PARADIGMA POLITIK BARU

JAIS Di Bawah Kuasa Sultan, Bukan MB Selangor – Aziz Bari

AIDCNews – 3/1/14 – Tindakan meminta Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah tidak kena pada tempatnya, kata Pofesor Abdul Aziz Bari.

Ini kerana, kata Abdul Aziz, JAIS di bawah bidang kuasa Sultan Selangor dan bukannya kerajaan negeri.

Abdul Aziz dilaporkan Malaysiakini berkata JAIS adalah badan pelaksana MAIS (Majlis Agama Islam Selangor), satu institusi yang berada di bawah bidang kuasa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam peringkat negeri.

Mereka … perlu faham bahawa perlembagaan , Islam adalah satu perkara yang di bawah kuasa Sultan dan dia boleh bertindak dengan atau tanpa nasihat MB.

“Jika Sultan memutuskan untuk tidak berbuat apa-apa, MB atau majlis exconya boleh berbuat sesuatu. Walau bagaimanapun, sekiranya Sultan bertitah, arahan MB perlu diabaikan,” katanya.

Selain menafikan penglibatan kerajaan negeri, Abdul Aziz Bari cuba menimbulkan persepsi kononnya kerajaan persekutuan berlindung di belakang kerajaan negeri Selangor dalam serbuan JAIS itu.

Abdul Aziz mengaitkan kehadiran dua orang anggota polis yang ‘membuktikan’ bahawa kerajaan persekutuan turut terlibat di dalam serbuan tersebut.

“Jika begitu persoalan Abdul Aziz, adakah setiap serbuan mencegah khalwat oleh semua jabatan agama di negara ini yang juga dihadiri pegawai polis juga ada wujud kerajaan persekutuan sebagai dalangnya? Jangan dilupa, Sultan merupakan ketua agama bagi kerajaan negeri tetapi Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Agama Islam Bagi Persekutuan.

“Jadi tidak timbul persoalan kehadiran dua pegawai polis berkenaan sebagai bukti wujud campurtangan kerajaan persekutuan,” ulas mynewshub.

Bishop Jesuit, Dr Paul Tan Chee Ing

Sementara itu, Paderi Jesuit, Dr Paul Tan Chee Ing dilaporkan Malaysiakini berkata hanya Perdana Menteri Malaysia sahaja yang dapat menyelesaikan perkara ini.

“Hanya seorang yang mampu menghentikan kegilaan ini dan beliau ialah Perdana Menteri.

“Tetapi, saya takut beliau (Najib) terlalu pengecut untuk melakukan apa-apa dan ia bermakna hubungan Muslim dan Kristian yang telah pun mula meruncing sejak tiga tahun lalu ini bakal menjadi lebih teruk,” katanya yang juga ketua Gereja Katolik keuskupan Melaka-Johor itu hari ini.

Kalimah Allah : Bishop Jesuit Gereja Lega Sokongan PAS

‘Muzakarah’ PAS-Kristian Untungkan Islam ?

Siapa Di Belakang Agenda Aziz Bari & IDEAS ?

Kalimah Allah : Perancangan Jesuit & Anwar – Yuktes Vijay

Peletakan Jawatan Archbishop Pakiam Untuk Tamatkan Isu Kalimah Allah ?

8 Comments

  1. Gua says:

    Kalau MB kena akur dengan titah Sultan Selangor, PM kena patuh titah dari DYMM Yang Dipertua Agong. Sebab tu kafir tak suka kepada raja-raja Melayu.

  2. Gua says:

    Kalau tak silap aku. masa Mat Sabu kena tangkap khalwat dulu2, MAIK dan POLIS yang serbu bilik 121 tu.

  3. Mr Y says:

    Senang-senang bishop tu boleh kata PM pengecut… boleh belahlah… tangkap bawah akta hasutan.. atau apa-apa peraturan yang menghukum individu yang menyerang peribadi PM. Buang negeri pun elok juga. Dah banyak lemak sangat dimanjakan oleh Pakatan Rakyat PAS PKR DAP..

  4. Mr Y says:

    Memang mereka merancang untuk wujudkan huru hara melalui penggunaan kalimah Allah ini. Arahan dari bekas bos-bos CIA yuktes vijay supaya Malaysia kucar kacir konon kerajaan zalim dan menindas puak minoriti. Walhal puak minoriti yang melanggar undang-undang dan melampau. Bila kena dakwa mereka kata undang-undang dah lapuk kuno dan menyalahi hak asasi manusia. Skrip pembangkang yang diulang-ulang sejak si juburi dipecat dulu… kan.. kan..

  5. samagreen says:

    Ni perkara enteng > Aziz Bari buat2 bodoh atau memang bodoh.

    Sebagai pemegang kuasa eksekutif negeri, MB boleh minta PBM (termasuk rakyat umum) hormat arahan Sultan > walopun dia tak ada kuasa ats JAIS …… lainlah kalo dia sendiri ‘penderhaka’; tak ada semangat pembela.

    Harap-harap tak ada lagilah pembesar Islam yg menderita koro!!

  6. Pegi mampos la nk meruncong ke nk apa…dh org kata tk blh guna jgn la guna hormat la sikit…kita org Islam tk penah pun nk ganggu ugama laen

  7. Lim Lynn says:

    JAIS dah lama bawa kuasa Sultan, penasihat agama Islam adalah Yang Di Pertuan Agong; dan Jesuit Vatican Switzerland ingin menguasai Malaysia? US Egypt, British Libya, Russia Syria.

  8. Bongex says:

    Tugas POLIS …
    Sekiranya serbuan di buat tanpa ada nyer POLIS..macamana ???
    Tak pasal2 pegawai2 tu kena beduk ker, kena parang ker, kena tembak mati ker…cuba la UTAMAKAN soal keselamatan dulu….nama pun buat SERBUAN.

Leave a Comment

 

— required *

— required *