Sekularisme : Perbezaan Ketara Antara Anwar Atartuk dan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Oleh Kumbang, AIDCclub












Ramai
sudah tahu yang blog Kumbang digodam kerana menulis mengenai kaitan
Anwar Ibrahim dan Sekularisme
.

Kali ini di blog baru, Kumbang akan bercerita mengenai perbezaan ketara di
antara idealogi Anwar Ibrahim dan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara
itu. Yang mana Qaradawi mengatakan sekularisme tidak diperlukan dan berbahaya
kepada umat Islam manakala Anwar pula menegaskan bahawa sekularisme adalah yang
terbaik di dunia. Kumbang buktikan pernyataan ini..






Kenyataan Qaradawi mengenai sekularisme tidak diperlukan
umat Islam di dunia ada dinyatakan di buku terbaru beliau iaitu “Agama
dan Politik : Wawasan Ideal dan Menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular-Liberal

di muka surat 207. Beliau menulis begini :

Jadi, kita sebagai komuniti masyarakat Muslim, sama sekali tidak
memerlukan sekularisme yang secara historis dapat didefinisikan sebagai suatu
pembebasan diri daripada autoriti gereja, kerana autoriti semacam ini tidak ada
sama sekali dalam sejarah kita. Sekularisme perlu ada sebagai pemecahan masalah
bagi krisis yang dialami masyarakat Eropah. Tanpa adanya sekularisme tersebut,
maka usaha pembebasan diri tidak akan terjadi.

Berbeza halnya dengan kita, sekularisme itu bukan keadaaan darurat yang
mesti diterapkan atau diambil. Sekularisme lebih tepat disebut sebagai suatu
bahaya(dharrar)
. Sekularisme bukanla suatu problem-solving, melainkan
berubah – ketika dipindahkan kepada masyarakat kita – menjadi suatu masalah
baru.

Pernyataan di atas jelas membuktikan ulamak besar ini menyanggah sekularisme
dan menganggap ia berbahaya bagi umat Islam. Tetapi bagaimana pula dengan Anwar
Ibrahim?

Anda boleh lihat video di atas yang mana ianya menerangkan serba ringkas
mengenai betapa tingginya Anwar mengiktiraf Turki sebagai model demokrasi dunia
Islam dan mengiktiraf Sekularisme yang terbaik di dunia kerana tidak anti
agama.

Apa yang Anwar katakan di dalam video di atas?

1. Bermula dengan bersependapat Abdul Rahman Al-Kawakibi, Anwar mengatakan
pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah adalah pemerintahan yang kuku besi dan tidak
ada demokrasi.

2. Anwar sokong tindakan Sekularisme yang dilakukan Mustafa Kamal Attartuk
tetapi mengkritik pemikiran Mustafa ‘Sekularis sebagai anti agama’.

3. Anwar berkata Sekularisme adalah yang terbaik di dunia kerana tidak
‘anti Agama’ cuma mengasingkan agama dan pemerintahan.

4. Kesimpulannya, Anwar menganggap Turki Adalah Model Demokrasi Dunia Islam
kerana mengekalkan Identiti Islam dalam dunia Sekular.

Ulasan lanjut. Baca di
sini
.

Lihat dengan jelas. Ketika Qaradawi mengatakan Sekularisme berbahaya kepada
umat Islam, Anwar Ibrahim yang kononnya menyanjung ulamak itu melawan arus
dengan mengiktiraf Sekularisme adalah yang terbaik di dunia dengan memberi
alasan ia tidak ‘anti agama’.

Perkara ini membuktikan Anwar bukan benar-benar menyokong dan menyanjung Sheikh
Yusuf Al-Qaradawi. Tetapi hanya menggunakan ulamak besar ini untuk menaikkan
imej beliau. Seperti mana yang ditunjukkan pencacai-pencacai Anwar dengan memanipulasi ucapan Sheikh
Yusuf Al-Qaradawi
supaya nampak memihak kepada diri ketua mereka.

Natijahnya, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi telah tercemar imejnya kerana dianggap
menyokong Anwar Ibrahim yang terang-terang mengiktiraf Sekularisme sebagai yang
terbaik di dunia dan ada di antara kita yang mengkritik beliau dengan semberono
tanpa mengetahui hakikat yang sebenarnya Sheikh Yusuf Al-Qaradawi langsung
tidak menyokong Anwar. Beliau hanya melayan Anwar sebagai rakan lama seumpama
Nik Aziz melayan kunjungan Najib ke Kelantan.

Jika Sheikh Yusuf Al-Qaradawi benar-benar menyokong Anwar nescaya beliau akan
mengelak untuk menemui Najib yang dituduh sebagai perancang konspirasi kes
liwat Anwar. Tetapi kenapa ulamak besar itu sanggup menemui Najib
dengan penuh senyuman dan menghadiahkan buku terbaru karangan beliau. Adakah
ini menandakan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi menyokong Anwar dan membenci Najib?

Segalanya telah jelas. Kumbang persilakan anda terutamanya ahli PAS untuk
menilai semua ini.
Sampai bila agaknya PAS ingin bersekongkol dengan Anwar Ibrahim yang sekular?

Kumbang rasa, ahli dan para penyokong PAS ada jawapan mereka sendiri.
Nasihat Kumbang hanya satu, segeralah bertindak. Jangan sampai PAS hancur di
tangan Anwar Ibrahim..

Baca pendapat Faisal Tehrani mengenai perkara ini di
sini
.

sumber -kumbang

No comments.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE