Anwar Ibrahim : 7 Lelaki Anugerah Tuhan


AIDC Reveal – Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Anugerah Tuhan’. Dari segi bakat kepimpinan, kebolehan berpidato hinggalah kepada naluri seks luar biasa, semuanya ‘Anugerah Tuhan’.

Mesej tersembunyi isterinya itu, ‘terimalah Anwar seadanya’, walaupun pernah didakwa di mahkamah berkenaan aktiviti seks luar biasanya, biseksual dan homoseksual, kerana semua itu adalah ‘Anugerah Tuhan’. Tidak dapat diubah lagi kerana itu sudah suratan takdir kepadanya.

Bakat Anwar Anugerah Tuhan

Dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera). Menamatkan pengajian di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1971 setelah lima tahun menuntut di universiti itu.

Semasa di UM, aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Dari tahun 1968 menjadi Presiden PBMUM dan PKPIM, selepas itu menumpukan perhatiannya kepada PKPIM dari tahun 1968 hingga 1971.

Selepas menamatkan pengajian di UM, beliau membuka sekolah swasta, Yayasan Anda di Bangunan Sri Pantai Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur (bersebelahan UM), di mana beliau menjadi pengetuanya. Semasa di Yayasan Anda, aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi Presidennya dari tahun 1972-1982.

Tidak seperti diramalkan oleh Subki Latif dalam bukunya “Siapa Ganti Asri’ yang menggelarkan Anwar sebagai ‘Pemimpin al Khahfi’, bakal Presiden PAS menggantikan Datuk Mohd Asri Haji Muda, Anwar memilih UMNO sebagai flatform politiknya.

Menurut sumber, kemasukan Anwar ke dalam UMNO dicatur oleh mentornya, Dr Ismail Faruqi, pensyarah Universiti Temple, Amerika Syarikat.

Di dalam UMNO, kenaikannya secara mendadak. Dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982-83), Menteri Belia dan Sukan (1983-85), Menteri Pertanian (1985-86), Menteri Pendidikan (1986-1990), Menteri Kewangan (1990-1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993-1998).

Akhirnya dipecat daripada UMNO pada 2 September 1998, kerana salah guna kuasa dan mengamalkan seks luar biasa, biseksual dan homoseksual.

Bermentorkan Ismail Faruqi

Semasa di kampus lagi, ketika aktif dalam PKPIM, Anwar sudah dikesan bakat kepimpinannya oleh agen-agen perisikan antarabangsa khususnya CIA.

Pada tahun 1967, Anwar sudah mengenali Nurcholish Madjid (Cak Nur), ketika menghadiri latihan perkaderan anjuran Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) di Penkalongan, Jawa Tengah, Indonesia. Ketika itu, Nurcholish, Pelopor Pluralisme Agama Indonesia adalah Presiden HMI.

HMI adalah pertubuhan yang meniru idea pembaharuan Islam Turki yang pernah dilakukan Rifaah Ath Tahtawi (1801-1873), di Turki yang menjadi perintis kepada kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniah dan membangkitkan pemimpin Islam modenis dikenali sebagai Mustafa Kamal Ataturk.

Nurcholish adalah anak murid Fazlur Rahman dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat yang membangunkan HMI dengan mempopularkan konsep sekularisasi dan pluralisme. Fazlur juga merupakan kawan rapat kepada Ismail Faruqi dari Universiti Temple, Amerika Syarikat.

Menurut Peter Dale Scott dalam laporannya “The United States and the Overthrow of Sukarno, 1965-1967″, HMI merupakan salah satu instrumen yang dibantu CIA untuk menumbangkan Sukarno. Ketika itu misi CIA adalah memerangi komunis (Cold War) dan Sukarno dilabel sebagai salah seorang tokoh pro-Komunis di Indonesia. Klik di sini

Modus operandi CIA menumbangkan Sukarno, termasuk menaja persatuan pelajar termasuk HMI yang dianggap salah satu tenaga pendesak terpenting.

Di Malaysia pula, Anwar Ibrahim dijadikan ‘tool’ untuk melumpuhkan pengaruh pro-komunis di kampus yang dibayangi oleh Front Sosialis, pimpinan Kamaruzzaman Yacub dan Hishamuddin Rais. Klik di sini dan di sini

Anwar sendiri mengaku terlibat dalam rangkaian antarabangsa, sejak dari zaman pelajar, ketika diwawancara oleh Essop Pahad, editor The Thinker, sebuah majalah Afrika Selatan pada 6 Ogos 2009.

Anwar sendiri mengaku pernah menjadi Ahli Lembaga Ekskutif Pusat, WAY (World Assembly of Youth), sejak dari tahun 1970, ketika masih menuntut di UM. WAY merupakan organisasi belia tajaan CIA yang berpengakalan di Belgium.

Selepas meletakkan jawatan dalam WAY, beliau aktif pula dalam WAMY ( World Association of Muslim Youth) yang juga ditaja CIA melalui syarikat petroleum US-Arab bernama ARAMCO.

WAMY adalah sebuah Pertubuhan Belia Islam Sedunia, berpusat di Arab Saudi yang ditubuhkan pada tahun 1972. Badan ini dibangunkan oleh anak saudara Osama Ben Laden iaitu Abdullah ben Laden.

Tokoh-tokoh yang menonjol di dalam WAMY adalah Ahmad Totonji, Abdul Hamid Abu Sulaiman, Ismail Faruqi dan Jamal Berzinji yang kesemuanya warganegara Amerika Syarikat.

Kemudian Anwar bersama keempat tokoh tersebut menubuhkan sebuah NGO Islam bernama IIIT (International Institute of Islamic Thought), di Herdon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981.Klik di sini.

Punca sebenar kematian Ismail Faruqi pada tahun 1986 cuba ditutup rapat oleh kawan-kawan rapatnya, termasuk Anwar Ibrahim dari Malaysia. Anwar yang ketika itu Menteri Pendidikan memindahkan tenaga-tenaga IIIT, terutamanya Abdul Hamid Abu Sulaiman dan Jamal Barzinji ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan menggunakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan buku-buku positif mengenai Ismail Faruqi.

Namun pihak polis Philadelphia dan FBI di Amerika Syarikat mengesahkan faktor sebenar kematian Ismail Faruqi berpunca dari aktiviti homoseksual.Klik di sini dan di sini

Aktiviti Homoseksual Anwar Anugerah Tuhan

Sekarang Anwar masih menghadapi pertuduhan di mahkamah ekoran aktiviti meliwatnya terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kes yang bermula pada 7 Ogos 2008 di di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta kemudian dipindah ke Mahkamah Tinggi pada tahun 2009, belum selesai hingga ke hari ini.

Namun dakwaan Anwar melakukan aktiviti homoseksual bukanlah perkara baru, kerana pada 8 Ogos 2000, Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan Anwar bersalah meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Adik angkatnya, Sukma Darmawan yang didakwa sebagai rakan subahat turut didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun dan sebatan empat kali.

Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dan Sukma pada 2 September 2004 sebulat suara mengesahkan mereka turut mempercayai kejadian liwat di antara Anwar, Sukma dan Azizan di Tivoli Villa benar-benar berlaku.

Keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004


Mahkamah Persekutuan mengambil keputusan majoriti 2-1 membebaskan Anwar dan Sukma kerana alasan teknikal iaitu berkenaan faktor tarikh dan elemen suka sama suka.Klik di sini

Semasa dibicarakan di mahkamah, selain Sukma dan Azizan, beberapa nama lain turut disebut iaitu Dr Munawar Anees, Meor Abdul Razak, Ismail Harun dan Hairani Hj Nahfis.

Dr Munawar Aness, seorang rakyat Pakistan, warganegara Amerika Syarikat dilantik Anwar sebagai penulis ucapan yang dibayar gaji melalui Real Mild Sdn.Bhd sebanyak RM 60 000 setahun serta kemudahan kereta secara percuma.

Pada 19 September 1998, Dr Munawar A. Anees mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur melakukan aktiviti seks luar tabie bersama Anwar dan dihukum penjara enam bulan.

Meskipun, Dr Munawar kemudiannya merayu untuk membuang frasa aktiviti homoseksual dengan Anwar di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan namun sehingga kini frasa itu masih kekal, kerana rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan juga gagal.

Selepas itu, Dr Munawar meninggalkan Malaysia dan bermastautin di Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Sukma Darmawan yang turut meninggalkan negara ini dan kembali ke negara asalnya, Indonesia.

Seperti yang diakui oleh Anwar sendiri semasa diwawancara oleh wartawan dari CNN, Lorraine Hahn bahawa pembebasannya itu disebabkan oleh ‘kompromi politik’, kes-kes liwatnya membabitkan Meor Abdul Razak, Ismail Harun dan Hairani Hj Nahfis turut digugurkan selepas itu. Klik di sini

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE