Mentor Anwar, Ismail Al Faruqi dibunuh oleh Dajal kerana Gay ?

Ismail Al Faruqi (kiri) dikader di Universiti Temple. Anwar Ibrahim (kanan) dikader di Universiti Georgetown

Adakah benar agen Dajal yang telah membunuh Dr Ismail Al Faruqi, mentor Anwar Ibrahim yang juga seorang tokoh akademik yang didakwa hebat dalam dunia pemikiran Islam?

Sekiranya kita meneliti perkembangan dunia moden hari ini, Dajal yang dimaksudkan itu mungkin adalah Amerika dan puak Neocon Yahudi  (CIA, Mossad etc) yang menguasai dunia.

Namun kalau kita meneliti latar belakang Ismail Faruqi terdapat keraguan yang sangat jelas.  Sekiranya benar beliau dibunuh oleh agen Dajal Amerika/Israel, mungkin tidak mustahil, kerana tokoh pengasas IIIT itu juga adalah sebahagian daripada ‘Tool’ (alat) kepada Dajal yang berfungsi untuk memecahbelahkan dunia Islam.

Ibarat kata pepatah “habis madu sepah dibuang”.Seperti yang berlaku kepada Rafik Hariri di Lubnan dan Benazir Bhuto di Pakistan serta Osama Laden di Afghanistan.

Walau bagaimanapun, sewaktu perbicaraan kes pembunuhannya di Mahkamah Daerah Montgomery, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat telah muncul perkara mengejutkan yang menjelaskan punca sebenar beliau dibunuh, dan fakta itu di luar telahan pengikut fanatiknya di seluruh dunia Islam.

Hujah pembunuhan yang dibangkitkan di mahkamah adalah fakta, manakala yang lain-lain hanya lah bersandarkan teori peribadi.

Baca kembali artikel yang mengupas punca kematiannya [klik sini dan sini], sekaligus menolak sama sekali teori agen Dajal yang membunuh Ismail Al Faruqi dan isterinya, Lois Lamya Al Faruqi.

Dunia Islam yang berfahaman moderat memberi penghormatan besar kepada Ismail Faruqi walaupun Islam yang dibawanya adalah jauh berbeza dengan Islam yang dipraktikkan oleh kebanyakan penganut Islam di seluruh dunia. Seolah-olah Al Faruqi berjaya mempengaruhi minda sebahagian besar umat Islam dengan gagasan baru Islamnya.

Di Malaysia, individu yang bersungguh-sungguh menyebarkan pemikiran Al Faruqi adalah Anwar Ibrahim. Ketika berkuasa sebagai Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Anwar telah mengarahkan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) menerbitkan buku-buku terjemahan Al Faruqi ke dalam Bahasa Melayu supaya lebih ramai rakyat Malaysia akan jadi pemujanya.

Namun dari dulu hingga sekarang, Al Faruqi bukanlah mentor kepada PAS, malah aktivis PAS tidak menggunakan rujukan Al Faruqi, meskipun aktivis PAS itu pun berasal dari asuhan Anwar, ABIM.

Malah, bekas pegawai khas (agama) Anwar, ketika Anwar berkuasa dahulu, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, kini menjawat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengkritik pemikiran Al Faruqi yang menyimpang dari Islam sebenar.

Mufti Wilayah Persekutuan itu mengkritik pemikiran Al Faruqi berkaitan dengan Kalimah Allah. Al Faruqi berkata Kalimah Allah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan kecuali hanya satu kalimah untuk merujuk kepada “Dewa Air”. Klik di sini

Dan pemikiran Al Faruqi berkenaan Kalimah Allah ini diterapkan Anwar di Malaysia dalam memperjuangkan penggadaian Kalimah Allah’

Siapa Ismail Faruqi

Ismail Faruqi dilahirkan di Jaffa, Palestin. Ayahnya, Abd al-Huda al-Faruqi, merupakan seorang hakim Islam (kadi) dan tokoh agama di Palestin. Selain Ismail Faruqi mendapat  pendidikan agama dari ayahnya, beliau juga turut menimba ilmu dari Dominican Perancis College Dis Freres (St. Joseph), sebuah Kolej Mubaligh Kristian di Palestin pada tahun 1936.

Ketika Barat mengiktiraf Negara Israel  bertapak di bumi Palestin pada tahun 1948, Ismail  al-Faruqi telah berhijrah ke Beirut, Lubnan, untuk belajar di Universiti Amerika Beirut.

Penghijarahan  Al Faruqi ke Beirut, tidak ada kena mengena dengan penentangan kepada Negara Israel seperti yang didakwa oleh para pengikut Al Faruqi, tetapi untuk memperkukuhkan lagi missionari Israel, kerana universiti yang dipilih di Beirut itu juga merupakan rangkaian universiti yang dikontrol oleh rangkaian Jesuit.

Nama asal Universiti Amerika Beirut adalah Syrian Protestant College, universiti persendirian sekular yang didirikan oleh Mubaligh Protestan Amerika Syarikat ke Timur Tengah iaitu Daniel Bliss dan Henry Harris Jessup . Klik di sini

Seterusnya, Al Faruqi berhijrah ke Amerika Syarikat. menyambung pelajaran di Indiana University dalam bidang Sastera dan Sains dan memperolehi Master dalam bidang falsafah pada tahun 1949 di universiti yang sama.

Kemudiannya,  beliau diterima masuk ke Universiti Harvard salah satu daripada universiti daripada lapan buah universiti terkemuka di Amerika Syarikat yang terletak di Cambridge, Massachusetts. Memang sukar untuk memasuki universiti itu, kecuali individu yang istimewa sahaja.

Di Harvard, Al Faruqi belajar di Jabatan falsafah dan telah dianugerahkan MA kedua dalam falsafah pada Mac 1951, dengan tesisnya yang berjudul “Justifying the Good: Metaphysics and Epistemology of Value” (Memberi Alasan Terbaik: Metafizik dan Epistemologi Nilai).

Untuk peringkat Ph.D. beliau membuat keputusan untuk  kembali semula ke Indiana University dan membuat tesisnya di Jabatan falsafah serta menerima gelaran Ph.D pada bulan September 1952.

Pada tahun 1953, beliau dan isterinya (Lois Lamya) mengembara ke Syria. Kemudian ke Mesir , untuk menuntut di Universiti Al-Azhar (1954–1958).

Selepas itu, berhijrah ke Kanada dengan menjadi  Profesor Tamu di Faculty of Divinity (Fakuti Ketuhanan) McGill University. Fakulti Ketuhanan di Universiti McGill ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menyediakan golongan profesional Kristian yang pakar dalam perbandingan agama kerana fakulti itu membuat pengkhususan dalam bidang agama Buddha, Sejarah Gereja, Bioetika dan Perbandingan Agama, Hinduisme, Kitab Perjanjian Baru(New Testament), Kitab Perjanjian Lama (Old Testament) / Hebrew Bible, serta Falsafah Agama dan Teologi.

Semasa Al Faruqi berada dua tahun di McGill, beliau turut belajar teologi Kristian dan Judaisme (Yahudi) , dan berkenalan dengan ahli falsafah Islam dari Pakistan yang terkenal iaitu Fazlur Rahman yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di universiti itu.

Bermula pada tahun 1961, Fazlur Rahman kembali ke Pakistan kerana ditawarkan menjadi Pengarah satu pusat penyelidikan yang baru dbentuk oleh kerajaan Pakistan.

Pusat itu dinamakan Pusat Institut Penyelidikan Islam (Central Institute of Islamic Research) dan Fazlur turut melantik Al Faruqi kontrak selama dua tahun di pusat itu.

Pada tahun 1963, Al Faruqi kembali semula ke Amerika Syarikat dan menjadi Profesor Pelawat di Fakulti Ketuhanan Universiti Chicago.

Di antara tahun 1964 hingga 1968, al-Faruqi menjadi Associate Professor di Jabatan Agama, Universiti Syracuse, New York. Universiti Syracuse dihasilkan dari Persidangan Gereja Episcopal Mazhab Methodist.

'One World Religion' - moto Jabatan Agama Universiti Temple

Pada tahun 1968, Al Faruqi menerima tawaran mengajar di Universiti Temple di Philadelphia, Pennsylvania.

Al Faruqi mengajar di Jabatan Agama, Universiti Temple, yang dianggap sebagai Pusat Pengajian Yahudi (home of Jewish Studies), dan salah satu cabangnya adalah pengajian Islam, di mana Al Faruqi sebagai tenaga pengajarnya. Klik di sini

Al Faruqi mengajar di Temple sehingga hari pembunuhannya pada tahun 1986.

Sepanjang terlibat dalam dunia intelektual, Al Faruqi aktif dalam dialog antara agama khususnya Islam dan Kristian. Beliau juga terlibat dalam Persidangan Muslim, Yahudi dan Kristian serta menjadi Presiden American Islam Collegue di Chicago.

Al Faruqi juga merupakan salah seorang yang terkenal dalam mengagaskan idea Islamisasi ilmu dan menubuhkan International Institute of Islamic Thought (IIIT) pada tahun 198O, bersama-sama dengan Sheikh Taha Jabir al-Alwani, Dr Abdul Hamid Sulaiman dan Anwar Ibrahim.

Ismail Al Faruqi – ciptaan Dajal untuk menguasai dunia Islam ?

Walaupun beliau dianggap sebagai antara tokoh terhebat dalam dunia Islam sehingga mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia, namun harus diakui permulaan pendakian hidupnya hinggalah beliau dikenali ramai di seluruh dunia Islam telah banyak dipengaruhi oleh kuasa Barat Yahudi.

Walaupun beliau merupakan anak kepada seorang tokoh Islam di Palestin, namun latar belakang sejarah pendidikannya banyak dipengaruhi oleh kelompok Yahudi yang berhasrat mengkaderkan pengikutnya dari kelompok Islam supaya menjadi pengikut pro Zionis Israel.

Sebagaimana Mustafa Kamal Atarturk yang dibentuk oleh Yahudi semenjak dari usia muda untuk meruntuhkan Kesultanan Bani Uthmaniyah di Turki, sistem yang sama dikaderkan kepada Ismail Faruqi tanpa disedari oleh umat Islam.

Dan situasi ini juga berlaku kepada tokoh Islam dari Hamas, Skheikh Hassan Yosef di Palestin, apabila anaknya, Mosab Hassan Yousef digunakan Barat untuk menjatuhkan moral pimpinan Hamas di Palestin. Klik sini dan sini.

Sesungguhnya Yahudi seperti dikatakan di dalam Al-Quran sentiasa akan mencari jalan untuk meruntuhkan dan memecahbelahkan umat islam hingga ke hari kiamat.

Kuasa Uthmaniyah runtuh pada tahun 1924 di Turki gara-gara tipu muslihat Yahudi. Keruntuhan empayar Islam itu menyebabkan dunia Islam hilang pemimpin untuk mengekang asakan Barat itu.

Sebelum akhir Perang Dunia I, Palestin memang merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah. Namun British, di bawah Jeneral Allenby, telah berjaya mengalahkan pasukan Turki pada tahun 1917 dan menjajah Palestin dan Syria .

Semasa era penjajahan itu, British menawarkan habuan kepada bangsa Arab untuk menyokong mereka dalam peperangan meruntuhkan sistem pemerintahan Islam di Timur Tengah itu.

Penguasaan British di Palestin membolehkankumpulan Yahudi merangka jalan untuk penubuhan negara haram Israel berasaskan Perjanjian Balfour 1917, yang menyaksikan berpuluh ribu pendatang Yahudi mula memasuki Palestin pada tahun 1920. Perpindahan orang Yahudi itu dikendalikan oleh Persekutuan Buruh Umum Yahudi, yang dipilih dari kalangan Yahudi di seluruh dunia.

Situasi itu menyebabkan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan kelompok rakyat Palestin. Dalam beberapa kes, pembelian tanah oleh badan-badan Yahudi dari tuan tanah yang berakhir dengan penggusiran tuan-tuan penyewa iaitu orang Arab Palestin.

Mufti Jerusalem, Haji Amin Al-Husseini pada 25 November1941 telah diusir dari Palestin. Mulai saat itu, beliau secara rasmi mengisytiharkan dirinya berjihad melawan sekutu Barat kerana marah dengan tindakan Barat yang mengusir rakyat Palestin di buminya sendiri.

Namun anehnya. sewaktu kemuncak kemarahan umat Islam Palestin kepada kuasa Barat itu, Ismail Faruqi pula telah dilantik oleh kerajaan British untuk menjadi sebagai Pendaftar Koperasi Masyarakat (1942) di bawah pemerintahan Mandat British di Jerusalem. Seterusnya, pada tahun 1945, Ismail Faruqi dilantik pula sebagai gabenor di daerah Galilea.

Lantaran itu, timbul satu persoalan; bagaimana Ismail Al Faruqi dengan mudah mendapat kepercayaan kuasa Barat dan Yahudi, sedangkan pada waktu itu British dan Yahudi sedang menerima tekanan daripada umat Islam Palestin ?.

Adakah jawatan tersebut juga merupakan satu habuan sebagaimana janji yang diberikan oleh kuasa Barat sewaktu meraikan kejatuhan Uthmaniyah, yang membawa maksud Ismail Faruqi sendiri telah bersekongkol dengan Barat ?

Ketika menjawat jawatan pemberian British itu, mana mungkin, seorang tokoh pemikir Islam yang dikatakan hebat tidak menyedari Barat telah membawa masuk beramai-ramai imigran Yahudi dari bumi Eropah ke Palestin ?

Imigran Yahudi yang masuk ke Palestin hanya 83,790 orang pada tahun 1922 telah meningkat kepada 553,600 orang pada tahun 1945.

Lebih meragukan lagi, selepas agenda Yahudi berjaya memindahkan kaum Yahudi beramai-ramai ke Palestin, ketika Ismail Faruqi dilantik oleh British, Al Faruqi diberi ruang untuk melanjutkan pengajian di Universiti Amerika Beirut di Lubnan pada tahun 1948. Universiti itu pula merupakan Universiti Mubaligh Kristian.

Persoalannya, mengapa beliau memilih sebuah universiti yang jelas condong kepada Barat daripada melanjutkan pengajian di Universiti Islam di Timur Tengah ?

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyah di Turki telah menyebabkan mewujudkan gerakan Ihwanun Muslimin di Mesir yang kemudiannya menjalar ke seluruh dunia Islam yang jelas menolak agenda Barat di bumi Arab.

Kenapa Ismail Faruqi tidak dianggap sebagai lingkaran Ihwan Muslimin pimpinan Hassan Al Bana?

Di sini, wujud pelbagai persoalan kepada pemikiran sebenar tokoh tersebut.

Dari Beirut, beliau diberikan peluang melanjutkan pengajian ke Universiti Indiana yang merupakan pusat pengajian Yahudi tertua dan terbesar di dunia. Beliau dikatakan mendapat penajaan dari mubaligh Kristian untuk melanjutkan pengajian di universiti tersebut.

Dan dari situ, kemudian pihak Barat menghantarnya ke Universiti Havard dan diangkat sebagai ‘Tokoh Pemikir Islam Terhebat’ oleh orientalis Barat.

Kemudiannya, Universiti Indiana yang terkenal sebagai kubu pusat pengajian bangsa Yahudi telah menganugerahkan Ph.D kepada Ismail Faruqi. Klik sini

Bermula dari situ, Ismail Faruqi mula menyebarkan gagasan Pemikiran Islamnya hinggalah dilantik menjadi Ketua Pusat pengajian Islam di Universiti Temple hingga menjadi idola serta ‘mahaguru’ kepada ribuan cendekiawan moderat Islam (yang kini lebih dikenali sebagai Islam Liberal) di seluruh dunia Islam termasuk Anwar Ibrahim, Ketua umum PKR dan ketua ulama PKR, Dr.Muhd Nur Manuty dari Malaysia.

Berdasarkan himpunan hubungan dan penonjolan namanya oleh pihak Neocon Barat, timbul satu persoalan siapa sebenarnya yang merencanakan kewujudan tokoh tersebut.

Sekiranya benar beliau sememangnya merupakan tokoh pemikir Islam yang dirancang oleh Barat, adakah wajar umat Islam pada hari ini menjunjung pemikiran Islam gagasannya, dan menerima anak didiknya, Anwar Ibrahim sebagai ‘Utusan Tuhan’ untuk menyelesaikan permasalahan dunia Islam ?

4 Responses to “Mentor Anwar, Ismail Al Faruqi dibunuh oleh Dajal kerana Gay ?”

  1. KadukTechnoLogikal

    Jul 27. 2011

    sedar tak sedar….. jika kita membuat rujukan wikipedia nama mentor papa ini….. tiada sedikitpun pautan info tentang kes perbicaraan pembunuhan , nama sang pembunuhnya… apatah lagi maklumat keterangan mengapa si pembunuh melakukan demikian, kes itu dibicarakan 1987, hairannya kelibat pelajar malaysia disebut dan kegiatan seks anu anu anu…. sepuluh tahun sebelum sodom 1 malaysia , adakah konspirasi yahudi menutup cerita agen2nya…. disebalik nama islam modernisasi atau liberal acuan pro-amerika

    Reply to this comment
  2. haji

    Jan 10. 2011

    Ya Allah, mereka ini rasa mereka cukup kuat….ampunilah kebodohan mereka ini….aku bersaksi bahawa mereka mencaci al Faruqi yang telah pergi..aku bersaksi jasanya cukup besar khususnya dalam Pendidikan…aku bersaksi diakhirat dengan fitnah yang mereka lakukan dan aku bersaksi dipihak terbukti benar dalam hidupnya….moga roh alfaruqi dinaungi arash sehingga kita semua berjumpa dimasyar…

    Reply to this comment
  3. Al Faquri

    Jan 06. 2011

    Al Faruqi ni sebenarnya mmg pengkhianat dalam Islam. Kebanyakan idea ideanya dicurik daripada orang lain.

    Reply to this comment
  4. Ann

    Dec 29. 2010

    AIDC take a gud look at this document, how Joe Louis Young aka Yusuf Ali trouble mine
    put him into life term imprisonment in Pennsylvania…

    So much for homosexuality … tak de modal ka??

    Pennsylvania Supreme Court Reports – COM_ v_ YOUNG, 536 Pa_ 57 (1993).mht

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE