Konsensus Nasional : ISMA Bantah Perutusan Khas Anwar

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyanggah dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tidak wujud konspirasi jahat untuk merubah status Islam sebagai agama Persekutuan dan menganggap bahawa beliau cuba mengalih pandangan daripada isu sebenar yang dihadapai oleh umat Islam dan rakyat negara ini.

Menurut perutusan khas beliau kepada rakyat Malaysia yang bertarikh 26 Januari 2014, Datuk Seri Anwar cuba menggambarkan bahawa seolah-olah apa yang berlaku adalah krisis ketegangan kaum semata-mata, yang berpunca daripada hanya prasangka, kemarahan-kebencian yang tidak berasas yang sengaja dicetuskan untuk menghancurkan keharmonian, kerjasama dan persefahaman antara kaum.

Beliau cuba memandang sepi terhadap segala kebimbangan, kerisauan, kegusaran dan rasa terhina orang Melayu dan umat Islam oleh ancaman Liberalisme, Pluralisme agama dan kesamarataan mutlak yang akan menghakis identiti dan mencabar kedaulatan agama dan bangsa.

Beliau bahkan, tidak sensitif terhadap seruan kebebasan melampau yang telah merosakkan akhlak dan pegangan generasi muda umat Islam.

Pada masa yang sama, umat Islam juga berdepan dengan ancaman Kristian Evangalist dan Chauvinist yang semakin agresif dan biadap menghina pegangan akidah, ibadah dan amalan orang Islam. Bahkan mutakhir ini, sudah terasa ancaman yang menggugat kesatuan Malaysia oleh kegiatan menggunakan sentimen agama Kristian untuk kepentingan politik.

Tiada siapa dapat menafikan bahawa agenda Liberalisme, Pluralisme Agama, Kesamarataan Mutlak dan Kristianisasi yang dibawa ke negara ini melalui pelbagai pendekatan dan cara oleh proksi-proksi dan rangkaian tertentu ada hubungan dengan perancangan Yahudi, Freemason dan Evangelis Kristian antarabangsa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mengambil kesempatan daripada suasana kekeruhan yang berlaku untuk tampil dengan imej kononnya seorang negarawan sejati.

Ikatan Muslimin Malaysia melihat bahwa Konsensus Nasional tidak mungkin tercapai tanpa wujud kesetiaan sejati dan tidak berbelah bahagi di kalangan pelbagai kaum di negara ini, terutamanya pemimpin-pemimpin politik, badan-badan agama, NGO, aktivis sosial dan sebagainya kepada negara, prinsip-prinsip Perlembagaan dan dasar-dasar nasional serta mementingkan perpaduan nasional dari agenda sendiri.

Justeru, ISMA menyeru semua rakyat Malaysia dari pelbagai agama, bangsa, etnik dan keturunan supaya menolak tegas segala unsur-unsur agenda dan budaya asing yang boleh menghancurkan kerukunan dan keharmonian hidup bermasyarakat di negara kita yang tercinta ini.

Marilah kita seluruh rakyat Malaysia membina kemajuan dan kenegaraan berasaskan nilai dan prinsip kita sendiri dan seterusnya meletakkan kepentingan agenda nasional mengatasi segala ketamakan kelompok.

USTAZ ABDULLAH ZAIK BIN ABD RAHMAN
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE