Saman Isu 13 Mei : Zam Jawab Kit Siang

Zainuddin Maidin – Sebagai seorang bekas wartawan yang berjaya dalam politik, Lim Kit Siang (LKS) sewajarnya memahami posting saya (3 September 2013: Patutlah Tanda Putera Haram dan Jijik Di sisi Lim Kit Siang dan Anaknya) yang memberikan implikasi beliau bertanggungjawab menyebabkan penyokong-penyokong DAP menghalau orang Melayu balik kampung sehingga mencetuskan rusuhan 13 Mei.

Sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengaruh, beliau  tidak  semestinya tidak dapat berfikir bahawa trajedi itu boleh berlaku sekalipun beliau bertanding di Melaka dan tidak berada di Kuala Lumpur.

Apa yang saya maksudkan ialah kejadian itu adalah  accumulative dari tindakan, ucapan dan kenyataan demi kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang bersifat instigate,agresif dan provokatif dalam mempromosikan konsep Malaysian Malaysia yang diwarisi dari PAP. 

Hal ini telah membakar perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan mereka merasa terancam dan tidak lagi selamat berada di bawah Perlembagaan Persekutuan. Jika LKS mahu melihat semua ucapannya yang bersifat demikian, boleh saya tunjukkan kerana ada dalam simpanan saya.

Kemuncaknya adalah pendarahan negara dari rakyat tidak berdosa.

Walaupun Lee Kuan Yew gagal dalam mencapai hasratnya semasa dalam Malaysia tetapi sekam yang dibakarnya akhirnya telah marak menyala dan memberikan kejaayan besar kepada DAP dan Gerakan dalam pilihanraya 1969 sehingga kerajaan terpaksa meminda akta hasutan untuk menyelamatkan MCA dan MIC dari menjadi lemah kerana terpaksa berada di pihak kerajaan atau UMNO untuk mempertahankan Kontrak Social dan Perlembagaan Persekutuan (Lim Kit Siang sila baca The Reluctan Politician  oleh Tun Ismail muka 237).

Langkah LKS untuk mengambil tindakan saman terhadap Utusan Melayu dari masa ke semasa dan khususnya kali ini terhadap saya sebenarnya meneruskan perbuatan yang diperkenal dan dirintis Lee Kuan Yew terhadap media Malaysia untuk menutup suara demokrasi rakyat.

Dalam tahun 1964 beliau menginisiatifkan saman terhadap Utusan Melayu kerana sebuah berita menuduhnya komunis (Utusan terpaksa meminta maaf dan juga membayarnya sebanyak 85.0000 dollar) dan beberapa tahun kemudiannya setelah Singapura keluar dari Malaysia, dia menyaman pula akhbar  The Star. Jika tidak silap ingatan saya Star membayarnya RM 300,000.

Budaya mengancam dan mengugut untuk menutup mulut media dan rakyat menerusi tindakan undang undang inilah yang diimport oleh DAP dari Singapura.

Jika LKS yakin tindakan saman boleh menegakkan kebenaran maka terserahlah kepada beliau tetapi keyakinan manusia tidak boleh dihapuskan dengan saman dan sejarah juga tidak boleh diputarbelitkan dengan kemenangan di mahkamah.

Sesungguhnya saya amat tersinggung dengan tuduhan palsu Lim Kit Siang bahawa kecaman saya terhadapnya bertujuan mencari populariti atau mahu mendapatkan undi besar dalam pemilihan MKT UMNO tidak lama lagi. Saya tidak bertanding apa apa jawatan pun. LKS menyamakan saya dengan Dr. Fuad Zakarshi yang masih aktif dalam UMNO.

Saya anggap ini sebagai suatu usaha untuk mencemarkan nama saya kerana sejak bersara saya tidak lagi mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan politik UMNO di peringkat cawangan, bahagian atau pun Pusat. Saya cuba sedaya upaya untuk hidup dengan kemuliaan sebagai wartawan bebas dengan bantuan wang persaraan dan penulisan.

Untuk pengetahuan LKS, saya tidak memegang sebarang jawatan dalam UMNO, kerajaan atau mana-mana koporat atau syarikat perniagaan kecuali menjadi Karyawan Tamu kepada Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Universiti Utara Malaysia (IPDM UUM).

Saya tidak berminat dalam politik kecuali menjadi pemerhati dan penulis politik dan lain-lain dan saya sedang menulis buku ” Saya Bukan Menteri” untuk IPDM.

Jika Lim Kit Siang mahu menyaman saya maka saya bercadang untuk mengambil Karpal Singh sebagai peguam saya jika dia mahu memberikan khidmat secara percuma kerana saya percaya dalam keadaan apa pun dia berpegang kepada prinsip-prinsip demokrasi.

3 Responses to “Saman Isu 13 Mei : Zam Jawab Kit Siang”

  1. alimedanbaru

    Sep 11. 2013

    Aku dengan tulus iklas mendoakan kematian Lim Kit Siang agar aman negara ini dan bangsa Cina boleh hidup macam adik abang dgn orang Melayu spt dlm filem P.Ramli dgn tiada lagi manusia penghasut dan pemecahbelah keharmonian kehidupan damai berbilang kaum di negara ini. Mamposlah kamu LKS.

    Reply to this comment
  2. Lim Lynn

    Sep 10. 2013

    Dah biasa pihak Komunis censor berita sebenar yang laporkan fakta tentang sejarah Komunis kena hentam dengan bayaran yang begitu lumayan sekali.

    Reply to this comment
  3. Yeopkgb

    Sep 10. 2013

    Kalau ambil karpal jd peguam bela….ada peluang la anwar nk minta tangguh kes dia nanti..pasai peguam dia bz…hehehehe…

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE