KDN Akan Umum Senarai Nama Kongsi Gelap

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.

“Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini Isnin.

Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah,” katanya.

Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.

“Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak,” katanya.

Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.

“Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD).

“Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita,” katanya.

Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu.

EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan - Bernama

4 Responses to “KDN Akan Umum Senarai Nama Kongsi Gelap”

  1. Lim Lynn

    Aug 27. 2013

    Ini masalah yang dah lama jadi kerana angkara si Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng katakan musnahkan ISA. Sekarang adalah bagaimanakah kerajaan Malaysia kena menyelesai masalah yang diwujudkan oleh PSM DAP PKR PAS.

    Reply to this comment
  2. Anonymas

    Aug 27. 2013

    Cantas jangan tak cantas! Cantas jangan tak cantas! Cantas jangan tak cantas! ewah Cantas jangan tak cantas! Cantas jangan tak cantas!

    Reply to this comment
  3. alimedanbaru

    Aug 27. 2013

    Pinjam cakap abang Warisatuliman, ‘HAMLAU-HAMLAU’ terutamanya pemimpin India baik syorkan kepada kerajaan supaya hapuskan RUKUN TETANGGA dan hapuskan PERSATUAN PENDUDUK termasuklah RELA, supaya kongsi gelab India selesa dan bebas untuk mengganas dimana-mana penempatan penduduk. Lebih bagus cadangkan dikawasan penempatan India hapuskan Pondok Polis atau Balai Polis juga sebab kongsi gelab India boleh menjaga kawasan kediaman bangsa mereka sendiri… APA MACAM , BOLEH?

    Reply to this comment
  4. Warisatuliman2010

    Aug 26. 2013

    A.w.w. handai taulan. Hamlau-hamlau yg dulunya mendesak pemansuhan ISA masih tidak sedarkah bahawa peningkatan kadar jenayah sekarang adalah hasil daripada desakan mereka yg kononnya mahukan kebebasan yg lebih besar. Soalnya, apabila undang2 tegas tiada lagi utk mengekang kejadian2 jenayah berat termasuk yg mengancam agama, bangsa dan negara, semakin bermaharajalelalah penjenayah2 tegar itu beraja di mata bersultan di hati. Pihak berwajib juga perlu memastikan dalang sebenar di sebalik peningkatan kes2 jenayah berat di seluruh negara dikesan dan diadili. Harapan rakyat pada umumnya ialah ingin melihat seluruh negara lebih aman, kebebasan rakyat menikmati ketenteraman dan kemakmuran berpanjangan dan negara terlepas daripada segala bentuk ancaman dalaman dan luaran. Selain undang2 yg tegas, penguatkuasa undang2 juga perlu tegas sama agar penguatkuasaan undang2 dilakukan dgn berkesan. Wassallam.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE