PAS Mahu Kerajaan Selangor Hapus Kuasa Eksekutif MAIS

AIDCNews – 17/6/14 – Empat Ahli Parlimen PAS dari Selangor hari ini menggesa kerajaan negeri agar meminda undang-undang untuk menghapus kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan daripada majlis itu lagi.

Empat Ahli Parlimen PAS itu, lapor Malaysiakini adalah Khalid Samad (Shah Alam), Hanipa Maidin (Sepang), Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Dalam sidang media bersama di lobi parlimen hari ini, mereka berkata MAIS adalah institusi yang dilihat rapat dengan Sultan Selangor.

“Institusi yang rapat dengan Sultan tidak boleh dilihat mempunyai kuasa eksekutif. Ia akan mencemarkan institusi itu sendiri,” kata Khalid Samad yang turut dihadiri bersama tiga Ahli Parlimen PAS dari Selangor yang lain.

Mengulas lanjut Khalid dilaporkan Mstar berkata, kuasa MAIS perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan dasar kerajaan negeri dan raja berpelembagaan.

“Kami Ahli Parlimen PAS harapkan kerajaan Selangor kaji balik persoalan peranan dan kuasa yang ada pada MAIS dan kembali kepada dasar kerajaan atau raja berpelembagaan.

“Kaji semula fungsi eksekutif supaya MAIS tidak akan celarukan pentadbiran Selangor atau rosakkan imej kesultanan Selangor,” katanya.

MAIS ditubuhkan di bawah Seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 bertujuan menasihatkan Sultan Selangor dalam hal ehwal Islam dan adat Melayu.

Gesaan mengkaji semula bagi menarik balik kuasa MAIS dilihat sebagai tekanan kepada badan itu berikutan keengganannya memulangkan semula 300 naskhah bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas pada Januari lalu.

7 Responses to “PAS Mahu Kerajaan Selangor Hapus Kuasa Eksekutif MAIS”

  1. Bin Ludin

    Jun 18. 2014

    Saperti yang telah berkali-kali diperlihatkan ilmu yang ada di kalangan pemimpin dan lebih-lebih lagi pengikut PAS jelas menimbulkan tanda tanya. Cakap-cakap konon untuk memelihara kedudukan Sultan itu mudah dibaca oleh budak sekolah pun. Semua orang boleh nampak hakikat kata-kata yang disusun. Mengubah kedudukan MAIS adalah perkara besar. Orang yang anggap ringan perkara besar hanyalah orang yang rendah ilmu, daya fikir dan dibalut pula sikap bodoh sombong. Yang menghuru harakan orang Islam dan dunia sekarang ialah kumpulan Islam yang dibakar semangatnya tapi tidak diberikan ilmu untuk memperkuatkan daya intelek, bijak, matang dan strategik. Jadilah mereka kumpulan yang anggap semua masalah boleh diselesaikan dengan bermodalkan fikiran simpel. Sehingga ada yang percaya cukup dengan dua orang masuk ke JPM membawa pedang sahaja selesailah semua masalah dan tertegaklah Islam. Semua orang boleh nampak ke mana orang Islam di seluruh dunia sedang dibawa oleh aliran pemikiran ini.

    Reply to this comment
  2. naw

    Jun 18. 2014

    Akhirnya orang Islam sendiri yang menjatuhkan agama Islam kerana nak berkuasa dan menjadi lembu DAP. Kalau kita mengangkat pemimpin yang bodoh maka dia akan buat kerja2 bodoh…kalau pilih pemimpin yang sesat rakyat akan jadi sesat. Kalau MAIS dan JAIS sudah tak berkuasa, siapa yang akan membuat kerja2 penguatkuasaan agama? Otak dari pemimpin2 bebal maka jadilah kerajaan PKR Selangor yang bebal.

    Reply to this comment
  3. Mat Santai

    Jun 17. 2014

    Sudah terang lagi bersuluh, ternyata kepimpinan PAS sekarang ini adalah pengkhianat agama dan bangsa. Mereka telah berjaya mengalihkan perjuangan asal PAS kepada perjuangan DAP dan PKR. PAS hanya parti tunganggan sahaja. Sedarlah wahai semua ahli PAS bahawa kita telah tertipu dengan pemimpin-pemimpin pusat PAS yang secara terang-terangan menjadi alat kepada DAP atau orang kafir yang mahu menjatuhkan islam dan bangsa melayu. Ayuh bangun usir mereka dari PAS,

    Reply to this comment
  4. Laksa Johor

    Jun 17. 2014

    Golongan munafik dari kalangan PAS dah semakin berani menonjolkan diri. Mereka berpihak dengan musuh-musuh Islam untuk menjahanamkan Islam di negara ini. Penyokong PAS masih bongok dan tak sedar diri lagi ke?

    Reply to this comment
  5. Apai

    Jun 17. 2014

    Nama pun parti hamPas. Dah gian nak berkuasa. Agama sebagai senjata utk mempengaruhi org bodoh.

    Reply to this comment
  6. itsme

    Jun 17. 2014

    apa sudahnya dgn PAS ni??

    Reply to this comment
  7. sumi

    Jun 17. 2014

    ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash Radhiyallahu anhuma, beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
    ‘Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari para hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tidak tersisa lagi seorang alim, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain.’”

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE