PARADIGMA POLITIK BARU

RUU Tukar Agama : ISMA Desak Kerajaan Tidak Tunduk Desakan Anti-Islam

AIDCNews – 02/07/13 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendesak agar pihak kerajaan tidak akur dengan tuntutan pihak ‘anti Islam’ yang mahukan hak penukaran agama kanak-kanak di bawah umur dibentangkan di parlimen ditarik balik.

Naib Presiden ISMA 1, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, kerajaan perlu bertegas untuk memastikan kedudukan Islam di negara ini terus terpelihara.

“Jangan tunduk dan akur dengan mana-mana tuntutan yang mahu merendahkan kedudukan Islam apatah lagi menghalang perlaksanaan undang-undang syariat Islam di Malaysia.

““Kenapa ianya harus dipertikai atau ditarik semula? Ini adalah ciri-ciri tidak puas hati orang bukan Islam untuk menentang usaha memperkukuhkan syariah,” katanya kepada ismaweb.net.

Jelas Ustaz Fauzi, ISMA menyokong segala usaha dan tindakan pengukuhan syariah yang memudahkan orang beragama lain untuk memeluk agama Islam.

“Ini adalah kelonggaran yang telah dipersetujui, jika salah seorang ibu atau bapa masuk Islam, jadi anak-anak juga berpeluang untuk memeluk agama Islam.

“Justeru, ISMA menyeru kepada semua orang Islam agar berdiri teguh untuk menyokong mana-mana usaha ke arah pengukuhan Islam dan undang-undang syariah di Malaysia demi memartabatkan Islam,” tegasnya

Pada Rabu lalu, Peruntukan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 telah dibentangkan di parlimen yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa sudah memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang membantah RUU itu dan mendesak pihak kerajaan agar menarik balik yang didakwanya tidak sejajar dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160 dan Jadual Kesebelas untuk mengukuhkan integriti keluarga, kebebasan beragama dan keharmonian masyarakat.

Bantahan sama turut dikemukakan oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Majlis Peguam.

1 Comment

  1. alimedanbaru says:

    Kita lihat nanti bagaimana kuda sewa pakatan ia itu PAS memainkan peranan dalam isu ini. Kepada Anuar kalau pd adatnya 100% dia akan miring kpd DAP, MAJLIS PEGUAM DAN AMBIGA. Kalau kerajaan tunduk untuk menundukkan hukum AlQuran dan Hadith dihadapan kafir laknattulah tersebut, aku istiharkan ‘perang’ terhadap kerajaan UMNO/BN!

Leave a Comment

 

— required *

— required *