Anwar Ibrahim & Projek Islam Liberal Malaysia?

Oleh : AIDC

Islam Liberal mungkin masih baru di Malaysia. Tetapi bukan perkara baru di Indonesia dan Turki. Di Indonesia, hampir berpuluh-puluh buku diterbitkan mendedahkan, membongkar dan menentang Islam Liberal, namun begitu, semakin dibongkar, semakin kencang pengaruhnya semakin menular dan merosakkan umat Islam di negara itu.

Mengapa arusnya sangat kencang ? Bukan kerana faktor karisma Gus Dur, bukan kerana Nurcholish Madjid atau Dr Azyumardi Azra atau Ulil Abshar Abdalla (sekadar sebut beberapa tokoh).

Tetapi faktor utamanya kerana lembaga besar yang sedang mengepam sumber kewangan yang juga sangat besar. Lembaga itu berpaksi di Jabatan Negara, Amerika Syarikat, mengepam dana melalui lembaga bernama Asia Foundation, RAND Corporation, CIA dan USAID disalur kepada institusi tempatan bernama JIL (Jaringan Islam Liberal). Dana yang besar itu akan menambahkan lagi karisma Gus Dur, Nurcholish Madjid atau Ulil Abshar Abdalla. Klik di sini dan di sini dan di sini

Dana yang besar itu akan menjadikan Gus Dur aktif dengan Wahid Institute, Nurcholish Madjid berjaya dengan Universiti Paramadina dan Ulil Abshar Abdalla pula ghairah dengan Jaringan Islam Liberal (JIL). Tanpa dana dari luar, semua institusi yang diketuai oleh tokoh-tokoh Islam Liberal itu tidak akan membuahkan apa-apa hasil.

Dr. Greg Barton, pengkaji Islam Liberal yang merupakan profesor di Monash University, Australia, menghabiskan sebahagian hidupnya untuk meneliti perkembangan Islam Liberal Indonesia. Tesis PhDnya pun berkaitan dengan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di Indonesia.

Maknanya dia bukan sekadar pengkaji, tetapi juga pendokong dan pendorong kerana satelit Islam Liberal berpusat di Universiti Harvard,(The Pluralisme Project), [klik di sini ] dipancar ke Asia melalui Universiti Monash dan disalurkan ke negara-negara yang menjadi sasarannya.

Menurut Dr Greg Barton, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada namanya “Liberal”, tetapi lebih hebat kerana Islam Liberal berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah. Islam Liberal akan meruntuhkan tembok sacral Al Quran melalui methodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan methodologi ijtihad (penafsiran) terbuka. Klik di sini dan di sini

Paling menarik, Indonesia yang diancam hebat dengan virus Islam Liberal inilah yang dinobatkan Anwar sebagai “Model Terbaik Dunia Muslim”. Ironis pemikiran Anwar, beliau tidak menyorot tentang bahaya Islam Liberal, seperti yang dilihat oleh kebanyakan pencinta gerakan Islam lain, sebaliknya, beliau melihat kemunculan Islam Liberal itu sebahagian proses ‘reformasi’ dan ‘transformasi’, ke arah ‘demokrasi Islam’ yang beliau angkat sebagai ‘model terbaik’ di dunia muslim.

Anwar Ibrahim bersama Dr Greg Barton

Adakah Anwar Ibrahim juga pendokong Islam Liberal ?

Abu Saif al Mahshari, Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pulau Pinang dalam kertas kerjanya [klik di sini] menyenaraikan beberapa tokoh pemula yang menjadi rujukan Islam Liberal iaitu John Locke, Immanuel Kant dan Voltaire. Tokoh – tokoh ini dipanggil ‘Religious Enlightenment’ (Pencerahan agama). Kemudian dikuti oleh Adam Smith dan diperbaharuhi oleh Charles Kurzman dan lain-lain. Klik di sini dan di sini

Umumnya Anwar amat menitikberatkan tentang frasa, kosa kata dan nama tokoh yang bakal disebut dalam ucapan atau tulisannya. Anwar amat peka, setiap pemilihan kosa kata atau nama tokoh akan memberi kesan mendalam kepada khalayaknya.

Misalnya dalam program Dialog Asian Renaissance (anjuran IKD di Tasik Kenyir, Terengganu 2007) membahas semula gagasan pembaharuan berasaskan John Locke dan Russeau. Klik di sini

Ketika berucap di Forum New York Democracy Forum, Amerika Syarikat (Disember 2005) dan the Assembly of the World Movementfor Democracy di Istanbul, Turki (April 2006) juga memetik falsafah tokoh John Locke.

Dalam ucapan itu Anwar mengakui demokrasi dan kebebasan berasaskan pemikiran John Locke, yang mempengaruhi penggubalan undang-undang Amerika, tetapi menurut Anwar keinginan manusia kepada kebebasan dan demokrasi juga sesuai di dunia Muslim. Klik di sini

Anwar menulis dalam Journal of Democracy (Oktober 2007) bertajuk “Anwar Ibrahim on freedom, democracy and the rule of law “. Dalam tulisannya Anwar memetik pendapat John Locke yang membenarkan individu menentang kerajaan sekiranya kerajaan menyekat hak kebebasan asasi. Dalam tulisan itu Anwar secara jujur mengakui gembira bersekutu bersama NED, sebuah Yayasan Demokrasi tajaan Amerika. Klik di sini

John Locke adalah seorang ahli falsafah Barat, beragama Kristian, dikenali sebagai ahli falsafah Liberalisme moden abad ke-17.

Menurut Locke, konsep liberalisme bermaksud mewujudkan Negara Liberal, iaitu pembahagian di antara hak individu dan hak pemerintah. Konsep Liberalisme ini dipanjangkan kepada agama menjadi Liberalisme agama yang sekarang ini lebih dikenali sebagai Pluralisme Agama (persamaan antara agama). Klik di sini

Begitu juga dengan pemikiran Adam Smith. Anwar sering menggunakan hujah tokoh falsafah barat ini ketika berucap atau menulis berkaitan dengan ekonomi dan agama.

Ketika berforum dengan Emma Rothchild [keluarga Rothchild pemilik akhbar Liberation, Perancis ?] dalam ‘Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy’, 2007, Anwar menggesa umat Islam agar memberi perhatian kepada pemikiran ‘Adam Smith’ yang telah diketengahkan oleh Emma Rothchild. Klik di sini

Adam Smith adalah bapa pencerahan Scotland (Scottish Enlightenment) yang dianggap pelopor ekonomi moden yang bertunjangkan sistem pasaran bebas dan kapitalisme. Adam Smith mengamalkan fahaman “Deisme” iaitu satu fahaman mempercayai kekuatan diri sendiri (akal) serta menolak konsep alam ghaib, wahyu, dan mukjizat.

Menariknya dalam forum itu, Anwar bersetuju dengan gesaan Muhammad Iqbal (salah seorang tokoh Islam Liberal) agar umat Islam membuka pintu ijtihad yang seakan-akan telah ditutup dan dengan pembukaan semula pintu ijtihad, Anwar berpendapat umat Islam dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Klik di sini

Tokoh kontemporari yang menjadi rujukan kumpulan Islam Liberal adalah Charles Kuzman, Professor Sosiologi di University of North Carolina, US. Klik di sini .

Antara bukunya yang paling popular adalah ‘Liberal Islam: A Source-Book’, merumuskan konsep Liberal Islam adalah peniruan daripada konsep ‘Western liberalism’ yang memperjuangkan pemisahan kuasa antara gereja dengan kerajaan, demokrasi, hak kebebasan wanita dan kumpulan minoriti, kebebasan berfikir serta kemajuan ketamadunan manusia. Klik di sini

Di dalam pengumpulan data yang dibuat oleh Charles Kurzman berkenaan tokoh-tokoh Islam Liberal, dia turut menyenaraikan nama Anwar Ibrahim (Malaysia) sebagai salah seorang pendokongnya, sebaris dengan Abdurrahman Wahid (Indonesia), Asghar Ali Engineer (India) dan Fethullah Gülen (Turki). Klik di sinidi sini dan di sini

Sementara itu tokoh-tokoh Islam Liberal lain yang turut disenaraikan antaranya; S.M. Zafar (Pakistan); Rachid Ghannouchi (Tunisia), Benazir Bhutto (Pakistan), Fatima Mernissi (Morocco), Chandra Muzaffar (Malaysia), Ali Shari`ati (Iran), Mohamed Arkoun (Algeria-France), Abdulkarim Soroush (Iran), Muhammad Iqbal (India), Nurcholish Madjid (Indonesia) dan lain-lain.

Manakala badan-badan yang memperjuangkan Islam Liberal, Kurzman senaraikan antaranya; CSID (Center for the Study of Islam and Democracy, USA; ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia), Indonesia; IIIT (International Institute for Islamic Thought), USA dan Malaysia; ICIP (International Center for Islam and Pluralism), Indonesia; MFI (Minaret of Freedom Institute), USA; Muslim WakeUp!, USA dan lain-lain. Klik di sini

Lebih menarik lagi, sebahagian besar senarai badan yang disenaraikan oleh Kurzman itu mempunyai kaitan rapat dengan Anwar Ibrahim. Misalnya, Anwar merupakan antara pengasas IIIT USA dan pengasas IIIT di Malaysia. Anwar juga penggerak utama dalam CSID yang beliau telah dianugerahkan sebagai ‘Muslim Moderat’ 2005. Klik di sini

Anwar Ibrahim menerima gelaran “Muslim Moderat of The Year Award 2005″ daripada CSID, di Amerika Syarikat. Dari kiri Antony Sullivan, (Naib Pengerusi CSID), Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Pengerusi CSID). Semasa Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios (USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED). CSID sebuah organisasi berpengakalan di Washington DC yang ditaja oleh agensi Amerika Syarikat yang bermotifkan demokrasi iaitu USAID, NED, IRI dan NDI

Kenapa Anwar aktif dengan Lembaga Liberalisme & Pluralisme Amerika ?

Sepanjang dua tahun Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau banyak terlibat dengan lembaga – lembaga kerajaan Amerika khususnya berkaitan dengan agenda liberalisme dan pluralisme.

1. CMCU (Center for Muslim-Christian Understanding)

Anwar menjadi pensyarah jemputan di Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown di bawah seliaan profesor Kristian yang dipanggil ‘father’ oleh penganut Kristian iaitu John Esposito. Klik di sini, di sini dan di sini.

Menariknya CMCU, tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat itu turut disenaraikan mendapat tajaan Projek Pluralisme Amerika Syarikat dari Universiti Harvard. Klik di sini

2. CSID (Center for the Study of Islam and Democracy)

Anwar juga terlibat aktif dalam CSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Selain badan ini dianggap sebagai missionari Islam Liberal oleh Charles Kurzman, John Esposito, ‘guru’ Anwar merupakan antara pengasas awal dan pemain di sebalik tabir badan itu.

Malah, sebelum CSID menganugerahi, gelaran ‘Muslim Moderat’ pada tahun 2005, John Esposito telah terlebih dahulu memberi gelaran sama kepada Anwar pada tahun 2001, dalam bukunya ‘Makers of Contemporary Islam’. Klik di sini

Begitu juga dengan terma ” Democracy Islam” yang menjadi tema utama perbincangan CSID hari ini, sebenarnya diambil daripada rumusan buku karya John Esposito bertajuk “Islam and Democracy” yang ditulis pada tahun 1996.

Carl Gershman (dua dari kanan), seorang Yahudi berfahaman Zionis, memegang jawatan Presiden NED adalah salah satu penaja program ceramah Anwar dan CSID

Menariknya, Anwar terlibat dalam badan berlabel Islam bernama CSID dan tema utama pun berbau Islam iaitu Islam dan Demokrasi, tetapi penaja utama CSID adalah seorang Yahudi, Carl Gershman, Pengerusi NED (National Endowment for Democracy). Klik di sini dan di sini

Jadi Islam jenis apakah yang cuba dikembangkan oleh CSID ke seluruh dunia Islam itu ?

Menurut Radwan Masmoudi, Presiden CSID, Islam tajaan CSID adalah ‘Islam sebenar’ yang diistilahkan sebagai ‘Islam Moderat’.

Apa hujah “Muslim Moderat” mengenai Mahkamah Syariah dan poligami ? Adakah sama hujah mereka dengan apa yang difahami oleh seluruh muslim atau mempunyai hujah lain ?

Radwan berhujah, Mahkamah Syariah yang dipraktikkan di dunia Islam hari ini bukan bersumberkan Al Quran, tetapi berasaskan pendapat manusia. Menurutnya lagi poligami juga bukan berasaskan Al Quran, kerana Al Quran hanya menganjurkan umatnya mengamalkan monogami seperti yang dianjurkan oleh Kristian. Malah lebih radikal lagi, Radwan berpendapat Al Quran perlu ditafsir semula mengikut versi masa kini, selaras dengan kemodenan. Klik di sini

Apakah ini bermakna seseorang tokoh yang dianugerahi ‘Muslim Moderat’ oleh CSID seperti Abdulkarim Soroush (Iran), Saad Edin Ibrahim (Mesir) dan Anwar Ibrahim (Malaysia) juga berfikiran seperti Radwan Masmoudi, sebagai tokoh pembaharu agama ?

Radwan Masmoudi sebagai Presiden CSID. Badannya menerima dana Amerika yang kebanyakannya dikontrol oleh Yahudi. CSID pula memilih tokoh-tokoh yang ‘sealiran’ dengan mereka untuk diberi anugerah. Sila kaji pemikiran Radwan Masmoudi untuk memahami apa itu ‘Muslim Moderat’ :

Jika beginilah pemikiran Radwan yang mengetuai CSID, sudah tentu nada seperti ini pernah didengar di Malaysia apabila diperjuangkan oleh Sister In Islam, satu NGO Islam Liberal Islam Malaysia.

3. MFI (Minaret of Freedom Institute)

Anwar juga terlibat dalam MFI (Minaret of Freedom Institute). Anwar pernah menyampaikan ceramah yang bertajuk “The Importance of Free Markets in Islam and to Muslims” dalam program ‘Minaret of Freedom Institute Eighth Annual Dinner’anjuran Minaret Of Freedom Institute (MFI) di the Bethesda Park Clarion Hotel, Bethesda, MD pada 23 Oktober 2005. Klik di sini

Turut hadir dalam program itu adalah Dr. Imad-ad-Dean Ahmad (Presiden MFI); Aly Abuzakouk (Naib Presiden MFI) dan Atilla Yayla (Insitute for Liberal Thinking, Turki)

Anwar bersama pendokong Minaret of Freedom Institute (MFI), sebuah organisasi untuk kebebasan Islam di Amerika Syarikat. Dari kiri Anwar Ibrahim, Aly Ramadan Abuzakouk (Naib Presiden MFI) dan Atilla Yayla of The Insitute for Liberal Thinking, Turki.

The Minaret of Freedom Institute adalah sebuah pertubuhan yang mendukung kebebasan Islam (pembaharu agama) yang diasaskan pada tahun 1993, berpengkalan di Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat. Pengasasnya adalah Imad-ad-Dean Ahmad.

Imad ad Dean, Presiden MFI menunjukkan buku karangannya bertajuk ” Islam and The Discovery of Freedom”

Imad ad Dean adalah tokoh pembaharu Islam di Amerika. Dia berjuang melalui badannya untuk meliberalkan Islam berasaskan tema “kebebasan” (Freedom). Golongan yang menyokongnya terdiri daripada gabungan Islam Liberal seluruh dunia, termasuk Atilla Yayla dari The Insitute for Liberal Thinking, Turki.

MFI sedang dikembangkan di seluruh dunia muslim termasuk Indonesia dan Malaysia yang memperjuangkan “Kebebasan”, “keadilan” dan “demokrasi”

Imad ad Dean juga merupakan antara Muslim pertama yang menyertai deklarasi Amerika membincangkan hak Israel di Jerusalem. Dalam “First Conference on Jerusalem in Beirut ” di mana Imad ad Dean telah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah. Klik di sini.

4. IIIT (The International Institute of Islamic Thought)

IIIT ditubuhkan pada tahun 1981 oleh Anwar bersama rakan-rakannya (almarhum Ismail Al Faruqi, Dr Jamal Berjinzi, Abdul Hamid Sulaiman dan Dr Taha Jabir al-’Ulwani), di Herdon, Virginia, Amerika Syarikat telah menjalankan misi pluralisme dengan bekerjasama dengan beberapa yayasan Kristian termasuk ICRD (International Center for Religion and Diplomacy).

Kerana sumbangan IIIT dalam menggerakkan pluralisme, aktivisnya, Dr Jamal Berzinji (Naib Presiden IIIT) telah diberi anugerah ‘Faith in Action Award 2007‘ oleh pihak ICRD. Anwar turut hadir dalam program itu. Klik di sini

Dr Douglas Johnston Presiden ICRD (no 2 dari kiri) bersama dengan Dr Jamal Barzinji (no 3 dari kanan) dan Anwar Ibrahim (no 2 dari kanan) dalam program ‘Faith in Action Award’ pada 7 Jun 2007.

Dr Taha Jabir al-Ulwani (Presiden IIIT), juga turut berkerjasama dengan yayasan Kristian di Amerika. Kerjasama itu di antara Universiti Cardoba Amerika (kepunyaan Dr Taha Jabir al Ulwani) dengan Washington Theological Consortium (WTC) untuk mempromosi persefahaman antara agama. Klik di sini

Bersama dengan John Esposito, Dr Taha merupakan pengasas CSID pada tahun 1999 di Washington, D.C. Klik di sini

Menurut Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria dalam kertas kerja bertajuk ” Ancaman Dan Tentangan Terhadap Islam dan Muslim : Tumpuan Kes : Liberalisme/Pluralisme”, beliau merumuskan dua agensi Amerika yang berperanan menggerakkan Islam Liberal iaitu Rand Corporation dan Institut Brooking, Washington. Klik di sini

5. RAND Corporation

Berkenaan dengan RAND Corporation, nama Anwar juga turut disebut sebagai individu Muslim yang terlibat dalam memberi input dalam menyediakan kerangka besar satu pelan bertindak kepada kerajaan Amerika untuk melawan teroris Islam, bertajuk “Building Moderate Muslim Networks” (Membina Rangkaian-rangkaian Muslim Moderat).Klik di sini

Laporan terbitan RAND Corporation itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana sumbangan ideanya. Ketika itu, Anwar sedang mengajar di Universiti Georgetown, Amerika.

Selain nama Anwar, beberapa nama tokoh Islam Liberal lain juga turut disenaraikan termasuk Azyumardi Azra (Indonesia), Ulil Abshar-Abdalla (Indonesia), Abdurrahman Wahid (Indonesia), Radwan Masmoudi(CSID) dan lain-lain. Klik di sini

Menariknya dalam laporan RAND Corporatin itu, turut memuatkan deklarasi ‘kumpulan Murtad Islam’ yang terdiri daripada Salman Rushdie, Taslima Nasreen, Ayaan Hirsi Ali,Ibn Warraq, Irshad Manji, Mehdi Mozaffari, Maryam Namazie dan lain-lain.Klik di sini

Deklarasi kumpulan murtad itu bertajuk “Manifesto: Together Facing the New Totalitarianism

Salman Rushdie penulis buku menghina Al Quran dan Nabi Muhamad SAW bertajuk “The Satanic Verses”

Lebih menarik lagi, Anwar sebelum ini pernah memuji Salman Rusdie pengarang buku “The Satanic Versus” sebagai ‘profound writer’(penulis berpengetahuan mendalam), dalam majalah ASIAWEEK, 11 November 1993, sedangkan ketika itu seluruh umat Islam mengecamnya termasuk tawaran bunuh oleh Ayatollah Khomeini ke atas penulis murtad itu. Klik di sini dan di sini

Laporan RAND Corporation itu disunting oleh Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle, diterbitkan pada tahun 2007, dengan tajaan Smith Richardson Foundation. Klik di sini dan di sini

6. Institut Brookings

Anwar mempunyai kaitan secara langsung dengan Institut Brookings kerana beliau adalah salah seorang Kumpulan Penasihat Antarabangsa institut itu. Klik di sini dan di sini.

Brookings Intitution adalah sebuah badan pemikir Amerika yang diasaskan oleh Robert Brookings. Presiden institut itu sekarang ini adalah Strobe Talbott , bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton.

Penaja utama institut ini adalah beberapa yayasan kewangan Yahudi yang terkemuka di Amerika iaitu John M. Olin Foundation, F. M. Kirby Foundation,Walton Family Foundation dan Smith Richardson Foundation. Klik di sini

Untuk menambahkan kepentingan Israel di Timur Tengah, pada tahun 2002, seorang korporat Yahudi terkemuka di Amerika bernama Haim Saban telah menyuntik wang sebanyak $13 million kepada Brookings Institution dengan penubuhan unit penyelidikan khas yang dinama the Saban Center for Middle East Policy.

Martin Indyk, seorang berbangsa Yahudi, bekas duta Amerika ke Israel dan tokoh aktif dalam AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee) telah dilantik sebagai Pengarah Saban Center for Middle East Policy, Institut Brookings.

Salah satu program utama Institut Brookings dan Saban Center for Middle East Policy adalah “US AND Muslim World Forum” yang pernah diadakan di Doha, Qatar. Anwar merupakan salah seorang penceramahnya. Klik di sini

Dalam forum US dan Dunia Islam 2009, di Doha baru-baru ini, Anwar memuji Presiden Obama sebagai Presiden Amerika yang komited dengan nilai kebebasan dan demokrasi. Dalam ucapan itu, Anwar bersedia menawarkan diri untuk menyahut seruan Presiden Obama melaksanakan demokrasi di Malaysia dan Timur Tengah. Klik di sini, di sini dan di sini

Lebih radikal lagi, Anwar seru semua pemimpin dunia Islam wajib mengikut polisi Presiden Obama. Kenyataan Anwar ini dilaporkan oleh akhbar THE PENINSULA. Klik di sini.

Melihat kegelojohan Anwar memuji Presiden Obama ini, seorang penulis muda terkenal, Faisal Tehrani menggelar ucapan Anwar di Doha, sebagai ‘besar sudu dari kuah’.

Ucapan Anwar di Doha 2009, di depan Madeline Albright, berbau hamis pluralisme dalam memuji Presiden Amerika, Barack Obama.

Lebih menyerlah lagi pemikiran Anwar apabila beliau turut menandatangani surat terbuka kepada Presiden Obama yang disediakan oleh Radwan Masmoudi (CSID) supaya Presiden Obama menumpukan Demokrasi di Timur Tengah.

Selain Anwar, tokoh-tokoh yang dilabel Islam Liberal turut menandatanganinya termasuk Zainah Anwar (Sister In Islam), Aly Abuzaakouk (MFI), Imad-ad-Dean Ahmad (MFI, Dr Jamal Barzinji (IIIT), Saad Eddin Ibrahim dan lain-lain. Klik di sini

Menurut kandungan surat terbuka yang dihantar pada 10 Mac 2009 itu, Demokrasi di Timur Tengah, bukan setakat melibatkan pilihan raya, tetapi yang lebih utama adalah menyebar propanganda pluralisme dan liberalisme di Timur Tengah.

Dalam bahasa mudah makna “demokrasi Timur Tengah” mengikut acuan kelompok ini adalah menyebarkan fahaman “Islam Liberal” atau pluralisme di Timur Tengah dan seluruh dunia Islam.

Gerak geri badan pemikir Anwar amat mencurigakan ?

Kegiatan badan pemikir Anwar di Malaysia yang dinamakan Institut Kajian Dasar (IKD), saat-saat mutakhir ini amat mencurigakan.

Seperti di Indonesia, ancaman Islam Liberal berpengaruh dengan tajaan dana asing yang banyak melalui Asia Foundation, begitu juga di Malaysia, beberapa yayasan asing khususnya yayasan Kristian memainkan peranan menaja IKD.

Yayasan Kristian yang dimaksudkan itu adalah Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Naumann Foudation (FNF) yang kedua-dua dari Jerman.

Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar), yang memegang jawatan sebagai Pengarah IKD amat bersungguh-sungguh menerbitkan buku-buku yang diklasifikasikan sebagai ‘pencerahan’ dan ‘Islam Liberal’.

IKD dengan tajaan KAF telah menerbitkan semula buku ‘Apa itu Pencerahan – Immanuel Kant (2007). Klik di sini yang diketahui umum tokoh falsafah itu antara perintis awal liberalisme.

Kesungguhan IKD menterjemah Islam Liberal di Malaysia semakin menyerlah dengan penerbitan semula kitab lama karya Ali Abd. Raziq (Mesir) yang telah diharamkan bertajuk ‘Al-Islam wa Ushul Al-Hukm’ (Cairo : Cetakan pertama 1342/1925).

Buku yang diharamkan oleh ulama Mesir itu diterbitkan semula oleh IKD dengan tajaan KAF pada tahun 2004 yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan tajuk ” Islam dan Dasar Pemerintahan”

Ali Abd. Raziq, penulis Mesir hidup sezaman dengan Mustafa Kamal Artatuk di Turki dan tujuan penulisan serta penerbitan buku itu sebagai justifikasi membenarkan sistem “sekular” Mustafa Kamil Artatuk yang diamalkan di Turki.

Menurut Ali Abd Raziq di dalam bukunya itu, Al Quran dan Al-Hadith tidak pernah menganjurkan untuk membina sebuah negara Islam (daulah Islamiah). Islam dan dasar pemerintahan adalah dua indentiti yang berbeza (sekular).

Konsep Ali Abd Raziq ini sama seperti yang diketengahkan oleh Thomas Jefferson (Presiden Amerika ketiga) apabila melaksanakan sistem sekular dengan pengasingan antara pengaruh gereja dengan pemerintahan.

Akibat gagasan idea songsang Ali Abd. Raziq yang selaras dengan pemikiran barat, Majlis Ulama Mesir menfatwa buku itu telah menyeleweng, pengarangnya telah dilucutkan ijazah dan bukunya telah diharamkan. Klik di sini

Kesan fatwa Majlis Ulama Mesir itu amat besar. Ali Raziq diharamkan dari memakai gelaran ‘ulama Al-Azhar’. Peruntukan 101, Kanun Al-Azhar Bil. 10 (tahun 1911), memperincikan bahawa setiap ulama yang dilucutkan gelaran ulama oleh Majlis Tertinggi Ulama, namanya “akan dipadam dari rekod Al-Azhar dan institusi-institusi lain, dan beliau dibuang dari segala pekerjaannya, dan dipotong pendapatannya tidak kira dari mana sumbernya, dan dicabut kelayakannya untuk membuat apa jua pekerjaan umum sama ada bersangkutan agama atau tidak.”

Tetapi apabila badan pemikir Anwar berusaha menggali semula serta merombak fatwa yang pernah dikenakan, apakah maksudnya ? Atas nama ‘wacana pemikiran’, ‘polemik’ dan ‘demokrasi’ apa motifnya menerbitkan buku yang pernah diharamkan oleh ulamak Mesir. Lebih mencurigakan, di belakang penerbitan semula itu adalah Yayasan Kristian.

Apa motifnya KAF membelanjakan ribuan ringgit, mengupah bekas pelajar Jordan, Mustaqeem Mahmood Radhi (penulis IKD), menterjemah dan menerbitkan semula ke dalam Bahasa Melayu kepada rakyat Malaysia ?

Mustaqeem Mahmood Radhi adalah panel pemikir IKD yang merupakan instrumen paling penting Anwar. Ketika Khalid Jaafar menjadi Ketua Pengarang Suara Keadilan, Mustaqeem merupakan salah seorang penulis utama, akhbar tabloid PKR itu.

Lebih serius lagi, KAF menggalak, menaja dan membantu sepenuhnya Mustaqeem menerbitkan buku-buku ‘pluralisme’ menggunakan sebuah badan pemikir lain yang dinamakan MEGC (Middle Eastern Graduate Center).

Antara bukunya adalah ‘Islam dan Pluralisme’ dan ‘bercakap dengan Tuhan’ yang menganjurkan persefahaman antara agama dan menganggap semua agama di dunia ini adalah sama.

Buku-buku MEGC diharamkan oleh KDN kerana bertentangan dengan Islam.Klik di sini

Manakala Anwar yang dianggap sebagai ‘godfather’ yang bersembunyi di sebalik tabir dengan penerbitan buku-buku pluralisme itu telah mengecam kerajaan yang dianggapnya bertindak jumud dan bebal kerana mengharamkan buku-buku itu. Klik di sini

Apa maksud Anwar tindakan yang ‘jumud’ dan ‘bebal’ sedangkan pihak JAKIM sendiri memfatwakan buku-buku sebagai haram ?

Sebenar kaedah menerbitkan buku-buku atau bahan bacaan merupakan kaedah utama Anwar dalam menyebarkan ‘perang idea’.

Ini diakui sendiri oleh Anwar ketika menjawab soalan peserta dalam ‘Forum Masa depan Demokrasi Muslim’ anjuran NED, di New York pada 2005.

Peserta bertanya apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Anwar untuk menyebarkan ‘demokrasi’ di dunia Islam ?

Anwar menjawab, padanya langkah paling utama adalah menterjemah dan menerbitkan semula karya-karya tokoh agung. Anwar menyebut bahawa untuk menyebarkan ‘demokrasi’ di dunia Islam, beliau telah mencadangkan kepada NED (National Endowment for Democracy) supaya menterjemah dan menerbitkan semula buku karya Thomas Jefferson.

Thomas Jefferson adalah Presiden ketiga Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem sekular di Amerika yang mengasingkan peranan gereja dan pemerintah.

Jefferson dianggap sebagai ‘bapa demokrasi’ Amerika, sekaligus ‘bapa pembaharu agama’ kerana memperkenalkan sistem liberalisme dan pluralisme mengiktiraf agama Yahudi dan Kristian sebagai tunggak utama dan juga mengiktiraf agama-agama lain sebagai sampingan.

Menurut Peter Schier, wakil KAF di Malaysia, mereka menaja IKD kerana tertarik dengan pemikiran Khalid Jaafar yang membawa Islam baru dinamakan “Islam Tanwiri” (pencerahan)

Kata wakil KAF “sejak akhir-akhir ini, mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri. Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana menyokong pluralisme(semua agama sama). Jadi, kami menyokong perkara tersebut. Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan buku – buku Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang diterjemahkan “Islam & Dasar Pemerintahan”) oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama” (wawancara The Sun 2006) Klik di sini

Satu lagi penaja utama Anwar adalah Friedrich Naumann Foundation (FNF). FNF secara jelas membantu Anwar dan kompenan yang berkaitan dengan Anwar termasuk PKR dan AIC (AnwarIbrahimClub) berasaskan faktor ‘Liberalisme’.

FNF pernah memberi tajaan utama kepada dailog antara agama yang dianjurkan Anwar. Klik di sini

Malah dalam persidangan FNF di Kuala Lumpur, Anwar Ibrahim dan Zainah Anwar (SIS) merupakan antara tetamu kehormat. Persidangan yang membincangkan stategi menyebarkan ideologi ‘liberalisme’ ke seluruh dunia Islam itu turut dihadiri oleh Dr. Irmgard Schwaetzer Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman dan Hubertus Von Welck , Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara. Klik di sini

Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara

Zainah Anwar, Sister In Islam (SIS) bersama Hubertus von Welck (tengah) Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara. FNF menaja Zainah dan SIS untuk perjuangkan pluralisme agama di Malaysia

Dari pihak lain pula, badan pemikir Anwar, IKD menggerakkan kumpulan ‘pencerahan’ yang dinamakan Jalan Telawi. Ketua kumpulan ini adalah Khalid Jaafar yang sekarang ini turut memegang jawatan Pengerusi PKR Melaka.

Kumpulan Jalan Telawi adalah sub projek kepada IKD yang digerakkan oleh beberapa anak muda aktivis PKR seperti Hasmi Hashim. Hasmi, pernah bertanding jawatan Ketua AMK PKR tetapi tewas. Klik di sini

Kumpulan pencerahan lain, yang membawa modus operandi hampir sama dinamakan The Reading Group (RG). Kumpulan ini menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk memartabatkan pemikiran Islam Liberal di negara masing-masing. Klik di sini

Adakah semua ‘permainan’ ini terselindung tangan Anwar yang menyorok identitinya kerana bimbang kredibiliti sebagai ahli politik tercalar ?

Kesimpulan

Jika benar Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal dan jika benar Anwar sedang menggerakkan missinori Projek Islam di Malaysia, adakah usaha ini akan berjaya ?

Jika ditanya kepada saya, soalan itu, saya cukup yakin Anwar pasti berjaya.

Kenapa saya yakin ? Sebab Anwar adalah seorang karismatik, pada era 70-an mendakwa dirinya berjaya meniupkan ‘gelombang kebangkitan Islam’ hingga menewaskan gelombang sosialis jatuh terbenam.

Kalau dulu, Anwar berjaya membenam sosialis, sekarang ini akan berjaya dalam usahanya menggerakkan ‘missionari baru’ kerana kumpulan sosialis yang pernah dibenamnya tahun 70-an dulu (termasuk Dr Syed Husin Ali dan Hishamudin Rais), sekarang ini menjadi penyokong kuatnya.

Lagipun tokoh yang banyak membantu misionari Anwar meniupkan gelombang Islam tahun 70-an masih hidup, termasuk Kamaruddin Jaafar.

Dan kerana karismatik Anwar juga, beliau cepat-cepat di’tangkap’ oleh Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Al Gore yang amat berpengaruh di Amerika.

Bukan setakat berpengaruh, malah mereka juga berkuasa memberi dana yang besar kepada Anwar melalui USAID, NED, IRI atau apa-apa badan atas nama ‘demokrasi’.

Itulah kehebatan Anwar Ibrahim yang Tuhan anugerahi kepadanya.

AIDC
18 April 2009

7 Responses to “Anwar Ibrahim & Projek Islam Liberal Malaysia?”

  1. sallehudin sulaiman

    Nov 26. 2014

    apabila membaca article ini, lahir perasaan benci nya saya kpd Anwar Ibrahim. Benarlah dgn berita Anwar bersesongkol dgn Yahudi dan nasrani untuk mendokong Islam Liberal.

    Reply to this comment
  2. rosalin sanusi

    May 24. 2012

    semakin ngeri dngr nama nuar nih.. rasa bara api dh naik ke hujung rambut… mcm2.. la dia ni.. apa pun dia sanggup..

    Reply to this comment
  3. turkiye

    Jan 01. 2012

    It?s really a great and helpful piece of info. I am satisfied that you just shared this helpful info with us. Please stay us up to date like this. Thank you for sharing.

    Reply to this comment
  4. Wani

    Oct 29. 2011

    Semuga anwar dipanjangkan Umur sehari dua ini dan kita dapat lihat “bewak” ni tersungkur di Sungai Buloh .
    Atau pun kalau dia di panggil utk balik cepat …..ke rahmat allah pun bagus juga sebab hidupnya pun tak mendatangkan manfaat kepada Ummat…

    Reply to this comment

Trackbacks/Pingbacks

  1. Irshad Manji Buka Networking Anwar.. | MINDA AIDC - May 24, 2012

    […] anugerah itu, ia amat besar maknanya terutamanya dari konteks pengesahan dan sokongan dana. Klik di sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini dan […]

  2. Orang UMNO kembalilah kepada fitrah (Bahagian 1) | Terang Bulan - November 30, 2011

    […] Beliau yang menghabiskan hidupnya meneliti perkembangan Islam Liberal Indonesia dan menghasilkan tesis Ph.Dnya berkaitan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di republik itu menambah: “Islam Liberal akan meruntuhkan tembok sacral al-Quran melalui metodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan ijtihad (penafsiran) terbuka.” (Baca: http://www.anwaraidc.com/?p=4702) […]

  3. Dr Yusuf Al Qaradhawi : Ulama Sesat? « Lolucon Sang Agamawan - March 20, 2011

    […] Untuk mengenang jasa beliau yang “moderat” maka Anwar Ibrahim menerima gelaran “Muslim Moderat of The Year Award 2005″ daripada CSID (Center for the Study of Islam and Democracy), sebuah organisasi Islam Liberal. (http://www.anwaraidc.com/?p=4702) […]

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE