Hipokrit Kit Siang & Anwar Tentang Legasi Tunku Abdul Rahman

AIDCNews – 17/6/14 – Seorang pembaca ‘Lim (林)’ mendedahkan sikap hipokrasi Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan Legasi Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah.

Menurutnya, sekarang Kit Siang dan Anwar bercakap tentang legasi Tunku, namun semasa Tunku menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia yang pertama kedua-dua tokoh itu memusuhi Tunku.

“Pada 10 Februari 2014, dua manusia ini bercakap tentang Legasi Tunku Abdul Rahman’ di Kolej New Era, Kajang konon-kononnya mahu Malaysia kembali ke zaman Tunku yang mereka dakwa zaman sekular.

“Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim dakwa Tunku bina negara Malaysia atas asas sekular dalam perlembagaan negara dan akar-akar sekular Malaysia telah dicabut satu persatu oleh PM-PM selepas Tunku.

“Sebab itu saya kata Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim manusia paling hipokrit kerana semasa hayat Tunku menjadi PM, kedua-dua tokoh ini menjadi musuh utama Tunku,” katanya ketika mengulas artikel “Amaran Syed Ali Kepada DAP : Jangan Ungkit Status Malaysia Sebuah Negara Islam.”

Tunku Abdul Rahman dari UMNO menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.

Ketika itu, Anwar masih menuntut di Universiti Malaya (UM) dan bergiat aktif dalam PKPIM yang menjalankan kempen memburuk-burukkan Tunku serta menggesa PM itu meletakkan jawatan.

“Anwar Ibrahim ketika itu masih menuntut di UM menuduh Tunku sebagai kaki judi dan minum arak yang tidak sesuai jadi PM.

“Kaki judi dan minum arak adalah dua simbol manusia liberal.

“Itu tuduhan Anwar Ibrahim pada tahun 1969, sekarang setelah 45 tahun berlalu, Anwar Ibrahim mahu kembali ke zaman pemerintahan Tunku pula,” katanya.

Mankala kata ‘Lim (林)’ pada era pemerintahan Tunku, Kit Siang merupakan aktivis DAP yang sentiasa memainkan sentimen perkauman Cina memusuhi UMNO.

Menurut rekod, Kit Siang ketika itu merupakan Ketua Pengarang The Rocket, organ DAP yang baharu dilancarkan, dan dengan media itu, Kit Siang telah melancarkan serangan habis-habisan terhadap MCA yang didakwa parti itu sebagai budak suruhan UMNO pimpinan Tunku.

“Memang betul lah Lim Kit Siang adalah legasi Tunku kerana dia berpolitik dari zaman Tunku hingga sekarang, 45 tahun, one man show pegang DAP tanpa henti.

“Sekarang Tunku Abdul Rahman telah meninggal dunia ketika berusia 87 tahun, Karpal Singh juga meninggal dunia ketika berusia 73 tahun, tetapi Lim Kit Siang belum mati lagi, walaupun usianya hampir sama dengan Karpal Singh.

“Memang betullah kata Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang akan berpolitik sampai mati.

“Tetapi tidak betul, Lim Kit Siang membawa legasi Tunku kerana Lim Kit Siang menentang Tunku.

“Sebab itu selepas beberapa hari peristiwa 13 mei 1969, Lim Kit Siang telah ditahan ISA,”katanya lagi.

Menurutnya lagi, Kit Siang ditahan ISA ketika Tunku Abdul Rahman menjadi PM dan aktivis DAP itu dibebaskan selepas sebulan Tunku meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu pimpinan negara.

5 Responses to “Hipokrit Kit Siang & Anwar Tentang Legasi Tunku Abdul Rahman”

  1. sodom

    Jun 18. 2014

    Reply to this comment
  2. anonymas

    Jun 18. 2014

    Muslim democrat my ass, you’re a fuckin fascist dear Nuar al jub. In your own party there is no freedom of speech and you have favoritism. Sieg heil Nuar, future Fuhrer in jail…

    Reply to this comment
  3. Lim Lynn

    Jun 17. 2014

    Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang memang sial terhadap banyak sumbangan daripada Tunku Abdul Rahman yang membangunkan negara Malaysia dari hari kemerdekaan sehingga hari ini. Nenek saya pernah tolong Tunku Abdul Rahman tak akan sokong Lim Kit Siang yang tak mengenang jasa dan budi Tunku Abdul Rahman. Jika sehingga hari ini Lim Kit Siang dan Karpal Singh memang tak akan berjaya dalam bidang politik mereka.

    Reply to this comment
  4. itsme

    Jun 17. 2014

    dah tahu cara gini PR takkan mng PRU lg lah laknatullah ni buat cara sama.. mmg ke laut ler jwbnya. Jd pembangkang yg jujur dan ikhlas, baru dpt menangi hati rakyat.. cara gini hanya dpt undi mrk yg rosak akhlak je.. org baik takkan sangkut beb!!? mcm jodoh nikah kahwin jugak.. org baik dpt isteri baik.. kalau sebaliknya kita faham2 je lah..

    Reply to this comment
  5. usin lempoyang

    Jun 17. 2014

    Ciri ciri muslim demokrat itu apakah termasuk kebolehan meliwat juga???? Jadi lah Muslim yang Mukmin…jangan nak macam macam.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE