PARADIGMA POLITIK BARU

Guru Besar SK Sri Pristana Buat Laporan Polis

AIDCNews – 25/07/13 – Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor di Sungai Buloh, hari ini membuat laporan polis kerana merasakan dia telah difitnah berhubung isu muridnya makan di bilik sekolah itu beberapa hari lalu.

Laporan polis itu di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Mohamad Nasir ketika dihubungi Utusan Online berkata, beliau membuat laporan polis kerana kecewa dengan sikap ibu bapa murid dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

“Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut,” katanya.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Laporan itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir, beliau telah menempatkan murid-murid di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu.

Ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

“Pada sebelah pagi matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

“Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya,” katanya.

Mohd Nasir yang turut dilaporkan Bernama berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.

“Sebelum ini memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu.

Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata tindakan tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar di laman Facebook mengenai murid sekolah bukan beragama Islam makan di dalam bilik persalinan baru-baru ini boleh disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Katanya, ini kerana tindakan individu terbabit boleh menimbulkan isu provokatif dan perbalahan kaum

“Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan kepada pihak yang menyebarkan maklumat berbaur hasutan di laman sosial berkenaan isu yang membabitkan sekolah berkenaan,” katanya.

8 Comments

  1. Lim Lynn says:

    http://theunspinners.blogspot.com/2013/07/kenapa-umno-pejuang-bangsa-tak-bela.html
    Masalahnya murid tak suka pancaran matahari di Kantin Sekolah yang kecil. Tiada masalah kerana itu bilik persalinan.

  2. Hanna says:

    Alang2 menyeluk pekasam, br smpai kepangkal lengan GB. Pertahankan maruah tuan. Jgn tolak ansur dlm hal ni. Rezeki ada di mana2 Tn.. Pihak berwajib jlnkan tindakan . Hentikanlah kenyataan yg tingl kenyataan sj.

  3. Lim Lynn says:

    Tak tahu bahawa isu ini akan jadi lebih bermasalah jika mereka mula sue portal online keh atau tak.

  4. sman says:

    Poooraaah,jangan cakap tak teragak-agak utk ambil tindakan ,kalau siasat pun belum di jalankan,Bila siasat nanti semuanya akan selesai kes ye lek.Sekarang moto baru ’1 Malaysia ,Melayu last’.Nasib lah orang Melayu,pandai-pandai lah jaga diri sendiri jangan harapkan pemimpin lagi Najib,Mohdin,Al Jubori,Pok Nik sama saja,kalau tak ada Ibrahim Ali dan Dr Hassan Ali, tak ada siapa dah nak sebut pasal kepentingan Melayu,mereka semua dah malu nak bela Melayu.

    • Lim Lynn says:

      Ahli Syaitan Mata Komunis menghasut Guru Besar memang tak malu langsung. Kesian betul Guru Besar selepas buat keputusan yang betul.

  5. alimedanbaru says:

    Peguam Negara harap prihatin dengan aduan yg dibuat dan ambillah tindakan yg sewajarnya demi maruah guru dan sekolah berkenaan..

  6. Cameron says:

    Tak berapa percaya tindakan akan diambil.

Leave a Comment

 

— required *

— required *