Islam Palsu @ Sosialis Mula Jadi Ancaman PAS ?

AIDCNews – 18/6/14 – Secara diam-diam muncul satu kebangkitan kumpulan baru yang diistilah oleh kumpulan ulama PAS sebagai kumpulan Islam palsu @ sosialis yang mula bertapak dalam parti itu.

Perkara itu didedahkan oleh Zulkifli Yahaya dalam tulisan bertajuk “Percubaan kedua pecahkan Pakatan?,” di laman pro pembangkang, detikdaily.net.

Zulkifli yang juga aktivis PAS Kedah tidak bersetuju fahaman sosialis merupakan ancaman baru kepada PAS sebagaimana yang diwar-warkan oleh kumpulan ulama.

Malah tegasnya, fahaman sosialis perlu diraikan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

“Sosialisme mekar bersama perjuangan dalam parti-parti rakan Pakatan. Banyak aspek yang seiring dengan tuntutan perjuangan PAS. Maka gerakan aspek persamaan tuntutan tersebut. Mengapa harus memfokuskan titik bengik yang boleh membantutkan perjuangan meruntuhkan kezaliman?

“Musuh sedang berusaha memecahbelah Pakatan Rakyat melalui pelbagai cara. Setelah isu hudud menampakkan sedikit kejayaan bagi BN untuk merenggangkan Pakatan, maka menggunakan perbezaan sosialisme-Islam menjadi percubaan kedua,”katanya

Sebelum ini, Ustaz Zulkifli Ismail Muhammad, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru kepada ahli-ahli parti itu agar menolak fahaman sosialis kerana ia dianggap sebagai kebangkitan ‘Islam Palsu.’

“Islam palsu sebagaimana seluruh ideologi ciptaan manusia tidak akan membawa kepada penyelesaian yang didambakan. Ia hanyalah fatamorgana yang membawa penyelesaian palsu, kekecewaan di dunia dan penyesalan di akhirat.

“Para pendukung gerakan Islam wajib menolak dengan sekeras-kerasnya sebarang usaha penyusupan masuk pemikiran pemikiran sekular ke dalam jamaah (PAS) sama ada melalui ahli atau pimpinan yang lemah akalnya lalu tunduk kepada serangan fikiran yang menyesatkan dan menjadi pembawa-pembawa penyakit berbahaya kepada saudara-saudaranya yang berada di dalam gerakan Islam yang unggul ini,”katanya.

Pada 19 Mac lalu, laman sosial pro ulama, “Kami Bersama Ulama Muda Haraki‘ membuat pendedahan seperti berikut :

PAS KUALA KEDAH MEMPROMOSI SOSIALIS KEPADA AHLI PAS

Kenyataan whatsapp Hj Yusrin Zakri Adnan yang menggunakan jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah telah menimbulkan kontraversi yang dianggap sengaja menyebarkan fahaman pluralisme dalam PAS. Beliau menyebut bahawa “ruang lingkup dakwah bukan hanya terhad kepada orang yang seakidah bahkan ia merentasi garis pemikiran dan mazhab” adalah berbaur pluralisme agama.

Penghujahan “Rahmat untuk semua” dan “PAS FOR ALL” bagi menghalalkan cara pluralisme agar dapat diterima oleh para mad’u di Kuala Kedah yang majoritinya adalah muslim. PAS FOR ALL ditafsirkan dengab konteks salah. Slogan ini bagi menarik ramai menyertai PAS bukan membuka ruang kepada PSM utk mencari tapak di Kedah.

Tambahan pula, idologi sosialis tidak pernah diterima oleh PAS. Sementelah PSM bukanlah anggota PR.

Malah, PSM secara sengaja bertembung PAS, DAP dan PKR dalam PRU-13 bagi memberi jalan kepada BN.

Bahkan, tindakan Dewan Pemuda Kuala Kedah dianggap mengkhianati yang membenarkan PSM berideologi sosialis bagi mengedar risalah dan ceramah. Sudah tentu golongan sasaran adalah majoriti muslim Kuala Kedah yang mendengar dakyah penyampaian majoriti penceramah sosialis.

PAS Kedah dan Dewan Pemuda PAS Kedah wajar mengambil tindakan terhadap Hj Yusrin Zakri Adnan yang sengaja melebarkan pengaruh PSM dan sosialis kepada Kuala Kedah dan ahli PAS Kuala Kedah. Pemimpin-pemimpin PAS kawasan adalah bertanggungjawab mengemukakan aduan ke jawatankuasa disiplin kerana pengkhianat kepada agama dan bertanggungjawab melebarkan fahaman pluralisme.

Ahmad Taufiq Bin Saedon
SU DPP Kawasan Bagan

4 Responses to “Islam Palsu @ Sosialis Mula Jadi Ancaman PAS ?”

  1. Pastusesat

    Jun 19. 2014

    hamPAS kini diterajui oleh parasit anwarisma erdogana shit-ah. Ada ulama bacul pulak menjadi barua & ikut saja kata DAPigs serta menjadi talibarut kepada pakatan kencing rakyat. Isu kalimah Allah, hudud, JAIS MAIS, hamPAS selangor bisu seribu bahasa kenyang perut jadi buncit dgn alaun yg berlipat ganda diterima.

    Reply to this comment
  2. capt razak

    Jun 18. 2014

    pas yang hendak mematikan kuasa mais di tuduh umno memecahbelah pakatan
    wahai haji hadi yang dunggu sedarlah puak kamu dlam pas yang beriya iya nak mematikan kuasa mais.bila mais tiada kuasa senanglah puak cina kafir campur tangan dalam hal ehwal islam;bodoh lah kamu ni!!

    Reply to this comment
  3. sya

    Jun 18. 2014

    PAS PSM 2X5 JE. PAS PIS PUS

    Reply to this comment
  4. sman

    Jun 18. 2014

    Parti Pas boleh trima apa saja ideologi keculi ‘assobyah Umno’ yg bertujuan membela ugama ,bangsa dan tanah air.Agak-agaknya Pas ni parti yg benar-benar Islamik ke?. Jauh sekali.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE