BBC News : Bukti Anwar Sudah Tidak Relevan

AIDCNews – 17/6/14 – Wawancara Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama BBC News pada 6 Mei di London membuktikan Ketua Pembangkang itu sudah tidak relevan lagi dalam politik Malaysia.

Kesimpulan itu dibuat oleh pengomen-pengomen laman ini apabila mendengar soalan-soalan yang dikemukakan wartawan BBC News, Stephen Sackur dan jawapan-jawapan Anwar dalam wawancara tersebut.

“Fakta kes liwat Anwar sudah diketahui barat. Fakta kekalahan PR dalam PRU13 pun sudah boleh dibaca. Kredibiliti Anwar membuat barat dan sponsornya sangsi tentang peluang Anwar seterusnya.

“Di Malaysia alkisah kepincangan dan pembohongan dalam pemilihan PKR semakin meruncing. Macamana nak selesaikan masaalah besar negara kalau huru hara dalam PKR sampai sekarang belum ada tanda2 boleh selesai?,” kata Naw.

Sependapat dengan ‘Naw’, seorang lagi pengomen ‘RK’ membahaskan jawapan Anwar berkaitan popular vote

“Bagi Anwar majoriti vote mungkin membuktikan skala impak serangan pembangkang dalam keadaan yang sangat baik. Tetapi bagi barat, Anwar masih gagal mengubah keputusan.

“Paling menyerlah cubaan Anwar mempolitikkan keadaan di Malaysia disanggah pengacara sendiri. Saya rasa barat mahu Anwar lebih berterus terang bukan berdolak dalik dengan apa yang berlaku.

“Jangan tipu sponsor anda dengan pelbagai alasan yang tak masuk dek akal. Anda ingat Soros boleh terima ke alasan bangla/blackout punca tewas?,” katanya.

‘Burrppp’ pula menempelak Anwar yang hanya pandai menuding jari kepada pihak lain tetapi gagal untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Dalam isu kehilangan MH370, Anwar sendiri mengaku tidak mempunyai jawapan untuk menyelesainya.

“Bila ditanya “Kenapa agaknya kerajaan menyembunyikan fakta? ” Anwar Ibrahim jawab ” saya tak tahu…” Kalau tak tahu DIAMLAH bodoh!!,” katanya.

‘Sman’ pula berpendapat tujuan Anwar muncul dalam rancangan BBC News untuk meraih populariti di peringkat antarabangsa, namun kesan sebaliknya berlaku.

“Anwar sudah tidak berguna lagi pada pihak Barat,sekarang masa mereka melunyaikan pandangan tinggi terhadap Anwar selama ini.

“Anwar bukanlah seorang yang bijak, itulah sebabnya beliau tidak memahmi situasi beliau dengan media Barat sekarang.

“Sangkanya bila beliau dipanggil untuk wawancara, beliau akan mendapat advantage, sedangkan situasi sudah berubah.

“Apa yang beliau hujah ditempelak secara halus oleh pewawancara dan di luar sana kalau hujah beliau didengar pun ianya hanya akan disambut dengan ‘pooraaah’.Tembelang beliau sudah pecah sekadarkan malu bukan sifat beliau,”katanya.

Mereka memberi komen-komen di atas ketika mengulas artikel bertajuk “Anwar Kena ‘Belasah’ Dengan BBC News.”

Wawancara terbaharu Anwar bersama Stephen Sackur turut dikupas Hussaini Amran dari Utusan Malaysia.

Kupasnya,sebaik sahaja temu bual dimulakan, Anwar cuba meraih simpati dengan menjaja kisahnya berdepan dengan kerajaan Malaysia yang didakwa bersifat autoritarian.

Walau bagaimanapun, Sackur mengingatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa mahkamah merupakan institusi yang mengadili kes liwatnya.

Sackur seterusnya mempersoalkan ke­nyataan Anwar yang mendakwa mahkamah dan media di Malaysia tidak bebas.

“Anda telah me­nyampaikan mesej itu kepada rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun lalu tetapi nampaknya mereka tidak menerimanya. Maksud saya, pihak pembangkang telah mela­ku­kan segala-galanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) namun anda masih tidak boleh menang,” katanya.

Sackur kelihatan hairan apabila Anwar menyatakan pihak pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) dari segi undi popular sambil mengi­ngatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu BN memenangi lebih banyak kerusi Parlimen.

Beliau turut berpandangan, tiada tanda yang menunjukkan rak­yat Malaysia akan berdemonstrasi di jalanan sekiranya Anwar gagal dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dalam nada sinis, Sackur menyifatkan tindakan Anwar mengalihkan topik perbincangan dari isu politik Malaysia kepada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai ‘menarik’.

“Kerajaan Malaysia mendakwa anda mempolitikkan isu tersebut yang secara jelas mengecewakan keluarga para penumpang dan anak kapal yang masih hilang.

“Juga sangat sensitif dan anda berterusan mempolemikkannya serta menimbulkan masalah dalam satu isu yang agak serius untuk dipolitikkan,” ujarnya.

Beliau sekali lagi terpaksa menegur Anwar apabila Ketua Pembangkang itu menuduh kerajaan tidak mendedahkan maklumat tentang kargo yang dibawa pesawat MH370.

“Mereka (kerajaan Malaysia) telah mendedahkan dokumen yang mengandungi maklumat kargo,” jelasnya.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE