PKR Sabah Bergelora Lagi

AIDCNews – 29/06/13 – Pengerusi PKR Sabah Ahmad Thamrin Mohd Jaini mungkin disingkirkan sebagai ketua untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Lajim Ukin kata sumber dekat dengan parti kepada borneoinsider.com

Lajim Ukin (kiri) dan Ahmad Thamrin (kanan)

Minggu lepas Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) kini beliau mensasarkan pula jawatan parti yang dipegang oleh Ahmad Thamrin.

Walaupun sebagai Pengerusi PKR, Ahmad Thamrin, namun beliau kredibelitinya mula dipersoal apabila tewas kepada calon BN, Datuk Zakaria Mohd. Edris di DUN Gum Gum pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

Sebaliknya, Lajim yang mengetuai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan bertanding atas tiket PKR pada PRU 13 menang di DUN Klias, meskipun gagal mempertahankan kemenangannya di Parlimen Beaufort.

Sumber yang rapat dengan ADUN Klias itu memberitahu Borneo Insider bahawa kini Lajim telah mula menyusun langkah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam PKR Sabah.

Menurutnya, sehingga kini, 19 daripada 25 bahagian PKR di negeri itu telah diberikan sokongan mereka terhadap Lajim dan proses pengambilalihan kepimpinan negeri dijangka berlaku dalam waktu terdekat.

“Kami percaya Thamrin sedang menghitung hari,” kata sumber itu. “Malah Thamrin tahu bahawa dia hanya akan memanaskan kerusi apabila Lajim (dan Wilfred Bumburing) melintasinya, ia hanya menunggu masa.

“Tetapi apa yang paling menarik untuk melihat sama ada kepimpinan PKR di Kuala Lumpur, di bawah ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merestui atau tidak.

“Ia akan menjadi ujian yang teruk kepada kepimpinan beliau (Anwar) setelah pelbagai janji-janji beliau kepada pemimpin-pemimpin Sabah, salah satunya akan mendapat peluang untuk memilih pemimpin kesukaan mereka.

“Sekarang Thamrin adalah pilihan (PKR) Kuala Lumpur. Beliau tidak mempunyai sokongan penuh daripada semua ketua-ketua bahagian yang lain.

Tidak seperti Lajim, Datuk Wilfred Bumburing yang mengetuai APS (Angkatan Perubahan Sabah) dan bertanding atas tiket PKR serta memenangi DUN Tamparuli, tidak berminat untuk menjadi ahli PKR.

The Borneo Insider memahami perasaan meluap-luap tidak puas hati terhadap kepimpinan Thamrin selepas PRU 13, 5 Mei lalu.

Sumber menyebut Thamrin boleh pilih sama ada berundur dengan maruah selamat atau mengalami kehinaan ‘digulingkan’, kemungkinan besar dengan cara ‘undi tidak percaya’.

Faktor utama yang mendorong ‘pemberontakan’ itu berlaku kerana kepimpinan dan prestasi Thamrin yang lemah sejak pelantikan beliau pada Oktober 2009.

“Beliau (Thamrin) tidak mempunyai kualiti kepimpinan. Dia hanya baik untuk ‘dana’, selain menjadi ‘Yes Man’. Jelasnya, beliau hanya boneka seseorang. Kami tidak melihat apa-apa harapan untuk PKR Sabah terus maju di bawah kepimpinan beliau.

“Tetapi, kami yakin Lajim akan menjadi pemimpin yang lebih berkebolehan. Malah, ini telah disahkan apabila beliau dilantik sebagai pemimpin pembangkang Sabah di dalam DUN, baru-baru ini, “kata sumber itu.

Selain kelemahan Thamrin, The Borneo Insider turut memetik pendapat pemimpin senior PKR Sabah yang meletakkan kesalahan terhadap dominasi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Anwar dilaporkan telah meletakkan calon-calon yang salah pada PRU 13 menyebabkan PKR Sabah tewas teruk.

Menurutnya, antara contoh salah pilih calon adalah Tan Sri Ibrahim Menudin yang kalah di kedua-dua kerusi, Parlimen Labuan dan DUN Bongawan dan Datuk Mohammad Yahaya Lampong yang bertanding di Parlimen Papar serta calon yang tidak dikenali Fred Gabriel di DUN Pantai Manis.

“Pencalonan beberapa muka-muka baru dari PPPS dan APS untuk menggantikan orang-orang kanan pemimpin PKR Sabah seperti Hj Ansari (bekas Ketua PKR Tuaran) yang telah bekerja keras di peringkat grassroot selama ini, merupakan satu lagi penyumbang utama faktor keputusan teruk PRU lalu “katanya.

Pendedahan terbaru The Borneo Insider hari ini melaporkan 19 Ketua bahagian PKR Sabah telah mengemukakan memorandum kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, supaya mengesahkan Lajim memimpin parti itu.

19 bahagian itu adalah Papar, Sipitang, Beaufort, Beluran, Keningau, Labuan, Kinabatangan, Pensiangan, Silam, Kimanis, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Kalabakan, Kudat, Tenom dan Kota Belud. Dua lagi tidak dinamakan.

Kumpulan itu berharap agar Wan Azizah akan memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap cadangan mereka, sambil menambah bahawa pada masa ini tidak ada calon yang lebih sesuai dan berkelayakan untuk menerajui PKR negeri, selain daripada Lajim.

“Pelantikan Datuk Lajim sebagai Ketua Whip Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, mungkin tanda-tanda yang jelas (bahawa Wan Azizah akan menerima cadangan itu),” kata Taufick Ruschi, Ketua Bahagian PKR Beaufort.

Lajim Ukin Sertai Keadilan

Ansari Abdullah Keluar PKR

One Response to “PKR Sabah Bergelora Lagi”

  1. alimedanbaru

    Jun 30. 2013

    UMNOboleh kekal dan utuh kerana dasar perjuangannya dulu adalah jelas untuk memerdekakan negara dan menyatukan negeri-negeri di Tanah Melayu termasuk di Borneo. Berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Parti-parti yang baru muncul tujuannya adalah semata-mata untuk mengambil alih tampok pemerintahan negara yang telah disediakan oleh BN semata-mata kerana demokrasi membenarkannya. Lalu mereka mencari kesalahan dan kelemahan BN dan menghasud rakyat memilih mereka. Namun akar yang bertunjang diperut bumi, walau ribut, banjir dan kemarau menimpa, ia tetap tegak mengharung zaman. Perjuangannya tetap jelas, walau ada ranting yang patah dan daun yang gugur, namun batang tubuh parti tetap tegak dan gagah dengan akar perjuangan. HIDUP UMNO, HIDUP BN!

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE