PARADIGMA POLITIK BARU

Anwar Mahu Hapus Institusi Islam ?

AIDCNews – 3/1/14 – Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menganjurkan gerakan mempertahankan Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai resolusi penyelesaian di atas dakwaannya berlakunya pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

“Islam agama persekutuanlah yang menyebabkan kita meletakkan ada kedudukan Mahkamah Syariah. Tapi, Islam Agama Persekutuan yang dilihat dengan Perkara 11 menjamin hak bukan Islam untuk merujuk kes mereka ke Mahkamah Sivil.

“Dan, err..oleh yang demikian orang bertanya, “Kalau begitu mengapa kita harus defensif atau apologetic tentang Perkara 11?”. Bagi saya, orang Islam umumnya harus mempertahankan prinsip itu kerana prinsip itu tidak bercanggah dengan Islam. Tetapi di Malaysia, Perkara 11 itu harus dilihat pada keseluruhannya. Tetapi, bagaimana kalau ia menyentuh kedudukan bukan Islam. Orang bukan Islam harus dijamin hak mereka untuk dirujuk kes mereka kepada Mahkamah Sivil.

“Jadi, dua sistem perundangan, kemudian satu sistem terpaksa tunduk kepada satu sistem yang lain, itu meremehkan. Pada saya, lebih baik jangan ada langsung Mahkamah Syariah,” kata Anwar dalam program “Menjana Perubahan Cabaran Umat,’ anjuran Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (SHURA) di Hotel De Palma, Ampang, 2006.

Ketika itu berlaku dua kes besar iaitu kes murtad Lina Joy dan kes Mohamad Abdullah atau M.Moorthy.

Kes Lina Joy merujuk kepada kes Azlina Jelani yang mahu menghilangkan perkataan agama Islam dalam kad pengenalannya selepas berkahwin dengan seorang pemuda Kristian, namun permohonannya tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana dia tidak ada dokumen daripada Mahkamah Syariah yang membenarkannya keluar Islam.

Kes Mohamad Abdullah (M.Moorthy) merujuk kepada kes tuntutan mayat seorang pendaki Gunung Everest yang menjadi rebutan dua pihak iaitu keluarganya (beragama Hindu) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Keluarganya mendakwa Moorthy beragama Hindu, sebaliknya, JAWI pula mendakwa Moorthy telah memeluk agama Islam sejak 8 Mac 2005 dengan menggunakan nama Mohammad Bin Abdullah dan mayatnya mesti dikebuminya mengikut cara Islam.

Kedua-dua kes itu berpihak kepada Islam kerana Artikel 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewartakan Mahkamah Tinggi Sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Aktivis Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan mempertikaikan Artikel 121 (1A) dan menyuarakan bantahan supaya Artikel itu dimansuhkan.

Selepas dipilih menjadi Presiden Majlis Peguam, Ambiga menganjurkan satu forum bertajuk “Conversion to Islam: Article 121 (1A) of the Federal Constitution: Subashini and Shamala Revisited” yang dibantah umat Islam.

Anwar pula ketika itu tidak senada dengan sentimen umat Islam, sebaliknya Ketua Umum PKR itu mencadangkan agar umat Islam menjunjung Perkara 11.

Perkara 11 bermaksud Kebebasan beragama :

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Lampiran ucapan Anwar Ibrahim di majlis SHURA, 2006

Ermm..saya harap pandangan saya ini tidak…tidak dianggap terlalu kontroversial, saya tidak..jadi bukan..bukan saya tidak bermaksud menggunakan majlis ini untuk menimbulkan apa-apa kontroversi tapi saya tidak mahu dianggap nanti hanya menggunakan majlis kepada bukan Islam untuk menjelaskan tentang Islam itu toleran dan harmonis, tetapi saya rasa bertuah pada pagi ini, tengah hari ini kerana diberi kesempatan oleh Ustaz Abdul Ghani.

Dan ini ada kaitannya dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Islam agama persekutuanlah yang menyebabkan kita meletakkan ada kedudukan Mahkamah Syariah. Tapi, Islam Agama Persekutuan yang dilihat dengan Perkara 11 menjamin hak bukan Islam untuk merujuk kes mereka ke Mahkamah Sivil.

Dan, err..oleh yang demikian orang bertanya, “Kalau begitu mengapa kita harus defensif atau apologetik tentang Perkara 11?”. Bagi saya, orang Islam umumnya harus mempertahankan prinsip itu kerana prinsip itu tidak bercanggah dengan Islam. Tetapi di Malaysia, Perkara 11 itu harus dilihat pada keseluruhannya. Tetapi, bagaimana kalau ia menyentuh kedudukan bukan Islam. Orang bukan Islam harus dijamin hak mereka untuk dirujuk kes mereka kepada Mahkamah Sivil.

Jadi, dua sistem perundangan, kemudian satu sistem terpaksa tunduk kepada satu sistem yang lain, itu meremehkan. Pada saya, lebih baik jangan ada langsung Mahkamah Syariah.

Tapi saya ingin menganjurkan bahawa masyarakat Islam juga pertahankan Perkara 11 dalam konteks kita tidak pernah pertikai hak orang bukan Islam untuk menganut agama mereka sendiri, bahkan ada usaha-usaha untuk menggalakkan. Saya berpendapat, orang Cina yang mengamalkan fahaman Confucius, lebih baik dia faham Confucius daripada tidak. Moralnya, prinsipnya, kemuliannya, toleransinya, kerana itu yang diajar oleh Confucius.

Jadi, Perkara 11 bagi saya harus kita pertahankan kerana dalam Perlembagaan menjamin hak beragama. Kita tak perlu umpamanya terikat dengan kelompok yang keras pandangan mereka. Ramai daripada kawan-kawan saya di kalangan Cina dan India, yang ada hubungan baik dalam Keadilan atau luar Keadilan. Dalam Keadilan, perkara ini dibincangkan dan saya jelaskan. Jadi, kalau kita dapat bawa hujah ini, maka kita tidak dapat, tidak perlu re-act kepada inisiatif kumpulan yang ada prasangka terhadap sesiapa atau ditafsirkan mempunyai prasangka.

Kita mahu anjurkan satu inisiatif baru yang tidak prasangka kepada orang bukan Islam. Tapi untuk menunjukkan bahawa kita faham, menghormati dan mempertahankan prinsip Islam dan prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan.

Saya tahu masalah ini, ermm..saya pun mengambil agak..masa yang agak panjang juga untuk memberi penjelasan dan tidak respon awal. Ada rakan-rakan yang datang ke rumah dan menanyakan hal ini dan minta saya terlibat secara langsung dalam beberapa protes dan saya beri pandangan pada mereka bahawa tanggungjawab saya ialah untuk membantu untuk mencari penyelesaian. Walaupun saya menghormati kalau ada orang mengemukakan pandangan. Tapi kalau pandangan umpamanya kita nak kemukakan dengan maksud menghina dan meremehkan agama lain, itu pun tidak tepat.

Sepertimana juga ada orang bawa cadangan lain untuk Suruhanjaya Agama tapi persepsi masyarakat Islam ialah bahawa tujuannya itu untuk meremehkan dan mempertikaikan dan menghina Islam. Sama. kita tidak mahu orang Islam menganjurkan satu dialog untuk menghina agama lain atau merendahkan martabat mereka tetapi kita harus anjurkan perbincangan sepertimana kita telah lakukan sejak dalam ABIM, lebih 25 tahun yang lalu dalam membicarakan soal Islam dalam masyarakat majmuk atau dalam dialog Islam dan Confucius, atau dalam cadangan ataupun usaha kita menggalakkan hubungan antara kaum Islam dan Katolik, Kristianiti dan sebagainya.

Dan ini pada faham saya, semangat yang jelas dalam 121 (1A). Jadi, saya ingin menganjurkan selain daripada badan-badan Islam supaya berganjak sedikit daripada hujah yang nampak seolah-olah dalam keadaan tertekan untuk memberikan jaminan tentang kebebasan ini dengan jelas. Di samping itu menganjurkan kepada kawan-kawan kita kerana jangan kita ambil sikap dan kedudukan sehingga kita mengasingkan seluruh kelompok bukan Islam ini kerana ramai di kalangan bukan Islam yang bersedia berhujah dengan kita.

PAS Sudah Tahu Anwar Bawa Agenda Liberal Sejak 2006

Anwar Sokong Hujah ‘Ulama’ Liberal

4 Comments

  1. Warisatuliman2010 says:

    A.w.w. handai taulan. Kalaulah ada undang2 yg halalkan darah al-Munafik ini, saya manusia yg pertama yg akan balun dia.

  2. Mr Y says:

    Huh… tak sudah-sudah mamat sekor ni.. bagi panas hati baca transkrip dia.. perancangan dibawah telunjuk CIA New World Order untuk hapuskan pengaruh Islam di Malaysia dari dalam selimut. Meluat betul dengar si petualang ni berucap.. Kalau bilis bilis berucap macam itu di mana-mana tempat dah pasti kena cekup..

  3. Tok selampit says:

    Sakit kuat orang tua ni. Bila nak makan obat?

  4. Amin says:

    Nik Aziz dan Hadi Awang benar2 sedang melacurksn Ugama Suci Islam sebabnya sekongkol dgn Iblis jadi-jadian.

    Itu pasal wajah Nik Aziz benar2 mirip kera nak mati dan Hadi Awang pula mempunyai wajah mirip Ikan Kerapu yang disumpah.

    Mereka berdua nanti berat nak jawab soalan diYaumal Masyar…

Leave a Comment

 

— required *

— required *