Semuanya Bermula Dari Sukma Darmawan Sasmitaadmadja

Sukma - Anwar

AIDCReveal -Sukma Darmawan Sasmitaatmadja merupakan satu watak lelaki yang tidak dikenali dan misteri walaupun pemuda itu telah berhijrah dan menetap di Malaysia sejak dari tahun 1970-an.

Adik angkat Datuk Seri Anwar Ibrahim ini menjadi lelaki misteri dalam dunianya sendiri. Ketika Anwar menjadi Presiden ABIM amat jarang yang mengenali Sukma Darmawan. Apatah lagi ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Namun begitu di kalangan ahli keluarga Anwar terutamanya Dr Wan Azizah amat mengenali siapakah lelaki handsome dari Indonesia itu.

Kadang-kadang cerita-cerita keluarga turut terkeluar kepada orang-orang terdekat dengan Anwar. Pernah orang terdekat Anwar membuat satu jenaka, “Kalau Anwar tidak ada dalam bilik isteri nombor satu, maka carilah dalam bilik isteri nombor dua”.

Jenaka ini hanya menggambarkan betapa intimnya hubungan Anwar dan Sukma.

Namun, semua pekung ini mula terdedah pada tahun 1998. Seorang lelaki yang selama ini tidak popular, akhirnya menjadi salah seorang tokoh paling popular di Malaysia, setaraf abangnya, Anwar Ibrahim

Latar Belakang

Dilahirkan pada 25 Jun 1961. Dia adalah anak ke 11 daripada 12 orang adik beradik. Ayah Sukma dipercayai seorang anggota Tentera Nasional Indonesia [TNI].

Dalam keterangan Sukma, pada usia 16 tahun dia datang ke Malaysia dihantar oleh ayahnya pada bulan Februari 1977 [klik sini].

Menurut Sukma pada tahun 1990 ayahnya telah meninggal dunia di Indonesia.

Selepas berhijrah ke Malaysia, Sukma menetap di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya iaitu rumah Datuk Ibrahim Abdul Rahman iaitu ayah kepada Datuk Seri Anwar [klik sini].

Ketika itu, rumah tersebut hanya didiami oleh 4 orang iaitu Datuk Ibrahim, isteri mudanya [ibu tiri Anwar], Anwar dan Farizon [adik tiri Anwar].

Ketika menetap di rumah tersebut, Datuk Ibrahim telah menempatkan Sukma satu bilik bersama Anwar yang masih bujang.

 

Bertanda bulat ialah Datuk Ibrahim Abdul Rahman (ayah Anwar)

 

Menurut sumber yang dipercayai, ketika hayat hidup Mak Yan iaitu emak kandung Anwar tidak menetap di Kampung Tunku, sebaliknya menetap di Assunta, Petaling Jaya.

Rumah tersebut dibeli khas oleh Datuk Ibrahim untuk isteri pertamanya, Mak Yan  dan sekarang rumah itu didiami oleh adik bongsu Anwar bersama suaminya, Mokhtar.

Mokhtar inilah yang dipertanggungjawab menjadi pengawal peribadi dan sekali sekala merangkap pemandu peribadi Anwar.

 

Lokasi dari Kg Tunku, Petaling Jaya ke Yayasan Anda

 

Pendidikan Sukma

Datuk Ibrahim telah menghantar Sukma bersekolah di Yayasan Anda  iaitu sekolah swasta milik Anwar. Pengetua sekolah tersebut ialah Anwar sendiri. Klik sini

Ketika memberi keterangan di mahkamah dan menjawab soalan pendakwa Abdul Gani Patail, Sukma mengakui hanya bersekolah di Yayasan Anda pada 1977 dan berhenti persekolahan pada tahun 1980 – 1983. Sukma juga turut mengaku menerima High School Certificate [Sijil Tinggi Persekolahan] pada tahun 1990 [klik sini].

Semua ini misteri kerana Sukma yang meninggalkan zaman persekolahannya, berjaya mendapat sijil STP pada tahun 1990, apatah lagi Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu adalah Anwar sendiri, maka campur tangan abang angkatnya turut menjadi gossip.

Kekayaan Sukma


Pada sekitar tahun 1992 ketika Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan, Sukma telah membeli seunit rumah di Tivolli Villas, Bangsar. Unit rumah 10-7-2 dibelinya dengan harga lebih kurang RM400,000. Pada 1999 ketika memberi keterangan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Sukma mengaku Anwar ada ‘menderma’ RM100,000 kepadanya untuk mengubah suai unit rumah tersebut [klik sini].

 

 

Tivolli Villas, Bangsar

Projek pembinaan Tivolli Villas diusahakan oleh Multi Purpose Holding Berhad [MPHB] milik Datuk Lim Thian Kiat atau lebih dikenali T.K. Lim. Datuk T.K. Lim ialah pemilik Magnum Corporation dan Pengarah MPHB.

Sukma juga memiliki syarikat butik Gianfranco Ferre di Hotel Hilton, Kuala Lumpur dan beberapa kereta mewah iaitu sebuah model BMW328i, 2 buah Mercedes Benz C820 dan 300s [klik sini].

Kereta BMW miliknya itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran WGG 23 manakala dua buah Mercedes itu bernombor WDS 25 dan WDN 2.

Menurut Sukma, dia mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan memiliki 10 syarikat sendiri pada tahun 1991 ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.

Antara 10 syarikat terbabit ialah; Megareka Trading Sdn Bhd, Megareka Technology Sdn Bhd, Megareka Construction Sdn Bhd, Megareka Busana Sdn Bhd, Megareka Busana Sdn Bhd, Megareka Holdings Sdn Bhd, Megareka Furniture Sdn Bhd, Megareka Trading Sdn Bhd, Megareka Food & Beverage Sdn Bhd, Mega Carpet Industries Sdn Bhd, Kumpulan Mega Markas Sdn Bhd dan Mega Carpet Sdn Bhd [klik sini].

Sukma Adik Angkat Anwar atau anak angkat Pak Ibrahim ?

Benarkah Sukma anak angkat Datuk Ibrahim? Ini kerana Datuk Ibrahim sudah mempunyai 9 orang anak hasil daripada perkahwinan dengan 2 orang isterinya. Isteri pertama Datuk Ibrahim dikurniakan 8 orang anak yang terdiri daripada lelaki dan perempuan manakala isteri kedua memperoleh seorang anak perempuan.

Jadi atas justifikasi apa Datuk Ibrahim mengambil seorang anak angkat dari Indonesia?

Kecuali Anwar, adakah adik beradik Anwar memanggil Sukma sebagai adik angkat atau abang angkat mereka ?

Sukma juga dilihat tidak gemar menetap di rumah Datuk Ibrahim atau mana – mana adik beradik angkatnya kecuali Anwar.

Dia mengikuti Anwar ke mana sahaja pergi. Ketika Anwar berkahwin dengan Wan Azizah pada tahun 1978 dan menetap di Seksyen 17 Petaling Jaya, Sukma turut mengikuti Anwar. Anwar juga turut membawa Sukma ketika berpindah ke Subang Jaya dan Seksyen 14, Petaling Jaya.

Malah Anwar turut menyediakan bilik khas kepada Sukma di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan rumah rasmi peribadinya di Jalan Setiamurni, Damansara.

Jadi menjadi persoalan mengapa layanan Anwar begitu istimewa kepada Sukma berbanding kepada adik beradik kandung dan tirinya sendiri?

Hubungan Anwar – Sukma Dipersoal

Menurut akuan Sukma kepada Majistret Abdul Karim Abdul Jalil bahawa hubungan seks sejenis dia dan Anwar bermula di antara tahun 1976 / 1977 semasa menetap di rumah Datuk Ibrahim. Ketika itu dia dan Anwar berkongsi bilik di rumah tersebut.

Sepanjang hubungan intim mereka, Sukma menyatakan dia bertindak ‘pasif’ dan Anwar disifatkan sebagai ‘aktif’.

Dalam akuan tersebut  Sukma menyatakan ketika melakukan hubungan seks sejenis Anwar tidak pernah menggunakan kondom. Selain itu juga, Sukma menyatakan kedudukan dia semasa melakukan hubungan intim sejenis, dia akan sentiasa mengiring atau menyorong dan meniarap.

Onani Kali Pertama Bersama Anwar

Dalam akuan Sukma kepada Majistret Abdul Karim Abdul Jalil, dia menceritakan bahawa pada satu hari tidak ingat tarikh dan waktu yang tepat antara tahun 1976 / 1977, dia merasa berahi dan ingin melakukan onani.

Kebetulan pada waktu itu Anwar tidur sekatil dengannya. Menurut Sukma badan Anwar ketika itu melekat pada dia termasuk kemaluannya berada ditelapak tangan Sukma. Kemudian secara automatik, Sukma menguit kemaluan Anwar dan beberapa saat kemudian air mani Anwar keluar tetapi air maninya tidak keluar. Perkara ini berterusan 1 minggu sekali dalam masa lebih kurang 1 tahun.

Kejadian Oral Seks dan liwat Bersama Anwar

Selepas setahun, hubungan Anwar dan Sukma menjadi intim, maka bermula hubungan oral seks dan liwat. Anwar melakukan liwat terhadap Sukma dengan menggunakan baby cream.

Rumah Sewa Anwar di Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor

Pada tahun 1978, Anwar telah berkahwin dengan Wan Azizah. Selepas mereka berkahwin mereka telah berpindah dan menyewa rumah di Seksyen 17, Petaling Jaya. Menurut Sukma dalam akuan kepada Majistret Abd. Karim, dalam tempoh 3 atau 6 bulan dia dan Anwar tidak melakukan apa-apa hubungan sejenis.

Selepas tempoh itu, dia dan Anwar ada menjalinkan hubungan sejenis berselang seli di antara liwat, oral atau onani lebih kurang 1 bulan sekali atau 2 kali.

Rumah Sewa Anwar di Subang Jaya, Selangor

Ketika Anwar menetap di Subang Jaya, hubungan sejenis mereka masih berlaku tetapi berkurangan kerana Sukma hanya tinggal bersamanya 2 bulan terakhir dalam setahun.

Menurut Sukma, ini kerana dia pulang ke Indonesia selama 11 bulan dan Anwar hanya tinggal di Subang Jaya selama 1 tahun sahaja.

Rumah Sewa Anwar di Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor

Sukma menyatakan dalam akuan kepada Majisteret Abd. Karim,  bahawa di rumah ini juga terjalin hubungan seks sejenis antara dia dan Anwar dalam sebulan 1 kali atau 2 kali.

Rumah Anwar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Rumah di Bukit Damansara yang beralamat di No. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara ialah kediaman rasmi peribadi Anwar. Ketika Anwar berpindah ke rumah ini, Sukma telah mendapat bilik sendiri di kediaman tersebut. Anwar bersama keluarga dan Sukma telah menetap di sini selama 3 ½ tahun.

Rumah Anwar di Damansara, Kuala Lumpur

Rumah Rasmi Kerajaan di Jalan Damansara, Kuala Lumpur

Rumah beralamat di No.47, Jalan Damansara, Kuala Lumpur ialah rumah rasmi kerajaan. Ketika berpindah di rumah ini, hubungan seks sejenis antara Anwar dan Sukma masih berlaku walaupun Sukma telah berpindah ke rumah sendiri di unit 10-7-2, Tivolli Villas, Bukit Bandaraya. Hubungan seks sejenis berlaku lebih kurang pada tahun 1991 / 1992.

Sukma juga telah memperkenal kawannya Ismail Harun @ Ismail Mat Rabi [klik sini dan sini] kepada Anwar. Mereka bertiga telah melakukan hubungan seks sejenis dengan cara oral / onani.

Anwar juga cuba meliwat Ismail tetapi gagal kerana kedudukannya salah dan Sukma hanya berperanan sebagai penonton. Hubungan jenis mereka bertiga berlaku dalam masa 3 kali setiap minggu.

Kesemua kejadian seks sejenis mereka bertiga berlaku di bilik tidur tetamu iaitu bilik tidur Sukma apabila dia bertandang ke rumah rasmi Anwar.

Rumah Peribadi Sukma di Tivolli Villas

Mengikut pengakuan Sukma kepada Majistret Abd. Karim, di mana waktu dan tahun yang tepat beliau tidak ingat lebih kurang 2 atau 3 tahun yang lalu iaitu antara tahun 1995 / 1996, dia pernah bawa  Anwar datang ke rumahnya di Tivolli Villas.

Tujuannya ialah untuk bertemu Azizan Abu Bakar [klik sini] pemandu peribadi Wan Azizah. Menurut Sukma, pertemuan dengan Azizan adalah permintaan Anwar untuk melakukan hubungan sejenis.

Sukma telah berjanji dengan Azizan supaya datang ke Tivolli Villas pada jam 7:30 petang. Pada jam 7:00 petang, Sukma telah ke rumah Anwar di Jalan Damansara untuk menjemputnya. Kemudian mereka tiba di Tivolli Villas pada jam lebih kurang 7:15 petang. Pada jam 7:30 petang, Azizan telah tiba di Tivolli Villas dengan kenderaan sendiri.

Setelah mereka bertiga bersama, Anwar dan Azizan membuka baju masing-masing untuk adakan hubungan seks sejenis. Sukma hanya melihat mereka berdua membuat hubungan seks sejenis.

Sebelum kejadian liwat berlaku, terjadi hubungan oral antara mereka beruda. Baby cream telah digunakan oleh Anwar untuk meliwat Azizan tanpa menggunakan kondom. Selepas air mani Anwar keluar, dia telah pergi ke bilik air. Kemudian Azizan telah mengajak Sukma untuk lakukan liwat terhadapnya. Sukma ketika itu tidak mencapai ke tahap maksimum.

Kejadian hubungan seks sejenis mereka bertiga berlaku 3 kali di rumah Sukma di Tivolli Villas. Pada kejadian ketiga, Sukma tidak menonton dan melakukan hubungan jenis bersama mereka. Anwar dan Azizan hanya lakukan berdua dan Sukma hanya menunggu di luar bilik.

Sukma Kembali Ke Indonesia

Selepas Anwar dan Sukma dibebaskan dari penjara oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 Sept 2004 [klik sini] kerana bersubahat meliwat Azizan Abu Bakar, Sukma mengambil keputusan kembali semula ke Indonesia dan membuka perniagaan karpet bersama adik beradik kandungnya di Jakarta, Indonesia.

Kalau benar Sukma Darmawan tidak melakukan apa-apa kesalahan di Malaysia kenapa dia harus meninggalkan negara ini dan kembali semula ke negaranya.

Apatah lagi statusnya sebagai adik angkat yang telah mendapat PR di Malaysia serta membina banyak kekayaan di negara ini.

Kehilangan Sukma secara tiba-tiba menimbulkan satu misteri….

7 Responses to “Semuanya Bermula Dari Sukma Darmawan Sasmitaadmadja”

  1. aku

    Jul 11. 2011

    siyalnya..byk pulak rumahnya…

    Reply to this comment
  2. abdullah

    Jul 11. 2011

    semua nya bermula semasa dia di MCKK…budak2 baru yg jambu habis di sontrot nya..tak percaya tanya Hasan Marikan..exPetronas..

    Reply to this comment
  3. Pak Salam ( mahu ke rumah anak sodaraku di Banting bernama Solimun )

    Jun 20. 2011

    Minggir kamu!

    Kalo kamu ke Indonesia dan rakyatnya di sana udah kenal sama kamu lagi pula dipanggil kamu itu gay orangnya, apa lagi kamu mau tinggal tetap di Indonesia ???!!!

    p/s – kalo enggak penuh ilmu di dada, enggak sampei ke puncak Everest!

    Reply to this comment
  4. safuan

    Apr 28. 2011

    alahai anwar…………

    Reply to this comment
  5. kiasu

    Apr 12. 2011

    Itu gambar anuwar paling atas dah 12-13 tahun dulu pun dah nampak sedikit boroi walaupun pakai baju. Macam mana sekarang dah kempis pulak?

    Bertambah boroi ada le!!!

    Reply to this comment
  6. Ahmad Zack

    Mar 21. 2011

    Rumah tersebut dibeli khas oleh Datuk Ibrahim untuk isteri pertamanya, Mak Yan dan sekarang rumah itu didiami oleh adik bongsu Anwar bersama suaminya, Mokhtar. “MOKHTAR”?

    Reply to this comment
  7. ELTON John

    Mar 16. 2011

    papa hebat

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE