PARADIGMA POLITIK BARU

Gus Dur ; Islam Liberal, Pemikiran Barat dan Pluralisme Agama

Oleh Pochongmenulis, AIDCclub

Pada Tahun 1973, Nahdatul
Ulama bersama 3 parti islam lain telah dipaksa bersatu menjadi Partai
Persatuan Pembangunan (PPP) yang bersimbolkan kaabah dan bedasarkan Islam Namun selepas itu atas arahan Suharto, PPP hanya memegang konsep
pancasila untuk diikuti.

Selepas itu
Nahdatul Ulama keluar dari politik dan menjadi pertubuhan sosial,
pendidikan dan keagamaan, di ketika inilah Abdulrahman Ad Dakhil Wahid
atau Gus Dur dipilih menjadi pengerusi (Ketua Umum) pusat NU bersama
Kiyai Haji Ahmad Sidiq sebagai Ketua Dewan Syuriah (berkaitan dengan
Syariah) Ahmad Sidiq kemudian menyebutkan sikap dan pemikiran NU dalam
berpolitik dan bernegara; pancasila sebagai dasar negara adalah final
dan muktamad.

Gus Dur dengan pemikirannya
yang aneh (nyeleneg kata orang Jawa) mengatakan sebaiknya
Assalamualaikum diganti dengan Selamat Pagi, Selamat Siang atau Selamat
Petang dan Quran pun banyak mengandungi ayat-ayat lucah (berkaitan
dengan hubungan Suami dan isteri).

Ucapan
Gus Dur ini membuat marah banyak orang, termasuk Mustayar (Penasihat
Utama) NU masa itu KH As’ad Syamsul Arifin, menyatakan mufaraqah dengan
NU dan Gus Dur, malahan sikap Gus Dur ini juga membuat pendukung NU
terbelah, antara pro dan kontra, bahkan adik bungsu KH Yusuf Hashim dan
adik kandungnya IR KH Salahudin Wahid ikut mengkritiknya, namun itulah
Gus Dur dia mana kisah.

Bahkan semasa
menjadi Presiden dia mengatakan orang Islam ingin berjihad ke Ambon dan
ke Palestin disebutnya bukan berjihad tetapi ingin berjahat,malahan
beberapa waktu setelah reformasi ada beberapa geraja dibakar Gus Dur
bukan main marah, tetapi apabila masjid dibakar dia hanya diam.

Dan paling menyedihkan adalah dia menyebut Tel Aviv adalah tanag perdamaian dan Israel adalah negara yang cinta damai.

Beberapa
kali dia berkunjung ke Israel tanpa merasakan sensitivity umat Islam,
akhirnya diberi hadiah Shimon Perez Award, dan ada juga keinginan
semasa menjadi Presiden Indonesia untuk membuka hubungan diplomatik
antara Indonesia dengan Israel.

Rancangannya
ini dikecam hebat, oleh banyak pihak bahkan penulis ditanya oleh
beberapa pemimpin gerakan islam di Malaysia pada tahun 2000, bagaimana
ini “Pak Gus Dur” saya jawab “Laisa Minna”, mereka akhirnya faham.

Gus
Dur adalah tokoh kontroversi, yang melontarkan ide-ide yang tidak
dijangka dan adakalanya tidak perlu ditanggapi, memang sangat berbeda
datuknya KH Hasyim As’ary, bahkan dengan bapaknya sendiri Kh Abdul
Wahid Hashim, yang keduanya dikenal tawaduk dan zuhud serta sangat
menjaga persoalan asas dan keluhuran syariah.

Agaknya
kepandaiannya semasa di Mesir dan Iraq, masa belajar dulu yang tidak
selesai, digunakan untuk menelan bulat-bulat novel-novel dan pemikiran
barat.

Tiga persoalan yang menjadi masalah dengan Islam Liberal ini adalah;
1. Syariat islam, dilakukan dengan perubahan metodologi ijtihad.
2.
Al-Quran dan tafsir AlQuran, dengan penghakisan konsep wahyu dalam
islam dan penggunaan metode hermeneutika, yang tidak ada dalam tradisi Islam.
3. Akidah islam, dengan merosak dasar dan pengertiannya, pada
masa yang sama mereka menyebarkan Pluralisme Agama, yang menjadikan
islam sama sahaja dengan agama lain.

Ini
Pemikiran jahat salah dan harus terus menerus dilawan dengan hujah dan
kebenaran yang pasti dengan kelompok ini, pada masa yang sama terus
memberikan ilmu dan pengertian yang mendalam kepada umat Islam.

Yang
jelas bagi umat islam di Indonesia, yang mengerti soal ilmu dan
pemikiran Islam, Gus Dur berada dalam kutub pemikiran Islam Liberal,
ini diperjelas lagi bila namanya termasuk dalam buku 50 Tokoh Islam
liberal di Indonesia yang cukup laris di Indonesia dan Malaysia.

NU
dan Muhamadiyah yang disedari atau tidak, secara perlahan sudah
dimasuki oleh virus-virus liberal dalam gerakkannya, akankah pada
muktamarnya tahun ini, adiknya Gus Dur, Ir Salahudin Wahid terpiliha
menjadi Ketua Umum NU.

Figur ini dianggap peribadi yang baik
penerus sikap dan keistiqamahan Hasyim Asyary dan Wahid Hasyim, dia
berhadapan dengan beberapa pencabar salah satunya Ulil Abshar Abdalla,
watak utama Jaringan Islam Liberal di Indonesia.

# Artikel ini disunting dari tulisan Ahmad Muhajir yang tersiar di akhbar Harakah F15/BIL 1503.

sumber – pochong

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *