PARADIGMA POLITIK BARU

Pemikir Anwar : Penghujung Evolusi Ideologi Manusia Adalah Demokrasi Liberal

AIDCNews – 02/07/13 – Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar merumuskan penghujung kepada evolusi ideologi manusia di dunia ini adalah ideologi demokrasi liberal.

Khalid, pengarah badan pemikir IKD untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menyertai satu forum dengan tajuk “Islam, Sosialis, Liberal: PAS di mana?, anjuran Free Public Forum (FPF) bertempat di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), 26 Jun.

“Khalid membuka gelanggang dengan mengingati “end of ideology” (pengakhiran ideologi) Daniel Bell dan tesis Francis Fukyama tentang “end of history” (pengakhiran sejarah), yakni demokrasi liberal adalah penghujung kepada evolusi ideologi manusia.

“Bagi Khalid, pada akhirnya demokrasi liberal merupakan bentuk kerajaan yang akan meliputi seluruh dunia. Sudah tentu bertentangan dengan ramalan Karl Marx bahawa pertembungan dalam sejarah akan berakhir dengan komunisme menggantikan kapitalisme.

“Membawa contoh semasa, Khalid mengatakan bahawa semua parti yang demokratik di dunia sekarang adalah mesra pasaran. Tanpa menafikan wujud kelompok yang masih memperjuangkan ideologi kiri – sosialisme atau komunisme – beliau melihat kelompok itu sebagai tidak signifikan. Mungkin itu juga isyarat tersembunyi yang dilontarkannya bahawa Pas sendiri tidak dapat lari daripada menjadi mesra pasaran. Melainkan Pas mahu melihat “end of Pas”, lapor Edry Faizal Eddy Yusof kepada organ DAP, roketkini.

Selain Khalid, panelis forum lain malam itu adalah Dr Nasir Hashim, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Hishamuddin Rais, Pengerusi bersama BERSIH 2.0, Al-Mustaqeem Rodhi, Setiausaha Perhubungan Pejabat Parlimen DAP dan Dr Mujahid Yusof Rawa, AJK Pas Pusat.

Hishamuddin Rais menegaskan bahawa pertembungan ideologi dan politik di dunia hari ini tidak melibatkan aspek agama.

“Menurut beliau agama adalah keyakinan (iman) di mana daerah rasional bukan padang permainan untuk keimanan.

“Ideologi adalah hasil akal rasional dan sentiasa boleh diperdebat dan dipersoal. Berbeza dengan iman, sekiranya Tuhan menyuruh sembahyang lima waktu mana boleh ditanya mengapa tidak dua waktu. Perkara itu harus terus diimani,” kata Hishamuddin.

Menurutnya, sama ada kapitalis atau sosialis tidak terbatas kepada agama, boleh saja seseorang Muslim, Kristian atau Majusi.

“Namun ideologi yang membezakan corak dan cara hidup serta amalan duniawi mereka.

“Bagi beliau, hanya Marx yang berjaya menjelaskan kepada beliau kekayaan itu datang dari mana, yakni lebihan ekonomi yang dihasilkan kaum buruh, lapor penulis pro DAP itu lagi.

DAP Saran PAS Terima Liberal & Sosialis

9 Comments

  1. Anti Anwar juburi says:

    Islam itu bukan ideologi, bukan falsafah – malah Islam itu adalah penuh dengan kepelbagaian pakej, ertikata lain, cukup perfect.

    Definisi Agama itu sudah terikat dengan istilah yang sering diguna pakai oleh para orientalis barat yakni membawa maksud – menyembah secara membabi buta tanpa perlu memahami.

    Sebab itu dikalangan golongan atheist – mereka menganggap orang yang menganuti ‘Agama’ adalah orang yang bodoh.

    Sedangkan penjelasan dakwah dan perjuangan Nabi Muhammad SAW sejak hari kerasulan baginda hinggalah hari baginda wafat dan diteruskan akan dakwah dan perjuangan itu oleh para sahabat dll, istilah Agama itu punyai akan pergertian yang berbeza seperti mana yang sering digunakan, oleh golongan-golongan, atheist, marxist, liberal, malah penyanjung akan demokrasi itu sendiri yang membawa maksud akan apa yang saya nyatakan di atas.

    Hishammudin rais atau nama timangannya – tukar tiub, adalah contoh manusia yang bodoh lagi kecewa akan hajat dan cita-citanya tidak pernah tercapai untuk direalisasikan.

    Apakah justifikasi yang menurut fakta dan kebenaran sehingga tukar tiub ini boleh mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan pertembungan ideologi dan politik di dunia hari ini tidak melibatkan aspek agama?

    Dan secara tiba-tiba terus menjadi pak lebai dengan membicara akan tentang keimanan? menurut apa? keimanan beliau pada pada Karl marx? dengan menyanjung akan red book dan falsafah marxist itu sendiri?

    Nampak? si anjing marxist ni hendak mengatakan keimanan itu bukan lah wujud dari konteks rasional.

    Siapa kata tidak boleh kita menyoal akan mengapa perlunya kita sebagai umat Islam bersembahyang 5 waktu?

    Ianya ada penjelasan – dan itu adalah sesuatu rasional.

    Tidakkah si tukar tiub ini memahami akan islam itu?

    Mungkin asyik membaca red book dan buku2 sampah hasil ciptaan manusia sesat lagi keliru, inilah jadinya.

    Benar – Penghujung Evolusi Ideologi Manusia Adalah Demokrasi Liberal. Kerana manusia itu bodoh dan amat-amat bodoh. Disebabkan itu terhasilnya akan satu ideologi Demokrasi Liberal. dan Penghujung ideologi itu disebabkan akan kehancuran pertembungan oleh penganut ideologi demokrasi liberal dengan mereka yang beriman – yakni Muslim yang membawa akan perjuangan Kehidupan duniawi dan akhirat yang terus menerus dari Sang pencipta.

    Ekonomi.

    Masyarakat.

    Kewangan.

    Kebajikan.

    Apa lagi yang Islam tiada?

    Dan mengapa perlu kita malu untuk memperjuangkan Islam, hingga sanggup menjadi hamba pada ideologi hasil ciptaan manusia yang penuh dengan kesilapan dan kesalahan?

    Demokrasi liberal?

    Demokrasi liberal, my as*!

    Maaf akan kekasaran ini.

  2. sman says:

    Tinggi sangat ke ilmunya Khalid Jaafar ni?.

  3. Matt says:

    Mohon la perlindungan Nya dari tipu daya dajjal..

    • cucutokleman says:

      Rasulullah SAW berpesan kepada setiap umatnya supaya sentiasa mengamalkan ayat-ayat surah al-Kahfi sebagai pelindung dari fitnah Dajjal.
      Dari Abu Darda r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah al-Kajfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasai dan at-Tirmizi)

  4. FikirTajam says:

    Artikel ini telah saya hujahkan di KNKB (kkamdias.blogspot.com) pada June 28, 2013 at 6:09 PM. Sekadar untuk berkongsi fikir/renung.

    Anwar hanya BUDAK SASTERA LULUS GENERAL DEGREE sahaja!

    Lupakan siPELIWAT ini.

    Bukan sahaja demokrasi diliwatnya malahan keyakinan diri anak lelakinya pun diliwat sama. Bukankah Ikhwan terus bawa diri ke US tak berani balik Malaysia?

    Anwar memang SAH PELIWAT! Hanya yg otak DILIWAT Anwar sahaja yg masih puja mamat ni.

    Lihat di bawah ini (Mathematical Reasoning/Penaakulan Mantiq Tingkatan 5 aje):

    Premis 1: If p then q
    Premis 2: Not q
    Conclusion: Not p

    Kes I: p = Anwar TIDAK MELIWAT, q = Anwar BERSUMPAH

    Kes II: p = Anwar TIDAK MELIWAT, q = Anwar menjalani ujian DNA

    Kes III: p = Anwar bukan PELAKON DALAM VIDEO, q = Anwar MENYAMAN DATUK ESKAY

    Nota:

    1. Kes II sangat mudah difahami. Ibarat memulakan perlawanan bolasepak atau badminton di mana wang syiling dilambung. Keputusan lambungan syiling ialah Head (Kepala) atau Tail (Ekor). Maknanya kebarangkalian P(Head) = 1/2 = 0.5. Begitu juga P(Tail) = 1/2 = 0.5. Maknanya setiap kesudahan (outcome) mempunyai kemungkinan/kebarangkalian berlaku sebanyak 50%.

    2. Begitu juga jika Jabatan Narkotik membuat ujian urine/kencing ke atas sesiapa yg disyaki terlibat dadah. Keputusannya adalah sama ada positif ataupun negatif. Kebarangkalian seseorang itu didapati positif atau negatif masing-masing ialah 1/2 = 0.5 @ 50%.

    3. Justeru tidakkah Anwar punya peluang 50% yakni kebarangkalian untuk membuktikan dirinya bukan PELIWAT Saiful adalah 1/2 = 0.5. Beliau MENYALAK yg dia tidak bersalah meliwat Saiful TETAPI ironinya peluang untuk membuktikan dirinya betul TIDAK digunakan! Sampai sekarang Anwar tidak berani menjalani ujian DNA. Keputusan ujian DNA itu adalah sama ada SEPADAN atau TIDAK SEPADAN. Jika benar dakwaan Anwar bahawa beliau tidak melakukannya sudah pasti keputusan DNA kelak tidak sepadan dengan sampel yg ditemui di dubur Saiful!

    4. Untuk fahamkan Kes I, II dan III sila teliti betul-betul:

    TIDAK TIDAK = YA

    BUKAN BUKAN = YA

    5. Ironinya ramai Profesor Matematik Melayu/Islam termasuklah Prof Shaharir Mohamad Zain yg terbilang dengan istilah molek-molek seperti PeMelayuan Matematik, PemPribumian Matematik, PengIslaman Matematik tetapi akhirnya telah melakukan PengKebumian Matematik dalam isu LIWAT Anwar ini. Sejak 1998 lagi. 15 tahun berdiam diri! Mangalahkan Pak Lah Si Flip-Flop itu.

    • HAMSOR says:

      ape benda ko merepek ni?? ko ni Ketua Saintis Dunia tu ker?? rilek2 sudah..anwar liwat ke tak liwat ke, takde kena mengena ngan matematik bro… hehehe

  5. boss says:

    pening2 fikir pasal sosialis + liberal + plural bla bla bla..undang2 &sistem ciptaan manusia mana ada yang kekal dan sempurna.. ALQURAN & HADIS dah ada semua dari ekonomi politik jenayah muamalat sampai ke nikah kawin.. buat apa susah2 nak ikut idea ntah apa2 dari barat yg mmg sah2 nak pesongkan pemikiran dan akidah manusia..

    ALLAH ITU ESA
    RASULULLAH PESURUHNYA
    ALQURAN USER MANUALNYA
    HADIS IKUTAN TERBAIK

  6. HAMSOR says:

    minum dulu, dah ting-tong sket baru sembang balik..cam lahanat..

  7. usin lempoyang says:

    ‘Pemikir Anwar : Penghujung Evolusi Ideologi Manusia Adalah Demokrasi Liberal’…HMM..INI LAH CAKAP ORANG YANG TAK PERNAH SOLAT ATAU BERSOLAT TETAPI TIDAK MENGHAYATI SOLAT NYA…HAIRAN..MENGAPA PAS MASIH SANGGUP BERGELUMANG DENGAN MANUSIA BERFAHAMAN SEPERTI INI ..(PATUT PUN KALAU ADA YANG MENGATAKAN – PAS PARTI AJARAN SESAT)..

Leave a Comment

 

— required *

— required *