PARADIGMA POLITIK BARU

4 Maut Tanah Runtuh Ukay Perdana

AIDCNews – 03/07/13 – Empat orang pekerja binaan maut akibat tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Sierra Ukay Perdana, Ampang pada pagi ini dan seorang lagi cedera dalam kejadian itu.

Seramai lapan pekerja sedang melakukan kerja-kerja menanam cerucuk di kawasan pembinaan Sierra Ukay untuk kediaman satu tingkat ketika tanah runtuh itu berlaku.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan Mstar telah mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melakukan siasatan menyeluruh berhubung punca sebenar kejadian tanah runtuh itu.

“Bukan sahaja laporan siasatan MPAJ perlu buat tetapi laporan daripada pakar kejuruteraan juga perlu dijalankan.

“Mereka (MPAJ) mungkin akan memanggil badan penasihat bebas untuk membantu mereka dalam isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) pada Rabu.

Abdul Khalid berkata pada peringkat awal, ini punca kejadian dikenalpasti disebabkan oleh kelalaian manusia dan bukannya alam semula jadi.

Saya telah minta MPAJ menjalankan kajian menyeluruh sama ada projek pembinaan tersebut membahayakan nyawa orang ramai dan pekerja. Jika tidak selamat mereka (pihak pemaju) perlu hentikan kerja-kerja pembinaan untuk tempoh sementara,” katanya lagi.

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *