PARADIGMA POLITIK BARU

Nurul Izzah Bakal Bercerai ?

AIDCNews – 24/1/14 – Topik Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bakal bercerai menjadi fokus utama di ruangan siber, lapor The Star Online.

Nurul Izzah dilaporkan telah meminta izin Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk melakukan ‘fasakh’ terhadap suaminya pada akhir Disember tahun lalu.

‘Fasakh’ bermaksud ‘pembatalan perkahwinan’ melalui permohonan isteri kepada Mahkamah Syariah setelah suami enggan menceraikannya dan hakim akan memutuskan untuk pembatalan berdasarkan alasan-alasan yang munasabah.

Semakan rekod mahkamah itu oleh The Star Online menunjukkan bahawa kes perceraian wujud di antara Nurul Izzah dan suaminya.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan dan telah meminta penangguhan dua minggu untuk beliau membalas hujah tersebut.

Kedua-dua Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar tidak bersedia untuk komen mengenai tindakan perceraian yang dikatakan itu, lapor The Star.

Apabila The Star Online menghubungi Nurul Izah pada 11:40 Khamis, telefonnya berdering dua kali dan telefon itu dimatikan.

Sekitar tengah hari, Nurul Izzah telah tweet bahawa dia menghadiri program ‘Persidangan Tinjauan Strategik’, Asli ke-16.

Satu sumber memaklumkan kepada AIDCNews, Nurul Izzah juga mempunyai hubungan baik dengan seorang pemuda lain yang bernama Anas Alam Faizli.

Namun, tidak dapat dipastikan adakah kerana hubungan dengan lelaki itu menyebabkan Nurul Izzah menuntut cerai dengan suaminya.

Nurul Izzah, 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, telah berkahwin pada 9 Mei 2003.

Upacara perkahwinan telah diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan anak lelaki berusia empat tahun.

3 Comments

  1. Amin says:

    Bapak dia cerai beraikan umat2 Islam dinegara ini, sekarang hukum karma mencerai beraikan keluarga dia sendiri.

    Nampak2 kejatuhan Keluarga Setan Anwar Ibrahim hampir tiba.

  2. USIN LEMPOYANG says:

    Para 4.5…’idulfitri bagi tahun 2013….akan beraya bersama Pihak Pertama…’. Kalau surat perjanjian ini asli, maknanya ia di deraf sekitar mungkin pada tahun 2012 atau paling kurang sebelum idulfitri 2013 lah?…Kehidupan berumahtangga memang banyak pancaroba. Sabar je lahh.

  3. ark says:

    Spesis suka bertukar pasangan.

Leave a Comment

 

— required *

— required *