Anwar Akan Bincang RUU Kanak-Kanak Bawah Umur Tukar Agama

Antarapos – Islam membenarkan penukaran agama kanak-kanak hanya jika ia dibuat oleh ibu kanak-kanak itu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, menurut beliau, Pakatan Rakyat belum mengambil pendirian rasmi dan memutuskan sama ada wakil rakyat pembangkang akan menyokong pindaan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013.

“Biasanya dalam ketetapan Islam seperti yang disebut Nabi apabila anak kecil masuk Islam bersama ayah tetapi ibu bukan Islam, anak itu akan dikembalikan kepada ibu untuk dijaga.

“Tapi ada pengecualian, perkara ini kita akan bincangkan dengan pihak yang berkaitan sebab tidak mahu berlaku pertelingkahan dengan agama lain,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Menurut Anwar, perbincangan dengan pemimpin pembangkang lain , termasuk pertubuhan bukan kerajaan perlu sebelum sesuatu keputusan dibuat.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan Tok Guru Hadi Awang, PAS, Keadilan dan juga Guan Eng sebelum memberi respon kepada umum tentang isu ini.

“Saya juga tengah merancang untuk bertemu dengan NGO, Ambiga juga akan bertemu dengan saya, kami sekarang dalam siri perbincangan,” katanya.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk membenarkan salah seorang daripada ibu atau bapa untuk menukar agama anak di bawah umur kepada Islam adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan perlembagaan.

Katanya, kerajaan sedar dengan rungutan mengenai Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, semalam tidak seragam dengan keputusan jemaah menteri pada 2009 yang tidak bersetuju dengan penukaran agama secara tidak unilateral itu.

6 Responses to “Anwar Akan Bincang RUU Kanak-Kanak Bawah Umur Tukar Agama”

  1. Erzal

    Jul 03. 2013

    Jawapannya, rujuk Al-Quran dan Sunnah dahulu. ISLAM DIDAHULUKAN, bukannya krooni pengikut dan orang bukan ahli yg jahil hokum hakam Allah ni!!!

    Reply to this comment
  2. alimedanbaru

    Jul 03. 2013

    YG PASTI KITA IKUT ALQURAN DAN HADITH. Apa apa yang telah di perintahkan oleh Allah, manusia mana yang berani sangat nak bincang-bincang dan fikir-fikir , nak terima ke tidak. Apa yang Al Quran putuskan mesti terus dilaksanakan atau kamu menjadi syaitan yang dihumban dan yang pasti akan direjam dlm api neraka. Pembangkang Melayu Islam di Malaysia ni agaknya diaorang ada Quran khas yang disediakan oleh DAP dan Majlis Peguam yang akan menyanggah semua tindakan keagamaan Islam yg kerajaan nak laksanakan.. HALAL DARAH (INI BUKAN SYIAH) MEREKA YG SENGAJA MENYANGGAH KEESAAN ALLAH!

    Reply to this comment
  3. Lim Lynn

    Jul 03. 2013

    Agama kanak-kanak tak payahlah nak buat masalah lagi Anwar Ibrahim. Jaga sendiri pun tak boleh buat.

    Reply to this comment
  4. FikirTajam

    Jul 02. 2013

    Artikel ini telah saya hujahkan di KNKB (kkamdias.blogspot.com) pada June 28, 2013 at 6:09 PM. Sekadar untuk berkongsi fikir/renung.

    Anwar hanya BUDAK SASTERA LULUS GENERAL DEGREE sahaja!

    Lupakan siPELIWAT ini.

    Bukan sahaja demokrasi diliwatnya malahan keyakinan diri anak lelakinya pun diliwat sama. Bukankah Ikhwan terus bawa diri ke US tak berani balik Malaysia?

    Anwar memang SAH PELIWAT! Hanya yg otak DILIWAT Anwar sahaja yg masih puja mamat ni.

    Lihat di bawah ini (Mathematical Reasoning/Penaakulan Mantiq Tingkatan 5 aje):

    Premis 1: If p then q
    Premis 2: Not q
    Conclusion: Not p

    Kes I: p = Anwar TIDAK MELIWAT, q = Anwar BERSUMPAH

    Kes II: p = Anwar TIDAK MELIWAT, q = Anwar menjalani ujian DNA

    Kes III: p = Anwar bukan PELAKON DALAM VIDEO, q = Anwar MENYAMAN DATUK ESKAY

    Nota:

    1. Kes II sangat mudah difahami. Ibarat memulakan perlawanan bolasepak atau badminton di mana wang syiling dilambung. Keputusan lambungan syiling ialah Head (Kepala) atau Tail (Ekor). Maknanya kebarangkalian P(Head) = 1/2 = 0.5. Begitu juga P(Tail) = 1/2 = 0.5. Maknanya setiap kesudahan (outcome) mempunyai kemungkinan/kebarangkalian berlaku sebanyak 50%.

    2. Begitu juga jika Jabatan Narkotik membuat ujian urine/kencing ke atas sesiapa yg disyaki terlibat dadah. Keputusannya adalah sama ada positif ataupun negatif. Kebarangkalian seseorang itu didapati positif atau negatif masing-masing ialah 1/2 = 0.5 @ 50%.

    3. Justeru tidakkah Anwar punya peluang 50% yakni kebarangkalian untuk membuktikan dirinya bukan PELIWAT Saiful adalah 1/2 = 0.5. Beliau MENYALAK yg dia tidak bersalah meliwat Saiful TETAPI ironinya peluang untuk membuktikan dirinya betul TIDAK digunakan! Sampai sekarang Anwar tidak berani menjalani ujian DNA. Keputusan ujian DNA itu adalah sama ada SEPADAN atau TIDAK SEPADAN. Jika benar dakwaan Anwar bahawa beliau tidak melakukannya sudah pasti keputusan DNA kelak tidak sepadan dengan sampel yg ditemui di dubur Saiful!

    4. Untuk fahamkan Kes I, II dan III sila teliti betul-betul:

    TIDAK TIDAK = YA

    BUKAN BUKAN = YA

    5. Ironinya ramai Profesor Matematik Melayu/Islam termasuklah Prof Shaharir Mohamad Zain yg terbilang dengan istilah molek-molek seperti PeMelayuan Matematik, PemPribumian Matematik, PengIslaman Matematik tetapi akhirnya telah melakukan PengKebumian Matematik dalam isu LIWAT Anwar ini. Sejak 1998 lagi. 15 tahun berdiam diri! Mangalahkan Pak Lah Si Flip-Flop itu.

    Reply to this comment
  5. Mat Zain

    Jul 02. 2013

    Apa kata PAS?

    Reply to this comment
    • Pejuang IMR

      Jul 04. 2013

      PAS kata matematik di atas tu serupalah macam besi juga. Sebab dia sememangnya tak akan paham.

      Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE