PARADIGMA POLITIK BARU

10 Pihak Jadi Mangsa Red Bean Army

1sya.com – Sebenarnya 10 nama yang disebut hanyalah segelintir mangsa-mangsa politik Red Bean Army (RBA). Sekiranya hendak disenaraikan kesemua mangsa-mangsa RBA, mungkin sebuah buku diperlukan untuk menghabiskannya. Penulis berharap rakyat Malaysia dapat bersatu padu menentang kekejaman, kezaliman, kejahatan dan keburukan RBA di alam maya demi perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara.

Kita perlu ingat setiap individu yang di aibkan oleh RBA adalah manusia yang memiliki perasaan serta ibu yang melahirkan mereka. Budaya politik yang begitu jijik dan ekstrem sebegini seharusnya dihentikan. Ramai sudah terluka, pasrah, hilang punca pendapatan, hilang imej dan kredibiliti disebabkan fitnah dan cerita rekaan RBA.

Penyokong-penyokong pakatan pembangkang dan DAP yang masih berhati perut seharusnya tampil ke hadapan untuk bersama-sama memerangi RBA. Kita tidak akan tahu esok atau lusa anak, ibu bapa, keluarga, rakan dan orang yang disayangi pula akan menjadi mangsa RBA yang seterusnya.

Peniaga- peniaga Cina yang mempercayai konsep 1Malaysia dan menyokong BN juga menerima serangan boikot daripada RBA. Oleh itu, saya berharap NGO Melayu yang kini melancarkan boikot terhadap masyarakat Cina perlu mengetahui bukan sahaja usahawan Melayu menjadi mangsa RBA bahkan peniaga Cina yang menyokong BN juga terhimpit dalam politik keji RBA.

Sudah tiba masanya kita melancarkan kempen ABCD (Asalkan Bukan Cina DAP). Kita perlu tahu bukan semua Cina di Malaysia biadap dan kejam seperti RBA. Jangan lagi tanya apa Cina mahu tetapi tanya apa Cina DAP mahu (ABCD)?

Simpatilah pada kesemua mangsa-mangsa RBA yang tidak berdosa. Fahamilah keperitan dan kesengsaraan yang dialami oleh mangsa RBA.

Tan Sri Michelle Yeoh

Apabila Tan Sri Michelle Yeoh bercadang untuk bersama-sama Perdana Menteri dalam satu jamuan majlis makan malam bersama 60,000 masyarakat Cina di Klang maka pelbagai serangan yang tidak bertanggungjawab dilancarkan terhadap beliau. Mereka melabelkan beliau sebagai pengkhianat negara dan pelbagai lagi label kesat. Realitinya, Lim Guan Eng juga menjemput seorang artis dari Taiwan iaitu Lin Chi Ling dalam satu majlis pelancaran di Pulau Pinang satu ketika dahulu tetapi tidak pula menerima sebarang serangan daripada penyokong BN. Harian Metro pernah melaporkan Abby Abadi yang menyertai Pas dibayar sebanyak RM2,000 untuk setiap penampilan politik tetapi Tan Sri Michelle Yeoh yang secara sukarela pula menjadi sasaran politik RBA. Mereka juga melancarkan laman page https://www.facebook.com/BoycottMichelleYeoh untuk menyeru masyarakat Malaysia supaya memboikot beliau.

Leng Yein

Leng Yein merupakan antara model yang paling terkenal dalam industri peragaan dalam kalangan masyarakat Cina. Namun begitu, serangan terhadap Leng Yein bermula apabila beliau bangkit mempertahankan hak wanita yang ditindas oleh seorang lelaki yang sering mengancam keselamatan wanita di negara ini dan Leng Yein membawa isu ini kepada Datuk Seri Michael Chong di Wisma MCA. RBA akhirnya mempolitikkan isu ini hanya kerana Leng Yein memuji Datuk Seri Michael Chong dan mengatakan beliau dan MCA sudah banyak membantu masyarakat Malaysia.

Mereka melabel Leng Yein sebagai pelacur murahan, pengkhianat bangsa dan juga melancarkan boikot terhadap kesemua syarikat penaja yang menaja Leng Yein. Syarikat KUMO Leng Yein di Pavillion juga terpaksa ditutup kerana berdepan serangan bertubi-tubi RBA.

Laman page untuk memboikot Leng Yein turut dilancarkan (https://www.facebook.com/ WeFullyBoycottLY) dan mereka terus mencipta pelbagai penipuan, fitnah dan dakwaan terhadap Leng Yein untuk menjejaskan imejnya. Kini Leng Yein terpaksa hidup dengan ramai musuh. Kini, periuk nasi Leng Yein terjejas teruk dan RBA begitu kejam sehingga sanggup merosakkan periuk nasi seorang individu demi nafsu politik mereka.

Institusi Beraja Yang di-Pertuan Agong

Red Bean Army (RBA) melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong apabila baginda bertitah supaya rakyat Malaysia menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Sultan Johor

Apabila Sultan Johor mengeluarkan titah supaya Datuk Tee Siew Keong dilantik sebagai Exco negeri Johor berlandaskan kepada Undang -Undang Tubuh Negeri Johor, RBA pula bertindak mempolitikkan isu ini dengan mempersoalkan keputusan baginda.

Wong Kim May

Wong Kim May merupakan seorang gadis muda yang masih lagi belajar. Beliau hanya merakamkan sebuah video pengiklanan mempromosikan BN. Sehubungan itu, Kim May menerima beratus-ratus ancaman bunuh dan rogol selepas itu. Emosi Kim May masih belum lagi pulih sepenuhnya sehingga ke hari ini. Beliau menderita trauma yang agak mendalam. RBA yang tidak berperikemanusiaan sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun terhadap seorang gadis muda yang tidak berdosa.

Jackie Chan

DAP and Dong Zong membawa 4,000 orang untuk membuat protes supaya sebuah sekolah Cina dibina di Kuantan. Akhirnya, kerajaan BN membenarkan pembinaan sekolah di Kuantan. Peliknya, apabila wang diperlukan untuk pembangunan sekolah Chung Hwa di Kuantan, tiada seorang pun dari DAP mahupun Dong Zong sanggup memberi sebarang sumbangan walaupun 1 sen untuk pembangunan sekolah Cina yang mereka perjuangkan. Jika 4,000 orang yang digunakan oleh protes dan seorang menderma RM 1 juga akan sekurang-kurangnya dapat menyumbang RM4,000. Ketika protes maka semua keluar namun apabila sumbangan diperlukan maka batang hidung juga tidak kelihatan.

Akhirnya, Jackie Chan dijemput untuk meningkatkan dana pembangunan Sekolah Cina Chung Hwa di Kuantan. Malangnya, Jackie Chan turut menjadi mangsa RBA hanya kerana cuba membantu. Isu ini membangkitkan kemarahan dunia hiburan Cina di seluruh dunia apabila Cyber Trooper dan RBA yang tidak rasional dalam perjuangan politik mereka menjadikan Jackie Chan sebagai seorang mangsa mereka.

Shen Yee Aun (SYA)

Serangan dilancarkan terhadap saya hanya kerana saya amat vokal terhadap kepincangan DAP dan Pakatan Rakyat. Setiap gambar saya dengan rakan-rakan dan keluarga disebarkan dengan meluas dengan ayat seperti “Mereka Adalah Pelacur Murahan SYA.”

Video saya juga diedit untuk mencalar imej saya dalam kalangan masyarakat Cina. Akhirnya, saya dilabel sebagai Perkasa Cina, pengkhianat bangsa, anjing dan sebagainya. Pelbagai lagi cerita, fitnah dan penipuan tidak berasas direka untuk menyerang saya.

Kinki Ryusaki

Kinki Ryusaki merupakan seorang pelukis tatu terkenal di negara kita. Hanya disebabkan Ryusaki menerima untuk diwawancara akhbar The Star mengenai bidang kerjayanya dan langsung tidak menyentuh soal politik malangnya Ryusaki turut diserang bertubi-tubi oleh RBA. Boikot terhadap syarikat tatu Ryusaki juga dilancarkan oleh RBA

Datuk Lee Chong Wei

Semasa kempen PRU-13, Datuk Lee Chong Wei telah bergambar dengan Datuk Mukriz Mahathir tetapi akhirnya gambar itu turut dipolitikkan oleh RBA. Kredibiliti Datuk Lee Chong Wei sudah tercalar hanya kerana bergambar dengan Datuk Mukhriz. Namun begitu, seorang ikon seks iaitu Vivian bergambar dengan Nurul Izzah tetapi tidak pula menjadi sebarang masalah dan isu kepada RBA.

Master Hsing Yun

Master Hsing Yun merupakan antara Sami Buddha terkemuka dunia yang datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun begitu, walaupun beliau merupakan seorang tokoh agama yang disegani dalam kalangan penganut Buddha tetapi beliau juga tidak terkecuali menjadi mangsa RBA. Mereka bertindak ala komunis sehingga golongan agama juga tidak terlepas daripada serangan mereka.

PSY

RBA melancarkan serangan yang cukup hebat terhadap laman facebook PSY sebelum kedatangannya ke Pulau Pinang dalam sambutan perayaan Pesta Perayaan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Setelah PSY datang ke Malaysia dikatakan oleh pengurus sendiri bahawa PSY menerima ancaman bunuh.

Shen Yee Aun (SYA)adalah Penganalisis Politik, Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia, Pengasas blog SYA For The Nation

8 Comments

  1. Anonymas says:

    “seorang ikon seks iaitu Vivian bergambar dengan Nurul Izzah”
    Eh, bila ni? Nak tengok juga gambar tu…haha. Memang mereka ni pro-seks bebas, tak heran la apabila bapak gay, anak pulak macam tu. PAS taknak cakap apa-apa? Tak nak tarik gelaran ‘Puteri Reformasi’?

  2. alimedanbaru says:

    Kita tak perlu mengeluh dan merintih.Sementara kita yakin pihak berkuasa akan mengambil tindakan wajar atas keterlampauan perbuatan rba , kita mesti dan wajib teruskan bersilat dan berkungfu dengan mereka dialam maya. Kpd blogger BN janganlah asyik melapur saja aktiviti mereka sebaliknya sepak dan terajang dgn penulisan yg tajam dan berbisa terhadap personaliti kepimpinan pembangkang dan dedahkan kerisisan mereka yg berlagak melebihi Yahudi.Serang, serang dan terus gempur.

  3. Bumiputra says:

    Red beam army merupakan gerakan bawah tanah moden yang cukup merbahaya yang bolih
    menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. Ia bertindak umpama gerakan
    komunis bintang tiga yang pernah berkuasa selama beberapa hari sebelum darurat pada
    tahun 1948 dahulu. Dari tindakkan mereka didapati ada persamaan dengan apa yang dilakukan parti komunis bintang tiga yang telah bertindak kejam terhadap sesiapa yang
    tidak menyokong perjuangan mereka untuk berkuasa di Malaya ketika itu. Malah ramai
    yang telah menjadi mangsa pembunuhan kejam di kalangan rakyat pelbagai kaum malah
    sehingga kini peristiwa tersebut masih diingati olih keluarga mangsa yang terlibat.

    …..Kepada pihak berkuasa yang berkenaan jangan ambil mudah serangan cyber red beam army kerana kesan buruknya cukup besar terhadap negara. Gunakan kuasa yang ada untuk
    menghapuskan ancaman petualang cyber ini yang sama taraf dengan kumpulan bawah tanah

  4. Abdul Latiff Harun says:

    Anehnya kenapa Helen Ang tidak tersenarai?

    • Lim Lynn says:

      Stopthelies mereka memang tahu Helen Ang kena Komunis Mata Syaitan kemungkinan tak cukup bilangan top 20 kena Komunis Mata Syaitan.

    • Anonymas says:

      Helen Ang power…dia kena attack dengan RBA, dia balas kaw-kaw sampai kacang merah tu tak dapat menjawab…

  5. sman says:

    Dakah Ana dan al Madani sebahgian dari Red Bean Army?.

    • Anonymas says:

      Diorang berdua sebahagian daripada ‘Butt Army’ askar bontot yang memelihara Anwar Ibrahim di AIDC. Jangan sentuh Pak Syeikh nanti depa akan cakap hangpa tak cukup Islam…haha

Leave a Comment

 

— required *

— required *