PARADIGMA POLITIK BARU

PKR Nasihat ‘Calon Pil Kuda’ Batal Hasrat Saman Presiden PAS

AIDCNews – 25/07/13 – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menasihatkan bekas calonnya, Mohd Shamsul Mat Amin yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi membatalkan hasrat menyaman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas tuduhan memfitnah sebagai ‘calon pil kuda’.

Naib Presiden PKR, Tian Chua dilaporkan Harakahdaily berkata tindakan Shamsul itu merupakan keputusan peribadinya serta turut menegaskan parti tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

“Masih banyak cara lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah itu dan kami harap ia membatalkan hasratnya dan tidak perlu membawanya ke mahkamah,” katanya.

Tian Chua yang juga Ahli Biro Politik PKR berkata usaha menasihati Shamsul sudah dilakukan oleh beberapa pimpinan PKR, namun masih belum pasti perkembangan selanjutnya kerana Shamsul didakwa sebagai masih beremosi terhadap tuduhan itu.

“Namun, apa yang kita harapkan jananlah sampai perkara ini di bawa ke mahkamah. Banyak lagi saluran di luar mahkamah yang boleh digunakan dan kami akan terus menasihatinya untuk tidak meneruskan hasrat tersebut,” katanya lagi.

Pada 22 Julai lalu, Shamsul ketika membuat kenyataan di DUN Kuala Besut bahawa beliau akan memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Pas, Abdul Hadi di atas dakwaan memfitnah itu.

“Saya menderita akibat fitnah ini. Saya sentiasa mengalami masalah kemurungan, kurang keyakinan diri dan yang paling menjatuhkan maruah saya ialah masyarakat menganggap saya adalah pengedar pil kuda,” katanya yang juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Menurutnya, tindakan saman itu akan dibuat berikutan kenyataan Abdul Hadi ketika berceramah pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu yang mendakwa calon PKR terlibat dalam aktiviti penjualan pil kuda.

Abdul Hadi ketika berceramah di Kampung Tebakang, Mukim Alor Limbat, Marang, mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada calon tertentu membuat kerja ‘haram’ dan mempunyai ‘fahaman’ yang bertentangan dengan pakatan pembangkang.

“Ada calon-calon yang kita khuatir berdasarkan maklumat adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar Lenin, Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang PAS tidak boleh kerja dengan calon macam ini,” kata Abdul Hadi

3 Comments

  1. halim yunus says:

    Apa pun alasan dan tindakan, ini lah dinamakan demokrasi. Apa yg rasa susah hati dan gundah gulana?? Biarlah mahkamah tentukan apa yg didakwa. Walaupun memang Hj Hadi tidak menyebut nama, namun beliau ada hak untuk mensabitkan Hj Hadi. Menang kalah adat bermahkamah..

  2. Batu api says:

    Kenapa Shamsul perasan? Hj Hadi sebut secara umum tanpa nama khusus, yg Shamsul perasan apa pasal? Ada beberapa lagi calon PKR yg bertembung dgn Pas mcm Che Gu Bard di Sg Pinang, Calon Kota Putera, Calon Seberang Takir, & Johor. Mereka semuanya tak perasan pun? Aliimedanbaru jadi batu api?

  3. alimedanbaru says:

    Setiap manusia dimuka bumi ini berhak mempertahankan maruah dan harga dirinya. Samaada dia mempertahankan hak nya terhadap manusia yg bernama dan tiada nama itu bukan soal, SOAL nya haknya mesti dihormati, seperti kes SAIFUL/ANUAR dan kali ni kes SYAMSUL/HADI .. demi prinsip kebenaran dan keyakinan harga diri, ayuh Syamsul, teruskan!

Leave a Comment

 

— required *

— required *