Lahad Datu : Masih Ada Perkara Sulit tidak Didedah – KPN

AIDCNews – 03/07/13 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan Antarapos semalam mengesahkan bahawa masih terdapat perkara sulit berhubung pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah yang belum didedahkan kepada umum.

Katanya, perkara itu masih dirahsiakan kerana tidak mahu menjejaskan proses pendakwaan di mahkamah.

“Masih ada lagi yang belum diceritakan mengenai mengapa semua ini terjadi, kami akan tunggu masa yang sesuai untuk mendedahkannnya…

“Kes itu masih berjalan di mahkamah, jadi kami tidak mahu mengganggu perbicaraan kes itu. Sebagaimana saya katakan apabila tiba masanya, jika perlu kami akan mendedahkannya

“Adalah sukar untuk menerima hakikat kira-kira 200 orang berpakaian celoreng dan bersenjata secara tiba-tiba muncul,” katanya kepada pemberita selepas majlis syarahan bertajuk ‘Kerjasama Antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Semasa Ops Daulat: Satu Usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas).

Syarahan itu turut disertai Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagi membincangkan kerjasama antara ATM dan PDRM dalam usaha menangani insiden pencerobohon pengganas Sulu terhadap negara ketika Operasi Daulat di Sabah.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan negara akan meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi kumpulan-kumpulan yang sebelum ini dianggap tidak memberi ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara.

“Kumpulan pengganas yang tidak mewakili mana-mana negara ini adalah ancaman yang perlu diberi perhatian… kumpulan itu boleh menjadi satu cabaran jika dipergunakan pihak lain untuk politik atau agenda mereka,” katanya.

Zulkifeli berpendapat pengganas Sulu yang tiba di Kampung Tanduo pada 12 Feb lalu menyasarkan serangan ketika Parlimen Malaysia dibubarkan dan seterusnya mencetus huru-hara terhadap kerajaan sementara.

“Mereka tiba kerana banyak desas-desus pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah selepas Tahun Baharu Cina dan mereka hendak mengumpulkan kekuatan sebelum melakukan serangan besar-besaran untuk menuntut Sabah.

“Saya tidak tahu siapa yang memberi maklumat strategik kepada mereka tetapi bersyukurlah kita dapat mengesan mereka awal sebelum Parlimen dibubarkan dan mengambil tindakan menghalang mereka,” katanya.

Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Feb lalu dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati.

8 Responses to “Lahad Datu : Masih Ada Perkara Sulit tidak Didedah – KPN”

  1. azmir

    Jul 04. 2013

    penghianat negara adalah MUSUH NEGARA NO 1 selain DENGGI

    Reply to this comment
  2. Anonymas

    Jul 03. 2013

    Tanya sama Pak Syeikh, apa sebab goyang….
    Masa untuk jumpa balik geng-geng lama di penjara!!

    Reply to this comment
  3. sman

    Jul 03. 2013

    Penyokong kepada PENGKHIANAT juga adalah pengkhianat,itulah sebabnya saya tidak lagi mesra dgn sesiapa saja yg saya tahu masih menyokong ‘pengkhianat’ in.biar pun dulunya dia adalah kawan saya.

    Reply to this comment
  4. Lim Lynn

    Jul 03. 2013

    Eh lagi perkara sulit keh?
    Tanya sama pakar sulit kenapa nak simpan maklumat sulit
    takut akan jejaskan kes mahkamah akan bertindak atas perbuatan Anwar Ibrahim, Nur Misuari, Sivarasa, Tian Chua dan pihak lain.
    Habislah macam mana rakyat Malaysia takkan tertipu.

    Reply to this comment
  5. Ultra Man

    Jul 03. 2013

    aljuburi adalah pembuka pintu kota, macam sang rajuna tapa.

    ONCE A TRAITOR, ALWAYS A TRAITOR..

    Reply to this comment
  6. Mr Y

    Jul 03. 2013

    Nak tahu rahsia? Tanyalah sama pokok..

    Reply to this comment
  7. rabiahmdyusof

    Jul 03. 2013

    SALAM,
    ITULAH SUSAHNYA KALAU ADA MANUSIA YANG BERSIKAP PENGKIANAT KEPADA NEGARA. NEGARA DAH AMAN DAMAI TAPI MINTA PULAK ORANG ASING HURU HARAKAN NEGARA INI. APALAH FAEDAHNYA BUAT BENDA2 NI SEMUA SEMATA2 KERANA KUASA DAN KEEGOAN. BUKA LA MATA WAHAI RAKYAT MALAYSIA. TENGOKLAH NEGARA2 LAIN YANG BERGOLAK DAN TIDAK TENTERAM.
    KEPADA PERWIRA2 KU YANG TERKORBAN DISEBABKAN TANGAN2 SYAITAN INI, KU MOHON KE HADRAT ALLAH S.W.T. AGAR DITEMPATKAN ROH MEREKA KE DALAM SURGA FIRDAUS… AMIN…

    Reply to this comment
  8. alimedanbaru

    Jul 03. 2013

    Ada yang sedang senyum dalam tangisan. Ada juga yang dapat sakit parkinson, terketar-ketar bila mendengar Lahad Datu.. hai tak sabar nak tahu siapa yg buka pagar negara untuk bawa masuk Kiram n Gang..

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE