Merungkai misteri pembunuhan Dr Ismail Faruqi

DrJamalAnwarIIIT
Dr Jamal Barzinji merupakan pemain utama IIIT yang ditubuhkan pada tahun 1981, di Virginia, Amerika Syarikat



Dari egroup AIDC

Bukan seorang penulis, malah lebih daripada 3 penulis yang mendakwa Profesor Ismail Al Faruqi dibunuh kerana menggalakkan aktiviti homoseksual di kalangan pelajarnya. Kesemua hujah-hujah mereka bukan berasaskan andaian atau teori tetapi berasaskan kenyataan Polis Philadelphia dan rekod saksi semasa dibicarakan di Mahkamah Montgomery County, Amerika Syarikat.

Selepas Al Faruqi suami isteri dibunuh di rumah kediamannya di Wyncote, Pennsylvania pada 27 Mei 1986, pihak polis Philadelphia dan FBI mengambil masa lebih dari 7 bulan untuk menyiasat kes tersebut.

AMY S. ROSENBERG, wartawan dari Philadelphia Inquirer, melaporkan Joseph Louis Young membuat pengakuan bertulis kepada pihak polis Philadelphia mengatakan dia terpaksa membunuh keluarga Al Faruqi kerana mereka mendorong amalan homoseksual di kalangan pelajar-pelajarnya.

Pengakuan bertulis Young atau nama Islamnya Yusuf Ali dibacakan oleh Carol Keenan Detektif Polis Philadelphia semasa perbicaraan hari pertama di di Mahkamah Daerah Montgomery. Klik di sini dan di sini

SUSPECT IN FARUQI SLAYINGS IS HELD FOR TRIAL

By Amy S. Rosenberg, Inquirer Staff Writer

Source: Philadelphia Inquirer, The (PA);

Joseph Louis Young stabbed Islamic scholars Isma’il and Lois al-Faruqi to death with a 15-inch knife in their Cheltenham Township home because he suspected them of having homosexual relationships with Malaysian students, according to a confession read at Young’s trial yesterday.

In the first day of testimony in Montgomery County Court, Philadelphia Police Detective Carol Keenan read an eight-page, typewritten confession signed by Young when he was arrested Jan. 16.

According to his confession, Young, also known as YusufAli, killed the Faruqis because he “found out that Dr. Faruqi and his wife were having homosexual relations with the Malaysian students.”

Defense attorney Stephen G. Heckman said that as a child, Young, 40, of North Philadelphia , had been sexually molested by a man. Homosexuality is “a very degrading act for Muslims,” Young said in the confession.

Young’s statement said he was prompted to commit the slayings by Ghulam Nabi Fai, acting president of the Muslim Student Association, a national organization. According to the statement, Young said he and Nabi Fai were “very close friends…. He never came right out and said it, but I knew he wished Dr. Faruqi and his wife were dead by the way he joked about him (Isma’il al-Faruqi) and called him ‘Big Bubba‘.”

RUTH O’BRYAN, dari Akhbar The Morning Call pada 7 Julai 1987 melaporkan “A Montgomery County judge ruled yesterday that oral admissions and an eight-page written confession may be admitted as evidence in the murder trial of Black Muslim Joseph Louis Young. Young is accused of killing Islamic educators Isma’il al Faruqi and his wife, Lois, in their Cheltenham Township home a year ago. Testimony in the trial before Judge William T. Nicholas is to begin today. Defense attorney Stephen Heckman had sought suppression of the confessions on grounds that Young’s constitutional rights had been violated in obtaining them” Klik di sini

RON AVERY, wartawan dari Daily News pada 11 Julai 1987: “Left on a windowsill was a bloody surgical glove, the major piece of evidence in what was to be an intense seven-month investigation involving local and county police and the FBI. But the big break in the case was an anonymous tip – a phone call to a national hot line that led police to the cell of Joseph Louis Young, then an inmate at the Philadelphia Industrial Correctional Center”

BRIDGETT M.DAVIS, wartawan dari Philadelphia Inquirer pada 8 Julai 1987 melaporkan Ismail Faruqi, mentor kepada John Esposito dibunuh kerana aktiviti homoseksual. Pembunuhan itu sebagai bermulanya agenda jihad global berlaku pada lewat 80-an.



Pendedahan pembunuhan Ismail Al Faruqi dan kaitan dengan homoseksual telah didokumentasikan dalam bentuk kajian ilmiah/journal oleh Macalester Islam Journal (MIJ). MIJ ini dikendalikan oleh Ahmad Atif Ahmad dari Department of Religious Studies Macalester College, Minnesota, Amerika Syarikat.

Menurut kajian NICOLE KLIGERMAN dari Kolej Macalester yang menulis journal bertajuk “Homosexuality in Islam: A Difficult Paradox merumuskan “Al Faruqi yang mengajar di Philadelphia itu telah dibunuh oleh salah seorang pelajarnya-seorang lelaki yang baru memeluk Islam dengan mendakwa bahawa Al Faruqi memaksa pelajar Islam melakukan kegiatan homoseks sebagai balasan untuk mendapat biasiswa di Universiti Temple“. Klik di sini, di sini dan di sini

“The 1986 murder of professor Isma’il Al Faruqi and his wife Lois provide a prime example of Western misunderstanding of the Muslim homosexual paradox. Of Palestinian descent, Al Faruqi taught Islamics in Philadelphia and was killed by one of his students–a Muslim convert–who claimed that the Faruqis “forced Muslim students to perform homosexual acts in return for scholarships at Temple University.”[Macalester Islam Journal, Volume 2, issue 3, 2007, halaman 57]

Perkara yang sama turut didomentasi oleh KHALID DURAN dalam buku “Homosexuality and World Religions (Valley Forge, PA : Trinity Press International, 1993)

“An African American convert was angered because the professor of Islamic Studies, Ismail Al Faruqi, did not provide her with a scholarship.

She persuaded another local convert that the professor had brought those gay students from Malaysia because he himself was bisexual. Having been taught that in Islam homosexuality is a crime, the convert murdered Faruqi in 1986, and he still believes he did the right thing.”[halaman 256-257]

Khalid Duran merupakan seorang penyelidik yang terlatih. Pernah menjadi profesor pelawat di Middle East Studies di Amerika Syarikat, termasuk di Universiti Temple. Klik di sini

Di Malaysia, perkara ini masih baru. Kali pertama didedahkan pada tahun 1999 oleh JOHARI ISMAIL di dalam bukunya, “Enigma Politik Anwar, Igauan atau Realiti”, R & S Founder Vission, 1999

Berbalik kepada peristiwa pembunuhan Dr. Faruqi dan isteri, ekoran peristiwa tersebut seorang lelaki kulit hitam Joseph L.Young (juga dikenali dengan nama Islam Yusuf Ali) telah pun ditangkap dan akhirnya dikenakan hukuman mati kerana disabitkan kesalahan membunuh kedua-dua pasangan suami isteri itu oleh mahkamah daerah Montgomery, Philadelphia pada 10 Julai 1987.

Walaupun demikian, perbicaraan seminggu itu telah menimbulkan pula beberapa persoalan yang masih belum terjawab dengan memuaskan. Misalnya, yang kena tuduh ada menyatakan di mahkamah berkenaan langkahnya membunuh Dr. Faruqi dan isteri adalah demi menegakkan maruah dan martabat agama Islam. Beliau mendakwa bahawa cendekiawan Islam moden yang terkemuka itu telah sekian lama menjatuhkan imej agama tersebut dengan cara pembabitannya dengan kegiatan homoseks di universiti tempat beliau bertugas.

Menurut laporan akhbar Philadelphia Inquirer bertarikh 11 Julai 1987 yang turut dipetik oleh akhbar New Straits Times di Malaysia bertarikh 1 Ogos 1987, tertuduh mendakwa bahawa si mangsa (Dr Ismail Faruqi) pernah beberapa kali memaksa beberapa orang pelajar Islam dari Malaysia mengadakan kegiatan homoseks jika mereka ingin mendapatkan biasiswa bagi pengajian mereka.

Young (Yusof Ali) turut dipetik sebagai berkata di mahkamah bahawa tindakan pembunuhan itu dijalankan atas kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang penganut agama Islam.

Walaupun peguambela Young, Stephen G.Heckman berusaha membuktikan kepada pihak juri bahawa anak guamnya itu mengalami gangguan mental yang teruk tetapi beberapa orang pakar psikiatrik yang menjadi saksi perbicaraan berpendapat sebaliknya.

Malah pada akhir perbicaraan itu pihak pendakwa telah membuat kesimpulan bahawa orang yang dituduh itu sengaja berpura-pura dan mengada-adakan cerita tentang penyakit jiwa yang kononnya dialaminya bagi melepaskan diri dari hukuman.

Walaupun ketika ditangkap pada 16 Januari 1987, Young dikatakan banyak memberikan kerjasama kepada pihak polis tetapi dalam masa yang sama beliau dikatakan telah dengan bijaknya “mengenengahkan bibit-bibit alasan psikiatrik bagi membela dirinya”.

Dalam kenyataan bela diri kepada pihak juri, Young berkali-kali meminta maaf atas pembunuhan tersebut sambil melahirkan rasa kesal tehadap apa yang hanya disebutnya sebagai “sistem” kerana tidak tampil ke tengah muncul bagi membela diri beliau.

Young juga ada dilaporkan meluahkan perkataan berikut ketika perbicaraan dijalankan.

“I dont see the terrible tragedy as a punishment to me. I see it as an Almighty thing…You can ‘t get around what God has for you”.

(Saya tidak menganggap tragedi yang buruk ini sebagai hukuman ke atas diri saya. Ia telah menjadi ketentuan yang Maha Agong..Anda tidak boleh melarikan diri dari apa yang telah ditakdirkan oleh Tuhan).

Dalam buku yang sama juga, penulis memberitahu;Selepas peristiwa pembunuhan tragis ke atas Dr. Faruqi, teraju kepimpinan IIIT diambil alih oleh seorang cendekiawan kelahiran Kashmir, Dr. Sayyid Muhammad Syeed. Bagaimanapun pengganti Dr Faruqi ini tersingkir kemudiannya dari IIIT kerana dikatakan tidak sehaluan dengan orang-orang kuat Rektor UIA Malaysia itu (Abdul Hamid Sulaiman)”

Kalau laporan JOHARI ISMAIL ini dipadankan dengan laporan AMY S. ROSENBERG, wartawan dari Philadelphia Inquirer, kita akan dapat membuat beberapa kesimpulan tentang politik dalaman IIIT yang juga ada kaitan dengan pembunuhan Ismail Faruqi.

SayidGhulamNabiFai
Dari kiri, Dr. Sayyid Muhammad Syeed (ISNA) dan Dr Ghulam Nabi Fai



Menurut laporan AMY S. ROSENBERG; “Menurut kenyataan Joseph L.Young, dia digalakkan melakukan pembunuhan itu oleh Ghulam Nabi Fai, pemangku Presiden Muslim Student Association (MSA). Nabi Fai menggelarkan Al Faruqi sebagai ‘Big Bubba’.”

‘Big Bubba’ dalam masyarakat kulit hitam bermaksud ‘seorang lelaki gemuk yang jahat yang akan menjadikan anda sebagai anjing pemuas nafsu menemaninya di penjara.

Ghulam Nabi Fai merupakan rakyat Kasmir yang menetap di Amerika syarikat, terlibat dalam MSA bersama-sama Ismail Faruqi di Universiti Temple. Sekarang Dr Ghulam Nabi Fai masih aktif dalam organisasi Kasmir berpengakalan di Washington (Executive Director of the Washington-based Kashmiri American Council – KAC). Klik di sini

MSA ini adalah asas kepada penubuhan IIIT yang dipengerusikan oleh Dr Ismail Faruqi. Menurut kajian Hudson Institute tiga individu pelarian dari Iraq yang menetap di Amerika Syarikat memainkan peranan penting menubuhkan MSA (1963), IIFSO(1969), WAMY (1972) dan IIIT(1981). Ketiga individu itu adalah Dr Ahmad Totonji, Dr. Jamal al-Din Barzinji dan Dr. Hisham Yahya al-Talib. Klik di sini

Menurut laporan JOHARI ISMAIL pula, sebaik sahaja Dr Faruqi dibunuh, teraju IIIT sepatutnya diambilalih oleh Dr. Sayyid Muhammad Syeed, warganegara Kasmir yang menetap di Amerika Syarikat. Tetapi Dr Sayyid Muhamad Syeed tersingkir dari jawatan Presiden IIIT kerana tidak seharuan dengan  Abdul Hamid Sulaiman (Arab Saudi) sebagai Presiden IIIT.



Dr Jamal Barzinji, Anwar Ibrahim dan Dr Abu Hamid Sulaiman

Abdul Hamid Sulaiman termasuk dalam rangkaian tiga pemain utama Dr Ahmad Totonji, Dr. Jamal al-Din Barzinji dan Dr. Hisham Yahya al-Talib. Juga termasuk dalam kem itu adalah Anwar Ibrahim (Malaysia).

Namun begitu, salah satu teori kenapa Dr Sayyid disingkirkan kerana beliau bersahabat baik dengan Dr Ghulam Nabi Fai, orang yang disebut-sebut oleh Joseph L.Young sebagai tokoh yang mendorongnya untuk membunuh Dr Ismail Faruqi. Dr Sayyid dan Dr Nabi Fai sama-sama aktivis Kashmir.

Namun begitu, untuk tidak memanjangkan krisis kepimpinan antara negara itu, Dr Sayyid telah diberi peranan memimpin ISNA, sebuah organisasi yang juga dibentuk oleh tiga pemain dari Iraq itu.

Anda ingin membaca artikel-artikel lain, sila daftar di egroup AIDC. Klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1.  IIIT derma wang haram kepada anak Anwar ?

2. Misteri kebakaran IIIT Malaysia & Rektor UIA larikan diri

3. Anwar perlekehkan kalimah Allah ajaran Dr Ismail Faruqi ?

4.  Pengasas IIIT dibunuh kerana aktiviti homoseksual

Trackbacks/Pingbacks

  1. Jadual ‘Anwar’s Apology Tour’ dibongkar | AIDC - January 28, 2011

    […] Selepas Dr Ismail Faruqi mati dibunuh pada tahun 1986 kerana didakwa terlibat aktiviti homoseksual di kalangan pelajarnya di universiti Temple, jawatan Presiden IIIT disandang oleh salah seorag pengasasnya iaitu Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman.Klik di sini […]

Leave a Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Jadual ‘Anwar’s Apology Tour’ dibongkar | AIDC - January 28, 2011

    […] Selepas Dr Ismail Faruqi mati dibunuh pada tahun 1986 kerana didakwa terlibat aktiviti homoseksual di kalangan pelajarnya di universiti Temple, jawatan Presiden IIIT disandang oleh salah seorag pengasasnya iaitu Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman.Klik di sini […]

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE