Noh : Kerajaan Perlu Bertindak Terhadap 54 NGO COMANGO

KUALA LUMPUR: Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan kerajaan diminta menyiasat 54 badan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini pada proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland esok.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata ROS dan kerajaan perlu bertindak segera ke atas NGO berkenaan sebelum perkara tersebut menjadi virus kepada negara ini.

“Saya percaya ROS ada senarai 54 NGO ini yang pergi ke Geneva, jadi kerajaan perlu ambil tindakan yang tegas terhadap mereka supaya virus ini tidak merebak yang boleh menggugat keselamatan kita,” katanya kepada pemberita tadi di Parlimen.

Noh menegaskan siasatan itu perlu kerana kesemua NGO itu didakwa mahu memperjuang isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT), yang jelas bertentangan dengan hukum syarak.

“Kita bimbang ancaman yang akan datang ialah daripada perpecahan agama ini, sebab sudah ada virus dan virus ini sudah masuk dan hari ini terbukti apabila sekumpulan rakyat Malaysia pergi ke Geneva untuk pergi ke sana dan membawa usul-usul hak asasi manusia.

“Kita tidak pertikai apa yang dia bawa cuma kita tidak mahu mereka membawa isu-isu yang sensitif melanggar hak orang Islam di negara ini contohnya isu LGBT. Perkara ini kita tidak boleh terima di Malaysia,” katanya.

Malah beliau mempersoalkan apakah tujuan sebenar pihak NGO tersebut yang didakwa tidak sensitif dengan perlembagaan dan perundangan Islam di negara ini.

“Mereka bawa lagi pula isu-isu yang kebebasan keadilan beragama, isu-isu ini kalau kita tengok perkara-perkara ini amat sensitif kerana kebebasan hak asasi di barat yang menggunakan akal tidak sama dengan negara kita dan budaya kita.

“Kalau mereka di barat, jangan jaga tepi kain orang, tapi di Malaysia kita ada larangan, kalau isu ini (LGBT) hendak dibawa ke sana, maka ini boleh mendatangkan kerunsingan kepada ulama kita,” katanya.

Difahamkan terdapat 13 usul akan dibentangkan esok oleh NGO COMANGO yang salah satunya ialah menuntut kebebasan LBGT di negara ini.

Berikut adalah di antara tuntutan COMANGO yang sudah pun diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ‘United Nation Human Rights Council, (UNHRC) dan dijangka akan dibahaskan esok:

1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).

2. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBTIQ – seks songsang!

3. Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini COMANGO turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti berleluasa)

4. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi.”

5. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!

6. Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia) – Antarapos

6 Responses to “Noh : Kerajaan Perlu Bertindak Terhadap 54 NGO COMANGO”

  1. Lim Lynn

    Oct 24. 2013

    LGBT memang tak baik malahan mereka dah semakin berani. NGO yang lawan Comango berhati-hati dalam Switzerland Octogon dan menang di mahkamah.

    Reply to this comment
  2. boss

    Oct 24. 2013

    pemimpin Islam dlm puak kerajaan dan pembangkang asyik nak jaga hati org kafir penyembah berhala je demi nakkan undi2mereka.. apa yang mereka nak diturutkan sahaja.. tgn org Islam juga yang meluluskan kebanyakan pembinaan tempat ibadat mereka.. last sekali agama Islam yang kita cintai tergadai sebab kita turutkan je tuntutan puak2 kafir ini..

    Allahu Akhbar Semoga Allah melidungi Malaysia..

    Reply to this comment
  3. Man Ali

    Oct 24. 2013

    Setuju.. Kerajaan perlu siasat perkara ni sampai lubang cacing dan lucutkan hak hak mereka sekiranya perlu. Suruh mereka cari negara yg membenarkan tuntutan ini dan tinggal disana. Fullstop.

    Reply to this comment
  4. basry

    Oct 24. 2013

    Nik Aziz dan Hadi Awang dari parti PAS diam sahaja tanpa suara.
    Mereka setuju ke dengan tuntutan NGO COMANGO, ataupun buat-buat tak faham sebab mahu menagih undi dari bukan Islam bertujuan kononnya memperjuangan Islam…? Nik Aziz dan Hadi Awang takut pada Ambeega kot..

    Reply to this comment
  5. Warisatuliman2010

    Oct 24. 2013

    A.w.w. handai taulan. Bila agaknya kerajaan dan pihak2 berkuasa tertentu yg ada kaitan dgn kes ini dapat dan mahu bertindak tegas? Cacing dah naik ke mata, api semakin merebak dlm sekam dan pengkhianatan tidak dikenakan sebarang tindakan tegas. Cukup2lah puak2 pembelot dan pengkhianat agama, bangsa dan negara ini diberikan ruang utk menggugat kedaulatan agama, bangsa dan negara!

    Reply to this comment
  6. maae

    Oct 23. 2013

    Kerajaan meman tidak patut sorong papan tarik papan. Apa yang boleh dan tidak boleh memang sudah jelas dalam Perlembagaan.

    Masa untuk berkeras dengan NGOs yang menyesatkan, anti Islam dan pro-pembangkang. Tidak tahu apa Kerajaan Najib fikirkan. Kadang-kadang terlalu bersikap prejudis terhadap Melayu dan Islam ! Lambat sekali tindakan.

    Kenapa begini ? Tidak kah tahu membezakan hitam dan putih ? Ulama pro kerajaan sudah di iktiraf. Kenapa tidak dengar suara mereka ?

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE