PARADIGMA POLITIK BARU

Anwar semakin ghairah kumpulkan anugerah….Tokoh Demokrasi pula!

Anwar Robert Murdock
Robert Murdock dan Anwar Ibrahim dalam Persidangan Sedunia ke 40, IAPC, di Bali, Indonesia pada tahun 2007

Oleh Gelagat Anwar

Nampaknya, semakin dekat dengan tarikh pembicaraan kes sodomi, semakin
banyak ‘award’ yang Anwar kumpulkan, untuk diletakkan di kabinet di
Segambut. Diperhatikan secara halus, tindakan ini memang strategik dan
perlu. Manakan tidaknya, bila sampai tempoh dan waktunya – segala
anugerah yang Anwar kumpulkan inilah yang akan menjadi ‘shield’
kepadanya daripada kutukan masyarakat antarabangsa.


Anwar MESTI tunjukkan bahawa segala perbicaraan ini adalah
‘politically motivated’. Ini bukan soal prestij. Ini soal ‘sebat’ ajer
mana award yang ada.

Kepada yang rajin nak menyelidik dan menelusuri ‘entiti’ terkini
yang memberi anugerah kepada Anwar; namanya IAPC. International
Association of Political Consultants. Khabarnya ditubuhkan seawal tahun
1968. Dianggotai hampir 120 orang ‘political consultants’ daripada
berpuluh Negara. Ironinya, kalau kita tengok sebuah pertubuhan yang
hebat, pastilah website dan maklumatnya pun turut hebat. Sayangnya,
website IAPC cukup simple. Tak cukup maklumat. Tidak hebat. Tidak
menggambarkan sebuah organisasi ‘antarabangsa’ yang wujud hampir 40
tahun lebih.

Apa halnya? Betulkah IAPC ini sebuah organisasi
‘antarabangsa’.

Kita pun tak dimaklumkan tentang siapa ’120′ orang di sebalik IAPC.
Apa track record mereka? Apa kelayakan mereka? Kalau setakat nak letak
‘international’, siapa pun boleh. Soalnya, kenapa Brother Anwar sanggup
menggadai diri untuk menerima anugerah yang ‘semberono’ ini. Untuk apa?
Untuk pembuktian apa? Untuk tujuan apa?

Majlis IAPC diadakan secara cukup ‘grand’ di Selangor. Almaklum,
mahu berkongsi kegembiraan Penasihat Ekonomi yang diangkat sebagai
Juara Demokrasi. Hari tu, Pemikir Sejagat. Bermacam gelaran nampaknya
yang diterima Anwar kebelakangan ini.

Bagi mencari maklum balas dalaman daripada orang PKR sendiri, blog
ini pun menelefon rakan-rakan pimpinan di dalam PKR. Mereka sendiri pun
tak tahu dan tak faham dengan KEGILAAN terbaru Anwar untuk mengumpul
anugerah. Pada mereka, fokus Anwar wajar lebih tertumpu kepada
pembaikan Muafakat Politik yang masih di peringkat ‘setengah masak’.
Ini pandangan orang PKR sendiri. Jadi, kita wajar menganggap kegilaan
Anwar terhadap anugerah ini adalah ‘penyakit berkala dan bermusim’.
Adakala HINI. Adakala benda lain. Kali ini Anwar heboh nak mengumpul
anugerah dan award. Nak buat Guiness Book of Record?

Satu lagi perkara yang menjadi kerunsingan orang PKR adalah
kegagalan Anwar mengawal sikap PAS. Anwar nampaknya masih ada masalah
dengan leadership PAS. Masih ada ‘tidak enak’nya dengan Hadi dan Ustaz
Nasa. Nampak sangat, kata orang PKR, bahawa Anwar lebih menyantuni TG
Nik Aziz daripada Presiden PAS.

Dalam ucapan pun begitu juga bunyinya.
Anwar nak buktikan apa? Apakah Anwar mahu memberi mesej bahawa dia
lebih ‘terikat’ dengan Nik Aziz berbanding Hadi? Semua ini berlegar di
dalam pemikiran warga PKR kerana konvensyen yang diadakan baru-baru ini
BENAR-BENAR membuktikan bahawa Anwar tidak begitu rapat dengan Hadi.

Justeru, tidak ada yang TERLALU perlu Anwar banggakan dengan
Anugerah Juara Demokrasi ini. Kepada warga PKR sendiri, parti itu juga
tidak demokratik. Semuanya disusun oleh Anwar dan Azmin.

Yang terbaru,
Zaid Ibrahim pula dirujuk sebagai seorang penyelamat kepada PKR. Mereka
khuatir, sebuah parti yang dipimpin oleh Juara Demokrasi – tidak
demokratik sifatnya. Bukankah itu sesuatu yang amat memalukan.

Blog ini sekadar melaporkan pandangan kawan-kawan di dalam PKR sendiri yang semakin kabur dengan perjuangan mereka.

sumber – gelagat anwar

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *