Anwar Tarik Balik Saman Terhadap Hamzah

AIDCNews – 03/07/13 – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik saman fitnah RM10 juta yang pernah difailkan kepada Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin lima tahun lepas.

Peguam Anwar, R Sivarasa dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Hamzah, berkata dalam satu kenyataan bersama berkata saman itu diselesaikan secara baik berdasarkan terma-terma sulit antara kedua belah pihak.

“Kedua-dua pihak memutuskan bahawa meneruskan tindakan undang-undang adalah tidak perlu dan tidak produktif dan perlu diingat mengenai senario politik pada masa ini dan tanggungjawab politik semasa mereka.

Sivarasa berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak membangkitkan lagi perkara ini.

Anwar memfailkan saman itu terhadap Hamzah pada 22 Ogos, 2008, yang pada ketika itu merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mendakwa beliau mengeluarkan perkataan fitnah mengenainya yang disiarkan dalam satu artikel bertajuk “Anwar Mengganggu Isteri Saya” dalam akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos, 2008.

Saman itu ditetapkan untuk pendengaran hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop.

Pada Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Anwar membayar RM3,000 kepada Hamzah ekoran penangguhan yang dibuatnya pada saat akhir.

Hakim Rosilah keputusan itu selepas menolak permohonan peguam Anwar yang mahu kes ditangguh kerana anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sibuk berkempen di Sabah.

Baca selengkapnya, sila klik di sini

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE