DAP Salah MCA Tiada Wakil Cina Dalam Kerajaan

AIDCNews – 03/07/13 – Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah menyalahkan MCA bertindak ‘memboikot’ penerimaan jawatan dalam kerajaan hingga menyebabkan pembelaan nasib terhadap kaum Cina terjejas.

Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 hari ini.

Datuk Lau Lee, wakil MCA DUN Damak tampil membidas DAP yang disifatkannya cuba mencampuri usaha dalaman parti lain.

“Tindakan MCA tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan adalah berprinsip kerana telah berjanji untuk tidak berbuat demikian sekiranya gagal meraih sokongan dan kemenangan besar daripada masyarakat Cina pada pilihan raya umum lepas.

“Sekalipun tidak ada wakil MCA dalam kerajaan, tetapi MCA masih ada jentera, di peringkat cawangan, bahagian dan negeri, dan (MCA) ada cara untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat Cina,”katanya dilaporkan Bernama.

Lau berkata tindakan MCA tidak mengangotai kerajaan bukan berbentuk ugutan sebaliknya diputuskan secara konsesus dalam mesyuarat agung parti itu.

“Keputusan MCA untuk tidak menganggotai kerajaan bukan satu ugutan, keputusan yang dibuat sebelum ini itu adalah syarat untuk (MCA) mencapai kemenangan (pada pilihan raya umum lepas), saya mahu YB Tanah Rata tarik balik ayat “ugutan” itu,” kata Lau.

Leong yang enggan menarik kenyataan itu berkata kerajaan negeri Pahang ketika ini tidak mewakili kerajaan berbilang kaum kerana kesemua Exco kerajaan negeri adalah Melayu.

Beliau turut mencadangkan supaya wakil rakyat kaum Cina sama ada dari MCA mahupun DAP ataupun Parti Keadilan Rakyat dilantik sebagai Exco bagi menjaga kepentingan kaum bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina.

“Di Amerika Syarikat, Presiden Barack Obama pun ambil pesaingnya semasa pilihan raya untuk menggangotai kabinetnya,” kata Leong.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Datuk Mohd Soffi Abd Razak yang bangun mencelah berkata Presiden Barack Obama mengambil pesaing atau musuh politiknya menganggotai kabinet kerana musuh politiknya mengiktiraf dan mengucapkan tahniah atas kemenangannya.

“Tidak seperti di Malaysia, pembangkang tak iktiraf kekalahan mereka, tak iktiraf kemenangan Barisan Nasional, sibuk berdemonstrasi dan memutarbelitkan pelbagai perkara, membuat pelbagai tohmahan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin yang turut bangun mencelah meminta parti pembangkang berlapang dada dalam menerima kekalahan.

“Kalau Barisan Nasional boleh berlapang dada dan terima kekalahan di negeri-negeri tertentu, pembangkang pun kenalah berlapang dada, slogan pembangkang semasa pilihan raya lepas “Ubah!, jadi sapa yang nak kena ubah dulu ni?,” katanya sinis.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob turut dilaporkan Bernama berkata kaum Cina di negeri itu tetap dibela sekalipun barisan exco kerajaan tidak diwakili kaum berkenaan.

Beliau berkata tindakan MCA untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan dibuat berlandaskan prinsip parti berikutan kegagalan parti itu meraih sokongan besar daripada masyarakat Cina, pada pilihan raya umum lepas.

Adnan berkata sebuah Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan beliau ditubuhkan bagi menangani masalah dan keperluan masyarakat Cina di negeri itu.

Leong sebelum itu turut bertanyakan mengenai jawatan ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kuasa kemajuan dan keselamatan (JKKK) yang didakwa tidak pernah diwakili mana-mana anggota atau pemimpin daripada parti pembangkang.

“Pemilihan ketua kampung atau JKKK bukan diputuskan oleh Menteri Besar Pahang atau exco kerajaan negeri, ia dipilih dari suara akar umbi,” jelas Adnan.

Dalam masa sama Adnan turut mengucapkan ‘tahniah’ dengan kehadiran dua beranak yang menjadi wakil DAP pada persidangan DUN membuktikan parti itu mengamalkan nepotisme di semua peringkat termasuk di peringkat tertinggi pucuk pimpinannya.

“Kalau anak saya juga jadi wakil rakyat, habislah saya,” kata Adnan secara sinis.

Adnan berkata demikian ketika sesi soal jawab sambil mengucapkan tahniah kepada Leong Ngah Ngah (DAP-Tanah Rata) dan anak perempuannya Leong Yu Man (DAP-Triang) yang menjadi wakil rakyat dan bersidang di dewan yang sama.

Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar) turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua beranak itu yang sama-sama berperanan sebagai pembangkang di DUN Pahang.

Leong melenting kerana diberikan ucapan “tahniah! sambil berkata beliau berasa “sakit hati” dengan ucapan tahniah yang disifatkannya tidak ikhlas itu.

“Kenapa tahniah? Ikhlas kah? Saya rasa sakit hati, kenapa tidak pertikaikan kepimpinan kerajaan, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tun Hussein Onn, anaknya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein?,” katanya.

Dr Shukri berkata cubaan Leong untuk memesongkan perkara itu tidak berasas kerana anak atau menantu pemimpin negara yang disebutnya tidak menjawat sebarang jawatan semasa era kepimpinan mereka.

Pada pilihan raya umum lepas, anak perempuan Leong menang kerusi DUN Triang menewaskan calon BN Tan Tin Loon dengan majoriti 5,009 undi.

Sebelum ini, Leong adalah penyandang kerusi DUN Triang sebelum berpindah untuk bertanding di DUN Tanah Rata dan menang dengan majoriti 3,144 undi.

Wakil DAP Ketua pembangkang DUN Pahang

6 Responses to “DAP Salah MCA Tiada Wakil Cina Dalam Kerajaan”

  1. melayusekolahcina

    Jul 04. 2013

    Saya berpendapat suatu bentuk tindakan drastic perlu dilakukan oleh peringkat kepimpinan tertinggi Negara untuk menegakkan persefahaman antara kaum yang kukuh sebelum Negara ini menanggung derita sensara akibat pergeseran kaum yang mungkin akan terjadi. Kami rakyat biasa Tanah Melayu ini menjunjung kasih kepada S.P.B.Y.D.P Agong, Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu di atas segala peringatan dan daya usaha penyatuan antara kaum di Negara tercinta Malaysia ini. Sewajarnya pihak kerajaan dapat segera menggerakkan usaha penguatkuasaan undang-undang bagi mengcegah perbalahan di antara kaum juga agama. Maka dengan ini semua golongan masyarakat harus menerima dengan sebaiknya, segala usaha mempertahankan kesucian agama Islam, Sistem Raja Berpelembagaan, Orang Melayu adalah usaha yang benar dan seiring dengan kerangka Perlembagaan Malaysia yang mana wajib bagi rakyat Malaysia menghormatinya.

    Daulat Tuanku.

    Reply to this comment
  2. maitangni

    Jul 04. 2013

    Jika lebih 90 peratus kaum China undi DAP, tutup saja MCA dan Gerakan dan semua masuk DAP, habis cerita. Kan lagi senang! Tak payah main wayang tuduh menuduh….

    Reply to this comment
  3. alimedanbaru

    Jul 04. 2013

    Baru lah betul ini TANAH MELAYU bila tak ada wakil Cina jadi menteri. Yg ada tu adalah mereka yg iktiraf ini Tanah Melayu. MCA ni gua pun ada curiga bila dia tak mahu jadi menteri dan tutup pusat perkhidmatan untuk rakyat.Pertama dia bagi chan DAP beri khidmat 100% dan kedua dia nak Cina salahkan kerajaan dan menutup kelemahan dan kegagalan MCA menentang DAP.Lebih baik semua ahli MCA buat cadangan KHAS masuk UMNO. Biar UMNO kedepan kerana apa isu pun hanya UMNO yang boleh menghadapi DAP bukan MCA..Atau jika cadangan pertama tidak logik , MCA jadi NGO yg sokong BN sahaja bukan parti politik..SENANG CERITA

    Reply to this comment
  4. cucutokleman

    Jul 03. 2013

    Gua ingat cuma Perak alak Ngoo Nge Ngah
    Sikalang Pahang sudah ada Leong Ngah Ngah
    Tapi dua-dua pun hati busuk macam sampah
    Haiya!! Leong Ngah Ngah
    Lu jangan lebeh-lebeh lah
    Kita cakap ‘tahniah’
    Lu cakap telima kasih lah
    Apa pasai lu mau malah-malah
    Mau tunjuk eksyen kah
    Kalau talak suka… ok lah
    Kita bole cakap ‘f@#k you lah’
    Maukah?
    Bolo punya Ngah Ngah
    Itu pasai olang Melayu cakap DAPigs laknatullah
    Ada fahamkah!!??

    Reply to this comment
  5. Lim Lynn

    Jul 03. 2013

    DAP salah nampak MCA masih berkhidmat untuk BN. Buat alasan salah sahaja.

    Reply to this comment
  6. Kassim Selamat

    Jul 03. 2013

    En Nga Nga. Suruh le Lim & Anuwar anak beranak ambil org BN masuk dlm Exco di Penang dan Selangor kalau betul itu utk kebaikan rakyat.. Tak payah lah nak tengok sampai Amerika. Kalau betul nak ikut USA, jangan ada sekolah Cina, bahasa Cina, dll. Ada faham ke, jangan dok nganga saja…. Di Singapore pun LKY tak mahu sekolah Cina krn ini adalah permulaan komunisme, kongsi gelap, dll aktiviti subversive.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE