Setiap Kali Anwar Miliki Kuasa, Ziauddin Sardar Pasti Muncul Kembali..

Twitter Kelab Anwar Ibrahim yang juga diretwitt di Anwar Ibrahim twitter

AIDCNews -27/01/11 – Ziauddin Sardar muncul kembali di Malaysia !. Twitter Anwar Ibrahim Club (AIC) dan diretwitt juga di twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyebarkan maklumat kepada ahli-ahlinya tentang kehadiran Ziauddin Sardar menyampaikan ceramah bertajuk “Critical Islam” di Dewan Seminar Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, pada 29 Januari, 8 pagi – 1 tengahari, anjuran Yayasan Selangor dengan kerjasama Institut Kajian Dasar.

Anwar re-twitt maklumat yang saya di twitternya

Selain Khalid Jaafar, Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan turut bersama Ziauddin Sardar sebagai pegulas. Dibuat secara tertutup, peserta ditapis latar belakangnya terlebih dahulu dan hanya terhad kepada 60 orang sahaja. Klik di sini

Bunyi seperti program misteri, apatah lagi tajuknya pun agak pelik, “Critical Islam” atau “Islam Kritikal”. Malah lebih menarik lagi dianjurkan pula oleh tokoh dan badan yang diragui modus operandi khususnya berkaitan dengan Islam.

Tokoh dan badan yang dimaksudkan itu adalah Khalid Jaafar yang mengetuai Institut Kajian Dasar (IKD).

Khalid dan badan pemikir Anwar ini menjadi ‘sasaran utama’ perbincangan Anwar dengan sahabat-sahabat ABIM di rumah Profesor Osman Bakar, 2 Januari lalu.

Dalam pertemuan bersemuka itu, sahabat-sahabat ABIM menyoal bersemuka kepada Anwar, berkaitan dengan pegangan akidah Islam dan agenda Islamnya di Malaysia. [klik di sini].

Selain Anwar, rakan sekutunya Khalid Jaafar yang mengetuai badan pemikir Anwar juga turut diragui agenda Islamnya dengan penerbitan buku-buku yang bercanggah dengan akidah Islam. Klik di sini

Dalam pertemuan bersemuka itu, Anwar menafikan sekeras-kerasnya berkaitan dengan agenda Khalid dan IKD.

Ramai yang mempersoalkan motif sebenar penafian Anwar itu, sedangkan sudah menjadi pengetahuan umum; Khalid adalah salah seorang inner circle yang paling dipercayai Anwar, bekas Setiausaha Akhbar Anwar, malah diberi kepercayaan menerajui IKD yang merupakan badan pemikir Ketua Umum PKR.

Tetapi laporan AIDCNews bertajuk “Apa Agenda Anwar & Khalid Dalam Asia Dialogue Society ?” membuktikan penafian Anwar tidak berkaitan dengan agenda Khalid hanya pembohongan semata-mata. Mereka bersama-sama berada dalam satu jawatankuasa yang berpusat di Thailand sedang merangka satu master design ke Malaysia, khususnya berkaitan dengan mengkaderkan generasi baru yang menganuti Islam versi baru.

Untuk mencapai matlamat besar itu, maka tidak hairan Khalid menjadi pelaksana kepada pemikiran Anwar Ibrahim menerbitkan buku-buku kontroversi untuk meracuni minda anak muda Malaysia. Klik di sini

Ziauddin Sardar Penasihat Anwar Ibrahim

Wikipedia Ziauddin Sardar menyebut; Pada tahun 1990-an, dia (Ziauddin) tinggal di Kuala Lumpur, di mana dia adalah Penasihat kepada Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri dan sekarang Pemimpin Pembangkang di Malaysia. Klik di sini

Dari kiri, Munawar Anees, Ziauddin Sardar dan Merryl Wyn Davies

Berita Harian, 5 Mei 1999 melaporkan, selain Dr Munawar Anees, yang disebut sebagai `penulis ucapan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga mempunyai ‘beberapa penasihat media’ terdiri daripada warga asing. Mereka diberi jawatan secara kontrak dengan syarikat yang rapat dengan Anwar ketika itu. Antaranya ialah warganegara Britain keturunan Pakistan, Ziauddin Sardar dan Merryl Wyn Davies, juga rakyat negara itu. Kedua-duanya, berusia 40- an, dihantar ISF Production Limited di London, untuk bertugas di TV3.

Ziauddin mengikat kontrak bertugas di TV3 mulai Ogos 1989 sehingga 15 Jun 1995, manakala Davies pada Ogos 1989 sehingga 14 Jun 1998. Kontrak mereka dikatakan dihentikan sementara pada 1990-an dan disambung semula sehingga tamat kontrak.

Pengarah Urusan TV3 ketika itu, Datuk Zahari Omar, berkata stesen itu membayar RM372,000 sehingga RM527,000 setahun kepada ISF Production Limited berikutan perkhidmatan dua pakar perunding itu.

Menurutnya, TV3 masih terus membayar gaji mereka mengikut syarat yang tetapkan sehingga tamat kontrak.

“Kedua-dua pakar perunding itu mengakui sendiri kepada kakitangan di TV3 yang mereka adalah rakan rapat Anwar,” katanya. Klik di sini

Pemikiran Islam Ziauddin Sardar

Pandangan Khalid Jaafar tentang kekuatan Anwar Ibrahim

Sudah pasti tokoh yang paling berautoriti bercakap berkenaan kekuatan dan pemikiran Islam Anwar adalah Khalid Jaafar. Khalid mengesahkan kekuatan Anwar di peringkat antarabangsa bergantung kepada dua badan Islam. Pertama Islam IIIT berpusat di Amerika Syarikat dan kedua Islam ‘Ijmali’ (Global) berpusat di London.

Golongan Islam Ijmali diketuai oleh Ziauddin Sardar. Apa itu pula Islam Ijmali ?

Untuk memahami makna Islam Ijmali, kita perlu mengenali serta memahami siapakah Ziauddin Sardar dan aliran pemikiran Islamnya.

Sardar lahir di Pakistan pada tahun 1951. Pakistan juga tempat kelahiran Munawar Aness Ahmad dan Aasil Kazi Ahmad yang kedua-duanya merupakan pembantu peribadi Anwar dari dulu sampai sekarang. Persamaan ketiga-tiga tokoh ini, hanya lahir di Pakistan, tetapi menetap di luar negara. Munawar dan Aasil menetap di Amerika Syarikat, manakala Sardar menetap di London.

Sardar menetap di London sejak dari berumur 9 tahun yang membawa maksud beliau dibesarkan dari latar belakang pendidikan Barat, tanpa pendidikan Islam secara formal. Malah dalam sejarah pendidikannya, beliau tidak menuntut pendidikan Islam secara formal dari mana-mana institusi. Sekarang beliau merupakan Ketua Dekan di Postcolonial Studies, City University, London.Klik di sini

Wajahnya kerap muncul di televisyen London, journalis, sekaligus kolumnis di Observerdan New Statesman.

Beliau digambarkan seorang pengamal sufi yang selalu berdiskusi dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dan pemikir Islam Liberal di sana.

Pemikiran Islam Sardar hampir sama dengan Anwar Ibrahim iaitu mahu mewujudkan revivalisme Islam pada zaman moden. Maksud Revivalisme Islam di sini , bukan sekadar diterjemahkan sebagai ‘Pembangunan Semula Islam’, tetapi lebih tepat mempertikaikan amalan syariah Islam yang dipegang secara turun temurun selama ini.

Seperti pertikaian Anwar terhadap hukum syariah yang perlu dirombak mengikut peredaran zaman seperti yang diucapkan dalam ucapan yang menyalahi akidah Islam di LSE [klik di sini] baru-baru ini, begitulah juga visi dan misi Sardar dalam revivalisme Islam.

Dalam tulisannya bertajuk “Can Islam change?”, Sardar berusaha menyusun semula syariah Islam yang didakwa dimonopoli oeh golongan konservatif dan radikal Islam. Klik di sini

Dalam tulisan bertajuk “Rethinking Islam”, beliau mahu ijtihad Islam dirombak semula sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jamaluddin Afghani, Mohammad Abduh, Mohammad Iqbal, Malik bin Nabbi dan Abdul Qadir Audah. Klik di sini

PT Grafindo Khazanah Ilmu (Indonesia) pernah menerbitkan buku Sardar bertajuk ” “Islam Tanpa Syariat : Menggali Universalitas Tradisi”.

Secara umum, gagasan pemikiran Sardar yang digarap dalam buku ini, tidak jauh berbeza dengan gagasan para tokoh Liberal, seperti Fazlur Rahman, Abdullah Ahmed Naim, Mohammed Arkoen dan sebagainya. Tajuk buku ini sudah mengambarkan matlamat akhirnya iaitu “memusnahkan akar-akar syariah” secara lebih ekstrim, sehingga memberi gambaran bahawa Islam yang ideal adalah ‘Islam tanpa syariat’. Klik di sini

Ulil Abshar Abdalla, Tokoh JIL (Jaringan Islam Liberal) menyarankan sekiranya mahu ‘mendalami jiwa Islam’, maka penulis buku yang disarankan adalah Irshad Manji dan Ziauddin Sardar. Klik di sini, di sini dan di sini

Nama Sardar sebaris dengan dengan Amina Wadud, Irshad Manji, Abdolkarim Soroush, Fazlur Rahman, Luthfi Assyaukanie,Gamal al-Banna,, Nasr Abu Zayd iaitu sebagai tokoh gerakan liberalisme dalam Islam. Klik di sini, di sini dan di sini

Sardar & Anwar Adalah Al Biruni ?

Sardar mengakui pemikiran Islamnya adalah secocok dengan Al Biruni, tokoh Islam pada abad pertengahan yang didakwanya tokoh yang mendewakan akal sebagai punca kekuasaan.

Dakwanya, Al Biruni menggunakan akal untuk menyoal apa sahaja, termasuk menyoal persoalan agama, ketuhanan dan kepercayaannya.

Benarkah Sardar setaraf dengan Al Biruni ?

Trackbacks/Pingbacks

  1. Penasihat Anwar, Ziauddin Sardar Juga Gay ? | AIDC - February 1, 2011

    […] Pemikiran Islam (‘Critical Islam’) Sardar hampir sama dengan Anwar Ibrahim iaitu mahu mewujudkan revivalisme Islam pada zaman moden. Maksud Revivalisme Islam di sini , bukan sekadar diterjemahkan sebagai ‘Pembangunan Semula Islam’, tetapi lebih tepat mempertikaikan amalan syariah Islam yang dipegang secara turun temurun selama ini. Klik di sini […]

  2. Tweets that mention Setiap Kali Anwar Miliki Kuasa, Ziauddin Sardar Pasti Muncul Kembali.. | AIDC -- Topsy.com - January 29, 2011

    […] This post was mentioned on Twitter by Kamaluddin @ 阿列克斯, Kamaluddin @ 阿列克斯. Kamaluddin @ 阿列克斯 said: Setiap Kali Anwar Miliki Kuasa, Ziauddin Sardar Muncul Kembali..: AIDCNews -27/01/11 – Ziauddin Sardar muncul ke… http://bit.ly/f4OuJL […]

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE