 20 institut dasar dan strategi di seluruh Amerika Syarikat. Termasuklah Carnegie Institute yang menerima USD $7.17 juta, Free Congress Foundation sejumlah USD $16.36 juta dan Ethics & Public Policy Center yang menerima sejumlah USD $2.58 juta.

Sejumlah sepuluh organisasi think tank neo konservatif menerima sejumlah USD $59 juta. Manakala, sepuluh instituisi guaman dan perundangan menerima dana sejumlah USD $33.6 juta. Sejumlah USD $29.9 juta pula disalurkan kepada 10 universiti. Tufts University menerima dana yang paling banyak iaitu sejumlah USD $4.3 juta diikuti oleh University of Pittsburgh dan University of Chicago.

Lima kumpulan media terpilih seperti American Spectator Educational, Foundation Incorporation Accuracy in Media, Reason Foundation Foundation for American Communications dan Media Research Center, Inc. menerima sejumlah USD $12.3 juta.

Scaife juga terlibat menaja akhbar Pittsburgh Tribune-Review pada 1969 dengan dana sejumlah USD $5 juta. Scaife Foundation turut terlibat menaja Arkansas Project sejumlah USD $1.8 juta, yang seterusnya membawa kepada pendakwaan terhadap Bill Clinton.

Arkansas Project adalah nama yang diberikan kepada beberapa siri konspirasi yang dirancang bertujuan untuk menjatuhkan Bill Clinton. Antaranya ialah tragedi pembunuhan Vincent Foster (Timbalan Penasihat White House kepada Presiden Bill Clinton), kontroversi Whitewater dan skandal Troopergate.

Presiden George W. Bush bersalaman dengan ahli American Enterprise Institute (AEI) di Washington DC pada 15 Februari 2007.

“I recently announced a new strategy for Iraq – it’s a plan that demands more from the Iraqi government. Not only do we demand more from the Iraqi government, but so do the Iraqi people demand more from the Iraqi government. They want to live in peace” kata Bush dalam ucapannya di program AEI.

Penyumbang kedua terbesar kumpulan neo konservatif ialah John M. Olin Foundation. Diasaskan pada tahun 1953 oleh John M. Olin (Presiden Olin Industries). Olin Industries menjalankan kegiatan perniagaan senjata api dan bahan kimia.

Antara penerima utama dana Olin Foundation adalah American Enterprise Institute (AEI). AEI adalah platform utama kumpulan neo-konservatif untuk mengumpul dana perang di Iraq dan membantu penaklukan Israel di Palestin. Pada tahun 1998, sejumlah USD $55 juta telah diagihkan dalam bentuk geran dan dana oleh Olin Foundation untuk membiayai gerakan neo-konservatif.

Orang-orang kuat semasa Bush mula menjadi Presiden di White House. Kedudukan jawatan mereka ini dicaturkan oleh golongan neo konservatif ? Penerima dana Olin Foundation yang lain ialah Eagle Forum, Stanford University, Cato Institute dan beberapa orang profesor undang-undang di Fordham University, George Manson University dan Yale Law School. Antara tahun 1992 dan 1995, Olin Foundation telah menyalurkan sejumlah USD $3.7 juta kepada University of Chicago.

Kajian daripada universiti-universiti terbabit akan terbitkan dalam New York Times, Washington Post dan Times, antara lain menyokong polisi dan agenda kumpulan neo-konservatif.

John M. Olin Foundation dan Bradley Foundation juga telah menyumbangkan USD $1.5 juta kepada National Endowment for Democracy (NED) selama 18 tahun untuk menerbitkan Journal Of Democracy. Anwar Ibrahim pernah menyumbangkan tulisan bertajuk “Universal Values and Muslim Democracy.” dalam Journal of Democracy, keluaran Julai 2006.

Klik di sini Anwar & Neo Konservatif (siri 2)

AZRINIZAM IBRAHIM
Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM).

baca artikel asal di :
siri 1-anginperubahan.blogspot.com

siri 2-anginperubahan.blogspot.com

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *