Pertukaran Agama : DAP Dakwa PAS Lebih Moderat

AIDCNews – 03/07/13 – Sambil membantah pindaan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 berkaitan isu pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa Pas Selangor lebih moderat berbanding Barisan Nasional (BN), UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Dakwanya, Pas Selangor menolak Rang Undang-Undang yang diperkenalkan di Dewan Rakyat itu.

“Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman menolak pertukaran agama secara unilateral kepada Islam dengan menyatakan bahawa sesuatu keputusan yang sedemikian besar mesti mendapatkan persetujuan kedua-dua ibu bapa.

“Ini bertentangan dengan kenyataan Muhyidin yang mempertahan pertukaran agama unilateral seperti yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 adalah dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan hanya skopnya sudah berubah.

“Tidak syak lagi, Muhyidin sebenarnya salah kerana pertukaran agama kanak-kanak secara unilateral adalah bertentangan dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada organ DAP, Roketkini hari ini.

Menurut Guan Eng, Majlis Peguam menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada kedua-dua ibu bapa dan bukan seperti yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini yang bertujuan meluaskan penafsiran persetujuan ibu bapa dalam hal pertukaran agama kanak-kanak bawah 18 tahun bagi bermaksud ‘salah satu’ dan bukan ‘kedua-dua ibu bapa’.

Justeru itu, DAP berpendapat kedua-dua ibu bapa mesti bersetuju dengan pertukaran agama yang sah bagi kanak-kanak di bawah usia 18 tahun seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Kebimbangan lain yang dibangkitkan kumpulan agama bukan Islam termasuk sama ada rang undang-undang itu akan meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia melampaui apa yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa ke atas mereka yang beragama Islam. Peguam mereka berhujah bahawa Parlimen tidak boleh dan tidak sepatutnya bertujuan untuk meluaskan bidang kuasanya sendiri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk meliputi mereka yang bukan Islam melalui penafsiran yang sangat lebar dan melampaui peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya

9 Responses to “Pertukaran Agama : DAP Dakwa PAS Lebih Moderat”

  1. ron95

    Jul 05. 2013

    PAS=Parti Angguk SajaLAH!

    Reply to this comment
  2. Laksa Johor

    Jul 04. 2013

    PAS moderate? Orang kafir, mana mereka tahu bezakan antara moderate dengan sesat.

    Reply to this comment
  3. alimedanbaru

    Jul 04. 2013

    Sejak Pas menyokong kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible edisi Melayu, aku rasa sejak itu majoriti umat Islam dinegara ini telah hilang kepercayaan terhadap Pas sebagai parti pejuang Islam. Pas boleh dianggap sebagai sebuah ‘parti masuk Islam bukan Islam masuk dalam parti.’ Oleh itu Islam bebas digunakan sebagai barang dagangan untuk dijual dan dicagarkan demi kepentingan mendapatkan kuasa politik terutama undi Cina sebagai nilai tambah untuk kemenangan parti. Jijik sungguh kamu Pas.. tindak tanduk kamu untuk menggembirakan tokong kamu DAP sebaliknya bukan untuk menegak dan memenangkan dakwah Rasullullah. Jijik, jijik..

    Reply to this comment
  4. Anonymas

    Jul 03. 2013

    Woiiii PAS patut sebagai komponen agama Islam dalam PR patutnya dia halang perkara ni daripada berlaku. Apa dah jadi, PAS selangor? Mana telor? Takkan nak tunggu Baginda Sultan masuk campur dalam hal ini? Dah la peruntukan JAIS dipotong. Nasib korang la, umat Islam Selangor dapat kerajaan negeri macam ni,

    Reply to this comment
  5. sman

    Jul 03. 2013

    Mengapa LGE ambil Pas sebagai ‘eladan’ sedangkan bagi umat Islam yg cerdik di negaraini tahu Pas bukan pihak terbaik utk dijadikan contoh dari sudut Islam.Pas parti yg sudah rosak di rosakan oleh Hj Hadi ndan Nik Aziz yg sudah berjaya di liberalkan oleh Al Jubori dan DAP.Harun Din pun cakap je berdegar -degar tapi habok pun tarak,kononya kalau sesiapa yg benarkan nama Allah di pakai oleh ugama lain mereka menjadi sesat,tapi sehingga sekarang dia masih menjadi ahli dan pemimpin parti sesat.Pas tak pernah tarik balik persetujuan yg telah di buat dan di tanda tangani oleh Hj Hadi membenarkan nama Allah di gunakan oleh Kristian,maknanya Pas masih sesat,tapi Harun Din masih selamba bersama Pas.Apa hukumnya?..

    Reply to this comment
  6. Lim Lynn

    Jul 03. 2013

    DAP buat alasan untuk PAS selepas dah nak terima PSM dalam PR DAP PKR PAS. Apa lagi moderate.

    Reply to this comment
  7. Mr Y

    Jul 03. 2013

    Pesuruhjaya PAS Selangor? Lebih Moderat? Hahaha.. Dia tu Mufti ke? Hey Lim Guan Eng.. mana dia Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang? Kau ada lantik ke mana-mana Exco PAS? Haha.. Mana PAS di Pulau Pinang? Cuba cerita sikit…

    PAS di Terengganu baru memang 14 kerusi dan PKR hanya 1 kerusi dah berangan nak jadi MB. Tapi PAS di Selangor dah menang 15 kerusi tapi beri percuma MB kepada PKR? haha.. Moderat betul PAS Selangor

    Reply to this comment
  8. Aku

    Jul 03. 2013

    Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1779.
    Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: “Setiap anak dilahirkan menurut fitrah (ciptaan asli). Kedua ibu bapanya yang menyebabkan anak itu beragama Yahudi dan Nasrani. Sebagaimana binatang ternak dilahirkan, adakah kamu dapati yang telah dipotong (dilubangi) hidungnya sehingga kamu tidak perlu lagi memotongnya?” Mereka bertanya lagi: “Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat engkau tentang anak yang meninggal di waktu kecil?” Jawab Nabi: “Allah lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan.”

    Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2283.
    Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak seorang jua pun anak yang baru lahir melainkan dia dalam keadaan suci dan dua orang tuanyalah yang menyebabkan dia menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” Kemudian beliau bersabda: “Bacalah ayat: “Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus.” (Ar Rum 30 : 30)

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE