DAP Pertahan Pendirian Dyana Bantah Hudud

AIDCNews – 14/6/14 – DAP hari ini mempertahankan tindakan Dyana Sofya Mohd Daud dalam menyatakan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud dan menyifatkannya sebagai selaras dengan ketetapan parti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan Sinar Harian menegaskan tindakan Dyana Sofya tidak bercanggah dengan pendirian parti dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga berhak menyatakan pendiriannya termasuk menegur calon DAP itu.

“Dia (Dyana) berhak (nyatakan pendirian) dan gunakan pendirian parti (bantah hudud), dan dia (Nik Aziz) boleh nyatakan pendiriannya (tegur Dyana).

“Saya fikir pendirian parti sangat jelas malah pemimpin dan anggota DAP mengambil pendirian parti,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Pucuk Pimpinan Kebangsaan DAP 2014, di Hotel Silka Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam semasa pertemuan bekas Menteri Besar Kelantan dengan Dyana Sofya, antara perkara yang dijelaskan adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan, baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya mengambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

Mengulas lanjut, Guan Eng menambah, beliau mengulangi bahawa parti itu tidak menolak Islam sebaliknya hanya menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu di negara ini.

“Kami hanya menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu di Malaysia kerana tidak sesuai dengan masyarakat plural di negara ini,” katanya lagi.

Nik Aziz dilaporkan Utusan Malaysia hari ini berkata Dyana Sofya sepatutnya lebih mengutamakan agama Islam berbanding pendirian parti politik yang disertainya.

Menurutnya, agama yang wujud sejak beribu-ribu tahun lalu lebih penting berbanding sesebuah parti politik kerana telah menjadi pegangan hidup manusia sejak sekian lama.

Sehubungan itu katanya, tiada sebab kenapa Dyana Sofya perlu mengutamakan DAP lebih daripada agama yang dianutinya sehingga terpaksa menolak pelaksanaan hukum hudud.

“Dalam pertemuan pagi semalam, baru saya dengar penjelasan Dyana (Sofya) yang dia tidak kata tolak hudud sebagaimana dilaporkan wartawan, cuma dia ikut pendirian parti.

“Jadi saya kata pula, agama dengan parti mana lebih utama. Parti baru lagi, 40 hingga 50 tahun sedangkan agama sudah beribu-ribu tahun. Patut agama lebih utama. Dia terus senyap,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di Kota Bharu.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan beliau dengan Dyana Sofya serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim dua hari lepas.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap tindakan Dyana Sofya yang disifatkan mengeluarkan kenyataan secara terburu-buru.

“Saya luah isi hati, bahawa saya kecewa kerana teknik (memberi kenyataan) itu tidak betul, sebab seolah-olah terus tolak hudud di peringkat pertama lagi,” katanya.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas dakwaan DAP yang mengaitkan PAS dan hudud sebagai punca kekalahan dalam pilihan raya kecil tersebut sehingga Kit Siang terpaksa tampil bertemunya untuk memberi penjelasan.

“Isu itu orang yang kata, dia nak kata apa, saya tak ganggu,” katanya.

Hudud: Nik Aziz Tidak Setuju Kenyataan Dyana

Kit Siang : DAP Tidak Pernah Salahkan PAS Kalah Di Teluk Intan

7 Responses to “DAP Pertahan Pendirian Dyana Bantah Hudud”

  1. boss

    Jun 16. 2014

    kesian si boneka dap ni jahil agama.. mungkin mak bapak kurang ajar anaknya.. tapi pas wajib selamatkan boneka ini dari terus hanyut dengan kafir dap

    Reply to this comment
  2. tulip

    Jun 15. 2014

    Mana pg bapa dyana? Hidup lagi? Masih bersama ibunya?

    Reply to this comment
  3. naw

    Jun 15. 2014

    Polemik yang melanda PAS dalam isu hudud dan DAP yang anti-hudud semakin meruncing. Strategi DAP mengunakan Melayu untuk tarik undi Melayu sudah memakan tuan dan srtategi PAS untuk bersengkokol dengan DAP dan calon Melayu DAP untuk tarik undi dari bukan Melayu juga sudah memakan diri. PAS masih terkial2 dan sepi dengan agenda hudud apabila disergah DAP dan PKR. Nik Aziz bukan segala2nya untuk selesaikan hudud kerana pada zamannya dia gagal untuk laksanakan suruhan Allah ini. Hadi amat lemah dalam pentadbiran dan flip-flop dalam hudud. Biarlah tahalul siasi PAS-DAP berterusan kerana akhirnya mereka akan kecundang.

    Reply to this comment
  4. adil

    Jun 14. 2014

    Dengan meneliti gambar tu dah kita dah boleh nampak yang Nik Aziz tak minat pun tengok muka Dyana tu. Muka orang tolak hukum Islam.

    Dyana patutnya dah sedar sekarang yang dia diguna-gunakan oleh DAP untuk menghina Islam dan Melayu yang beragama Islam.

    Taubatlah Dyana TAUBAT!

    Reply to this comment
  5. begrateful

    Jun 14. 2014

    Senang betul nak menipu Nik Aziz. Bila buat salah jumpa dan explain, selesai. Yang dia dok peluk DAP dan maki hamun UMNO tu tak tau ka dia juga memilih parti dari ugama. Ulamak pandai nasihat orang tapi tak tahu nak nasihat diri sendiri.

    Reply to this comment
    • sidedoor

      Jun 14. 2014

      Setujuuuuu…..pandai menasihati org lain….hukum org jafir, bole ke…..mujur dyana tk tanye balik…..

      Reply to this comment
  6. sman

    Jun 14. 2014

    Sambil menunduk seolah-olah memberi hurmat,dalam hati Dyana mungkin terdetik ‘ala buruknya orang tua ni’.seperti yg di katakannya kepada dua mak cik di Telok Intyan dulu,keran tidak mahu bergambar dgn beliau.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE