Seorang ADUN Sabah Akan Keluar PKR ?

AIDCNews – 03/09/13 – Semenjak Datuk Seri Lajim Ukin dilantik menjadi Pengerusi PKR Sabah, desas desus semakin kencang bertiup bahawa seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah akan meninggalkan parti itu dan menyertai salah satu kompenan parti Barisan Nasional (BN) negeri itu.

Blog beritapiasaukotabeludsabah melaporkan ADUN PKR yang dimaksudkan itu adalah ADUN Kadamaian, Jeremy Malajad yang dijangka bakal menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup

“Perkhabaran ini juga menjadi senyuman kepada para pemimpin sayap Parti PBRS di Kawasan Kota Belud dan menambahkan ADUN dari Kalangan parti ini di Dewan Undangan Negeri Sabah, kerana Parti PBRS menjadi pilihan kepada ADUN N.7 Kadamaian menurut berita tersebut jika fantasi ini menjadi realiti maka parti yang bercirikan KDM (Kadazan Dusun Murut) terutama di Kadamaian akan menarik nafas kerana diwakili oleh ADUN di Kalangan pro kerajaan namun disebalik kegembiraan ini juga akan menjadi tamparan kepada Parti PBS yang masih mengintai mewakili calon PRU 14 di Kadamaian akan datang, sementara itu adakah tenaga kerja Pejabat UPKR Kadamaian turut bertukar atau ditukar ?, lapornya.

Desas desus itu semakin kencang, lapor FMT kerana Jeremy Malajad dilaporkan telah bertemu dengan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

Kurup dikatakan dijangka mengumumkan penyertaan Jeremy ke parti itu minggu depan.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE