Krisis politik Kelantan : Antara gila kuasa dan Parti Anak Beranak

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Kecohnya politik Kelantan kini dilihat seakan belum reda sepenuhnya
apabila pergolakan antara Husam Musa dan keluarga Tok Guru Nik Aziz
nampaknya belum nampak ia akan berakhir sepenuhnya, seakan sama dengan
musim tengkujuh di Kelantan yang difahamkan belum berakhir dan laut
masih bergelora.

Kini dilaporkan Husam cuba memburukan personaliti
anak kepada Nik Aziz iaitu ustaz Nik Abduh, Nik Amalina dan juga
menantu Arifahmi Abdul Rahman sebagai punca pergolakan politik di
Kelantan sekarang.

Sementara Ustaz Nik
Abduh dan Nik Amalina masih meletakkan kesalahan kepada Husam Musa atas
apa yang berlaku pada kekalutan dalaman Kerajaan Negeri Kelantan.

Tindakan
Husam membawa masuk Syed Azidi sebagai orang penting dalam pentadbiran
kerajaan negeri di anggap kedua anak Tok Guru itu sebagai satu
kesilapan besar yang sepatutnya tidak dilakukan oleh kerajaan yang
berimej Islam.

Hari ini dikhabarkan
Husam tidak hadir dalam mesyuarat exco negeri dan dikhabarkan beliau
sanggup meletak jawatan dalam kerajaan negeri, setelah merasakan
dirinya tidak berguna lagi kepada PAS Kelantan.

Husam
kini dilaporkan mula mengintai kerusi Parlimen yang sesuai untuk
ditandingi pada pilihanraya akan datang, dan antara kerusi yang di
intai oleh adun Salor tersebut adalah kerusi Parlimen Kubang Kerian dan
secara kebetulan Salor terletak dalam parlimen tersebut.

Parlimen
Kubang kerian menjadi pilihan kerana dia sedar adalah sukar untuk
dirinya diterima oleh PAS kawasan lain kerana permusuhan dalaman PAS
Kelantan.

Lantaran itu Kubang Kerian
merupakan parlimen paling tepat dan sesuai untuk ditandingi lebih-lebih
lagi penyandang sekarang adalah bukan anak jati Kelantan, iaitu Naib
Presiden PAS Sallahudin Ayub.

Untuk
membolehkan dia bertanding di kerusi tersebut, Husam terpaksa
memikirkan cara untuk menghalau Salahudin Ayub dari bertanding di
kerusi tersebut pada pilihanraya akan datang.

Dari
situ difahamkan isu calon luar yang tercetus sebelum ini di kelantan
sehingga Ketua Dewan ulama PAS Kelantan pun bersetuju dan Nik Aziz pun
sanggup memikirnya sebenarnya adalah ciptaan Husam Musa dan kumpulannya
supaya matlamat dirinya untuk bertanding di kerusi Kubang Kerian
tercapai nanti.

Husam juga dikatakan
tidak begitu selesa dengan prestasi Sallehudin Ayub yang kini berada
dalam keadaan terbaik untuk menjadi pemimpin masa hadapan PAS. Kerana
Husam mengagak sekiranya Sallahudin tidak disekat peluangnya untuk
menjadi pemimpin PAS pada masa akan datang tergugat dengan kredibiliti
dan prestasi yang ditunjukkan Sallahudin.

Husam
lansung tidak gentar dengan Mahfuz omar, kalau ada pun sedikit
kerisauan beliau ialah kepada Tuan Ibrahim Tuan Man iatu anak saudara
Menteri besar sekarang yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sesungguhnya
Husam seperti mana Khalid Samad sememangnya sudah mengetahui Anwar
Ibrahim memang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti liwat
dan akan terhumban ke dalam penjara apabila keputusan kes liwat dengan
Saiful Bahari mula dibicarakan di Mahkamah nanti.

Oleh
itu, Husam dikhabarkan mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi
pemimpin PAS supaya dia dapat menggantikan Anwar sekirannya Pakatan
Rakyat dapat memerintah Malaysia pada pilihanraya nanti.

Dari
yang demikian Husam akan mencuba habis-habisan untuk meletakkan dirinya
pada kedudukan yang terbaik dalam gabungan Pakatan Rakyat walaupun
terpaksa mengenepikan Haji Hadi Awang.

Walaupun
Nik Aziz semalam cuba menutup isu pergolakkan PAS Kelantan dengan
mengumumkan pindaan yang membolehkan orang bukan Melayu beragama islam
menjadi Menteri Besar di Kelantan. Sesungguhnya kekalutan di Kelantan
langsung tidak akan berhenti dengan semudah memadamkan api yang marak
dalam kebakaran.

Arifahmi sehingga
harii ini masih dilihat negatif pada rakyat Kelantan, malah Husam dan
penyokongnya sehingga sekarang menggerakan jentera memperlekehkan
menantu Tok guru tersebut. Kegagalan dan permasalahan projek Bazar Tok
Guru dan projek sekolah agama berhampiran rumah Tok Guru di Pulau
Melaka juga menjadi tanda tanya masyarakat.

Dengan
kes Wan Ismail Jusoh Adun Melor dengan isteri keduanya masih lagi belum
selesai dan kewujudan kes baru yang mengemparkan melibatkan bekas
pegawai Khas Husam iaitu Dr. Rosli Alani yang juga bekas Ketua
Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan melibatkan perkahwinan sendiket,
menjadikan PAS Kelantan kini kian tidak keruan.

Dahulunya
isu-isu kroni, dan masalah sebegini begitu sukar didapati dari ahli
PAS. Namun semenjak ahli PAS mengenali dan berkawan dengan Anwar
Ibrahim kes kes sebegini kian hari kian banyak diperkatakan.

Laman Screw kuat ada
mendedahkan sedikit mengenai satu skandal melibatkan seorang pemimpin
kanan PAS di peringkat Pusat, dan difahamkan anggota dalaman yang
mendedahkan skandal tersebut kepada pihak lawan. Sekiranya benar wujud
skandal seperti yang didakwa tersebut, sudah tentu ia merupakan pukulan
paling teruk dialami oleh Parti Islam tersebut sepanjang tahaluf siasi
PAS dengan PKR dan DAP.

sumber – tomyam

No comments.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE